"Nis... Aku nak cakap something boleh tak?" Kata Irah tiba-tiba. Anis yang tengah santai landing di atas tilam terus bangun dan menghampiri sahabatnya itu.
"Apa? Okay jua kau?" Soalnya risau akan kesihatan sahabatnya itu. Melihat anggukan dari Irah membuatkannya lega.
"Kau mau makan apa-apa kah?" Tanya Anis.
"Kalau kita keluar kejap boleh? Aku ada something nak cakap dengan kau." Soalan itu dibiar sepi, malahan dia ingin bawa Anis keluar rumah walaupun jam sudah menunjukkan 9 malam.
"Tapi setahu aku, orang mengandung ndak boleh keluar malam, angin malam ni ndak bagus konon." Nasihat Anis sedikit berbisik agar tiada yang mendengar perbualan mereka saat itu.
"Kejap je. Aku tak dapat nak cakap kat sini." Anis setuju dan mengajak Irah ke pondok favouritenya. Mungkin di sana Irah selesa sedikit untuk bercerita.
Duduk di tepi pantai, Irah menyandarkan kepalanya ke bahu Anis. Diam seketika menikmati angin malam.
"Kau okay?" Tanya Anis risau melihat sahabatnya itu seperti ingin mengungkapkan sesuatu tapi berat untuk diluahkan.
"Nis... Apa pun yang aku cakap lepasni, aku harap kau boleh terima dengan hati yang terbuka." Setelah beberapa minit berdiam diri, akhirnya Irah bersuara. Anis sekadar mengangguk cuba memahami apa yang Irah ingin sampaikan.
"Sebenarnya... Bapa baby ni kau kenal." Anis terkejut tapi cuba untuk bersikap tenang. Sudah sekian lama dia menunggu jawapan untuk soalan itu.
"Sebelum aku bagitau kau, aku dah minta izin dengan dia dulu and ni persepakatan antara kami." Katanya lagi. Anis sekadar menanti walaupun dalam hati tak sabar nak tahu.
"Perlu jua meh minta izin sama laki tu?" Bebel Anis dalam hati. Geram sebenarnya!
"Muhammad Syafiq Lee." Anis yang mendengar nama jejaka itu merasa seakan jantung terhenti seketika. Dia hanya mampu terbungkam tanpa kata.
"Aku salah dengar ka?" Bisik hati kecilnya. Mau diluah tapi terpaksa ditahan kerna dia menanti penjelasan dari sahabatnya.
"Seperti yang aku pernah bagitahu kau sebelum ni, benda ni bukan salah dia 100%. Dia pun taknak benda ni jadi." Terang Irah tak nak Anis salah faham. Anis yang hanya berdiam dan itu yang membuatkannya semakin rasa bersalah.
Irah tersenyum tiba-tiba membuatkan Anis berpaling dan memandangnya pelik. "Kau ok kah ni?" Takut pula dia dibuatnya mana lah tahu sahabatnya itu kena sampuk dengan jin pantai ke?!
"First time aku datang KL, dialah orang yang tolong aku. Serious masa tu aku takut giler. Mana taknya orang yang janji nak ambil aku, tak muncul-muncul sampai ke sudah! Muka dia pula time tu dah macam nak telan orang je, semuanya sebab aku tak sengaja langgar dia." Irah tersenyum mengenangkan hari pertama dia menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
"Mungkin sebab kesian kot tu yang dia tolong aku, muka aku time tu pula memang dah nak ke meraung kat lapangan tu. Bahkan dia juga yang tolong carikan rumah sewa, bayarkan deposit rumah sewa and banyak benda dia tolong aku untuk berjuang hidup kat negeri orang." Panjang lebar Irah menceritakan kebaikan Syafiq.
"Kalau betul dia banyak tolong kau, sepatutnya dia ndak bawa kau pigi tempat-tempat tu." Bidas Anis.
"Tak... Bukan salah dia, dia tak pernah paksa aku ikut dia ke tempat tu. Tapi aku sendiri yang lupa diri, lupa dosa pahala sampaikan aku boleh leka dengan semua tu." Kata Irah.
"Betul, memang selama ni aku selalu kata dia banyak makwe, playboy antarabangsa, dan kaki clubbing tapi tak pernah lagi aku nampak dia bawa perempuan-perempuan tu tidur sekali."
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasíaKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...