"Syafiq..." Panggil Anis sedari dari tadi hanya berdiam diri. Syafiq yang baru mematikan enjin kereta memandang ke samping.
"Aku tau kau ndak mau bincang semua ni tapi sampai bila?" Soal Anis seraya mengangkat wajah memandang ke arah Syafiq. Keduanya saling bertatapan. Syafiq memilih untuk diam. Biar dia dengar dulu apa yang Anis cuba ingin sampaikan sebenarnya.
"Kau janganlah risau, aku suruh kau kawen dengan Irah bukan bermaksud kita bercerai. Aku akan tetap jadi bini kau sampai bila-bila kecuali kau sendiri yang memilih untuk kita berpisah..."
"No... benda tu takkan pernah jadi kecuali mati!" Tegas kata Syafiq memotong bicara si isteri. Sungguh dia tak suka dengan kata-kata itu. Sekarang baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh isterinya.
"Okay... Janganlah mau marah-marah." Sengih Anis seraya memandang ke depan.
"Besok kami mau pujuk Irah untuk setuju dengan plan ni jadi aku minta kau tolong pujuk dia sekali?" Pinta Anis. Syafiq menghela nafas, kedua jemarinya meraup rambut. Stress sangat nampaknya!
"Why must I have do agree with hell thing!" Sumpahnya dalam hati. Sekian lama baru dia mengangguk setuju itupun dengan muka yang ketara terpaksa.
"Terima kasih ...." Kata Anis lega sebelum meminta diri masuk ke rumah terlebih dahulu. Syafiq entah berapa lama dia bertapa dalam kereta sebelum keluar.
************************************
Irah kebingungan melihat ketiga sahabatnya buat muka serious dan memandangnya. Dah macam dalam mahkamah pun ado!
"Korang tiga ni nak cakap apa sebenarnya? Dari tadi perhati aku macam tu dah kenapa?" Soal Irah.
"Okay... Begini, kami mau kau setuju sama satu benda, boleh?" Ucap Anis setelah menghela nafas panjang. Irah mengerutkan dahi tanda dia masih lagi tak faham apa yang dimaksudkan.
"Kau just cakap setuju ja." Sampuk Zia.
"Setuju untuk apa? Pelik betullah korang tiga ni." Bebel Irah.
"Alaa... Kami ada plan yang baik untuk kau. Setuju laa...." Pujuk Isya siap buat muka ala-ala manja konon!
"Plan apa? Ishh korang ni kan pagi-pagi dah buat aku pening. Korang cerita la dulu plan korang tu tentang apa." Ucap Irah panjang lebar.
"Yang pasti plan ni terbaik sepanjang hidup kau." Pancing Isya. Saja la tu buat Irah makin saspen.
"Ishh... Korang tak nak share dulu ke?" Soal Irah. Takkan dia nak setuju tanpa asal usul kan.
"Kalau kau sudah setuju baru kami boleh cerita. Kau janganlah risau bukan jua benda yang pelik-pelik yang kami buat nanti." Sambung Zia pula.
"Yala... Yala..." Kata Irah pasrah. Iya dia yakin sahabatnya takkan plan nak jual dia ke Siam.
"Setuju la ni?" Soal Anis lega.
"Yala setuju."
"Ndak boleh tarik balik ya sebab kau sudah setuju." Sengih Zia penuh makna buatkan Irah menyesal bersetuju dengan plan yang tak dia ketahui.
"Korang jangan buat kerja gila sudah." Ucap Irah cuba untuk menenangkan hatinya sendiri.
"Mana ada gila... Kami normal juga." Sengih Isya sempat buat loyar buruk.
"Okay kalau setuju sudah kita start la plan seterusnya." Ucap Anis seraya bangun dari katil.
"Apa benda?" Soal Irah bingung melihat ketiga sahabatnya sudahpun bangun dan menyuruhnya bangun sekali.
"Cepatlah siap. Kita ni banyak benda mau kena buat." Bebel Anis yang terlebih excited.
"Nak pergi mana pagi-pagi ni?" Sumpah Irah sekarang memang tak faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat-sahabatnya.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...