45

33 2 0
                                    

"Angah..." Panggil Ibu dari dapur.

"Iya bu..." Sahutnya seraya menuju ke dapur.

"Sinilah minum." Ajak Ibu. Anis mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan si ibu. Mereka hanya bertiga saat ini. Akif ada camping, dua hari lagi baliklah manakala Ayda pula pergi kursus selama seminggu.

"Kenapa angah ndak ajak Syafiq balik sini?" Soal ayah.

"Dia sibuk yah." Jawab Anis cuba menyakinkan kedua orang tuanya dengan senyuman.

"Jadi si kembar tu Syafiq sudah tahu?" Soal ayah lagi. Anis mengangguk.

"Ayah sama ibu janganlah risau, angah sudah minta izin pun tentang si kembar dan Alhamdulillah dia izinkan." Anis terpaksa memilih untuk berbohong soal ini pada kedua orang tuanya.

"Ngah, kalau ibu tanya ni kau jangan ambil hati ya." .

"InsyaAllah ndak bu. Kenapa?" Soal Anis.

"Kamu dua bahagia juga?" Anis memandang kedua orang tuanya, dia mengukir senyum seraya mengangguk. Dia taknak kedua orang tuanya susah hati dengan masalahnya.

"Alhamdulillah bu, angah bahagia sangat. Dia cukup baik untuk angah bu..." Kata itu tulus dari hatinya. Walaupun dia dan Syafiq selalu dalam krisis tapi tanggungjawab sebagai seorang suami tak pernah diabaikan olehnya

"Alhamdulillah ngah. Kalau kau cakap macamtu lega sudah hati ibu. Cuma ibu peliklah, kenapa kamu dua masih sembunyikan hubungan ni?" Soalan Ibu membungkam mulut Anis dari menjawab soalan itu. Melihat si anak yang sedikit keberatan buatkan ayah memandang si isteri memberi isyarat agar si isteri tidak mempersoalkan lagi.

"Ibu, Ayah... Angah minta maaf, buat masa sekarang angah ndak dapat cerita. Suatu hari nanti angah cerita ya." Kata Anis serba salah.

"Ibu faham..." Katanya mengukir senyum.

"Ndak apa ngah. Ndak semua kita boleh cerita, yang penting kami tahu kau bahagia sama Syafiq." Anis mengangguk, mereka bertiga menikmati sarapan itu sambil bergurau senda. Dalam hati Anis bersyukur memiliki kedua orang tua yang sangat memahaminya.

Sudah sebulan lebih Anis di sini dan dia tenang di sini, disamping keluarga tercinta. Selama sebulan Anis di kampung, dia memanfaatkan dengan membuka cawangan butiknya yang kedua di pekan. Butik yang sama diberi nama HR Fashion sempena nama ayah ibu dan butik itu dikongsi bersama Ayda.

Ikutkan hati mahu saja dia menetap lama di kampungnya, tapi apa boleh buat dia terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur kerna sudah hampir tiga bulan lebih juga butiknya di sana tidak terjaga bahkan sekarang ada beberapa masalah lagi yang timbul.

Si kembar pastilah akan dibawa sekali kerna itulah nyawanya sekarang, keluarga di kampung jelas sedih bila mana si kembar yang sudah memeriahkan hari-hari mereka terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur. Isya dan Zia yang paling sedih berpisah dengan si kembar tapi tanggungjawab mereka disitu tak memungkinkan mereka untuk ikut sekali.

************************************

Sampai saja Kuala Lumpur, Anis menempah grab dan menuju ke apartmentnya. Dia tak siap untuk bertemu dengan Syafiq lagi sekarang. Kedatangannya ke sini sudah dimaklumkan pada Mak Mah dan Pak Tam.

Rutinnya bermula seperti biasa, tiga bulan sejak kepemergian Irah butik itu tidak dijejaki. Hari ini dia datang bersama si kembar, terpaksa dibawa sekali si anak bekerja kerna dia tak berani membiarkan si anak di hantar ke pengasuh. Di butik pula macam-macam masalah jadi, salah satu dia kekurangan pekerja dan ada masalah kewangan, entah dari segi pengurusan ataupun sales yang menurun!

"Assalamualaikum mak Mah." Salam ditutur bila talian bersambung.

"Waalaikumussalam, iya Anis. Bila nak datang sini?Mak Mah dah rindu cucu-cucu Mak Mah ni." Jawab insan di seberang talian. Anis tertawa mendengarnya.

"Sebab tulah Anis call ni. Anis mau minta tolong mak Mah sementara waktu ni tolong jagakan si kembar, boleh?" Pinta Anis.

"Ehh apa pula tak boleh, mak Mah lagi suka." Kata Mak Mah senang.

"Ndak menyusahkan mak Mah juga? Bukan apa, Anis takutlah mau kasi tinggal dorang di tempat penjagaan budak ni." Terang Anis. Dengan berita tentang budak-budak di dera, memang sah dia makin takut nak hantar si kembar ke pusat penjagaan kanak-kanak @ nursery.

