"Hey..." Sapa Syafiq. Semua insan di dalam rumah sudahpun lena tapi Anis pula duduk di pondok kegemarannya itu. Dahlah lewat malam. Dia yang tadinya tidur, tersedar bila tiada sosok yang menjadi peneman lenanya.
"Daddy buat apa sini? Bukan tadi sudah tidur?" Soal Anis. Air mata tadi diseka sebelum dia memandang si suami.
"Dah tidur, tapi bantal peluk daddy hilang." Sengih Syafiq. Anis hanya tersenyum dan memberi ruang untuk si suami duduk di sampingnya.
"Are you okay?" Soal Syafiq yang sudah menggenggam jemari si isteri. Si isteri pula lebih memilih merenung dasar laut yang gelap itu.
"Okay cuma rindu..." Ucapnya tanpa berselindung. Syafiq menarik si isteri dan dadanya dijadikan tempat bersandar.
"Ayah sama ibu mesti happy sudah kan."
"Irah pun..." Sambungnya lagi. Syafiq hanya diam dan mendengar. Membiarkan si isteri mengeluarkan kata terbuku dari dalam hatinya.
"Dorang mau sangat kita bersatu, sekarang kita dah bersatu itupun nasib baik daddy sabar betul dengan kerenah mama kan?" Sengih Anis.
"Allah dah aturkan semua."
"Terima kasih daddy... Sebab daddy ndak pernah penat sama perangai mama yang mengada, daddy ndak pernah buang mama dari dalam hidup daddy walaupun sudah macam-macam mama buat." Ucapnya sambil memeluk lengan si suami.
"Hey... Jangan cakap macamtu. You know right, how much i love you." Katanya seraya memandang wajah si isteri yang hanya disuluhi sinaran bulan dan bintang. Anis mengangguk perlahan, iya dia mengaku kasih sayang si suami selalu buatkannya lemas dalam lautan cinta mereka. Sehingga untuk berpisah saja tak mampu untuk dia bayangkan lagi.
"Mama nak tau tak, secret terbesar daddy." Kata Syafiq buatkan Anis duduk tegak memandang si suami. Tapi Syafiq menariknya kembali ke dalam dakapan.
"Mama tau kan mama first love daddy?" Anis yang bersandar pada dada si suami mengangguk perlahan.
"Mama ingat ka first kita jumpa?" Soalnya lagi dan anggukan tetap jadi jawapan.
"That the day i fall in love with you." Ucap Syafiq. Anis mendongak memandang si suami dan senyuman itu ikhlas terlakar. Dia yakin suaminya tak berbohong. Don't worry Anis dah tak anti dengan Bahasa Inggeris cuma dia tak reti nak bercakap but dia dah faham.
"Sebenarnya haritu daddy sengaja buat-buat langgar mama." Ucapnya buatkan Anis membuntang mata seakan tak percaya.
"Maksud daddy? Bukan mama yang langgar daddy masa tu?" Soal Anis masih dengan posisi tadi. Syafiq menunduk memandang si isteri penuh makna. Perlahan dia mengangguk.
"Laa.. punyalah mama takut masa tu. First time di negeri orang sudah buat hal." Bebel Anis. Syafiq hanya tersenyum.
"Masa tu daddy tengah minum dengan Alvin kat cafe dekat supermarket tu. Bila daddy nampak mama, tak tahu kenapa mata tak boleh nak lepas pandang. Dari cara mama berjalan, mama membebel sorang diri and benda yang buat kan daddy berani nak tegur mama bila i saw your smile. It's like honey to me and daddy tiba-tiba rasa jadi bee pula masa tu." Senyum Syafiq mengingati kejadian lama. Kerja gila yang tak pernah dibuatnya selama ini.
"Jadi daddy perhati mama?" Soal Anis seakan tak percaya.
"Yes... Crazy right? Tapi bila daddy nak tegur tu mama macam sombong semacam je buatkan daddy rasa tercabar sangat. Kalau ikutkan otak daddy yang tak betul masa tu memang mama dah kena culik dengan daddy." Sambung Syafiq. Anis pula tak habis pikir dengan semua itu.
"Patutlah pandang orang macam mau tembus ja dinding. Jadi masa tu daddy memang tau Irah ada dengan mama?" Soal Anis.
"Nope. Sepanjang daddy perhati mama, tak sedar pun sebelah tu orang yang daddy kenal sebab mata daddy tak dapat lepas dari pandang mama sampaikan Alvin pun stress dengan daddy."
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasíaKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...