"Tak payah nak hantar mereka ke sana. InsyaAllah mak Mah larat lagi nak jaga mereka tu." Kata Mak Mah buatkan Anis sedikit lega. Ikutkan hati nak je dia angkut si kembar hari-hari tapi dia tak larat nak urus. Lagipun dia takut disebabkan sibuk bekerja dia lalai nak urus si kembar. Hari ni je pun dia dah kucar kacir. Berkejaran dengan masa.

"Besok pagi Anis hantar ya." Kata Anis seraya pamit dan mematikan talian. Setelah memeriksa si kembar, dia melanjutkan tugas-tugasnya.

***********************************

Keesokan paginya, Anis bersiap-siap setelah  menyiapkan si kembar dan keperluan mereka sebelum dihantar ke rumah agam itu. Perasaannya takut sebenarnya, takut terserempak dengan Syafiq. Tapi bila Mak Mah cerita dia jarang balik ke rumah agam itu bahkan dalam sebulan ni baru dua tiga kali dia menjejakkan kaki ke situ buatkan Anis ada keberanian untuk ke sana.

Mak Mah dan Pak Tam sudahpun menanti mereka di depan rumah bila Anis kabarkan dia dah nak sampai.

"Assalamualaikum... amboii atok sama nenek ni ndak kesabaran ya mau jumpa cucu-cucunya." Usik Anis bila melihat pasangan itu segera menghampiri mereka tatkala kereta Anis sudah terparkir di laman rumah.

"Waalaikumussalam... Mestilah, nenek rindu sangat dua ketul tu." Kata Puan Maimunah seraya membuka pintu belakang, melihat si kembar yang masih lena lagi.

"Ya Allah, tidur lagi mereka ni." Kata Mak Mah manakala Pak Tam membantu mengeluarkan barang keperluan si kembar dan juga troli berkembar.

"Macam biasalah Mak Mah, dorang ni kalau masuk kereta ja mesti terus tidur." Sengih Anis seraya mengambil baby boy manakala baby girl sudahpun ada dalam gendongan Mak  Mah.

"Masuk Anis, kita sarapan sekali." Ajak Pak Tam.

"Baik Pak Tam." Anis lega bila kelibat Syafiq tiada di sini.

Seusai selesai bersarapan, Anis pamit kerna kerjanya di butik sudah bertimbun. Dia kena check semua semula, entah macam manalah pengurusan pekerjanya sebelum ini.

"Aniss..." Sapa Alvin yang entah muncul dari mana. Anis yang baru saja mengangkat punggungnya terkejut dengan keberadaan Alvin. Lagi mengejutkan bila insan di samping Alvin, insan yang tak ingin ditemui tapi hari ini dia bertemu juga. Anis cuba mengawal riak wajahnya, melakar senyum dan diberikan pada Alvin.

"Lama i tak nampak you, you nak kemana ni?" Soal Alvin yang sudah menghampirinya. Syafiq yang ada di samping turut sama menghampirinya buatkan jantung berdebar tak tenang.

"Mau pergi kerja. Hantar anak-anak kejap." Terang Anis.

"You tukar nombor erk?" Soal Alvin lagi seraya meminta Anis duduk kembali. Mahu tak mahu Anis terpaksa menurut.

"Iya, telefon lama aku hilang." Bohong Anis. Tak sedikitpun dia memandang lelaki yang ada di samping Alvin itu. Sedangkan lelaki yang tanpa ada senyuman yang diukir di wajahnya sejak dari tadi memerhatinya.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soalan keluar dari mulut Syafiq buatkan Anis memandang dengan pandangan seakan tak percaya dengan soalan lelaki itu.

"You know her." Jawab Alvin mewakili Anis. Terlihat lelaki itu mengangguk perlahan.

"Alvin... Sorry, aku ndak dapat lama-lama di sini. Sekarang aku ni aku sibuk betul sebab di butik kurang pekerja." Terang Anis tidak mahu Alvin berkecil hati sekiranya dia pergi begitu saja.

"Yeke, so petang ni you datang sini ambil anak-anak kan?" Soal Alvin. Anis mengangguk.

"Okay kalau macamtu, i tunggu you. I nak bincang sesuatu." Melihat keseriusan Alvin buatkannya hanya mampu mengangguk. Setelah pamit dia terus ke tempat kerjanya, sedikit tak tenang lagi-lagi bila teringat pertemuannya dengan Syafiq pagi tadi tapi oleh kerna kerjanya yang melambak, buatkannya lupakan semua itu sementara waktu.

Pekerjanya yang dulu ada 5 orang kini hanya tinggal 3 so mana larat nak menjahit baju, melayan customer lagi sebabtu Anis terpaksa turun padang. Dia tak dapat mengambil pekerja baru kerna tak mudah untuk cari dalam waktu terdekat!

My First Love✅Where stories live. Discover now