Beberapa tahun kemudian....
"Apa yang kecoh betul ni?" Soal Anis sudah bercekak pinggang memandang si anak kembar yang tengah berdebat sehingga terhenti kerjanya nak membantu Ayda menyediakan juadah berbuka.
"Mama tanyalah kakak ni sendiri. Kecoh tak habis-habis." Kata Firdaus lalu duduk di sofa.
"Apa pula kakak. Abang...."
"Sudah-sudah, kakak duduk. Cerita sama mama apa masalahnya?" Soal Anis turut sama duduk dan menghadap kedua anak kembar itu. Keduanya siap tayang muka tak puas hati a.k.a cemberut.
"Abang?" Panggil Anis bila keduanya hanya diam. Si abang mulai mengeluh bila namanya disebut.
"Tak tahu ma. Tiba-tiba je dia nak marah abang." Kata Firdaus memandang mamanya. Anis memandang si anak dara pula, menanti penjelasan dari Jannah. Perlahan keluhan dilepaskan sebelum memandang ke arahnya.
"Mama tau tak kenapa kakak geram sangat dengan abang?" Soal Jannah. Anis sekadar menggeleng.
"Adakah patut, kalau dengan kakak dia kasar bukan main tapi bila dengan kawan kakak boleh pula dia lembut-lembut. Dah tu dapat surat cinta lagi." Bebel Jannah tak puas hati dengan perlakuan si abang. Anis yang mendengar terkejut. Biar betul! Wajah si anak teruna pula di pandang.
"Abang manalah tau dorang nak bagi surat cinta." Bidas Firdaus.
"Kecik lagi kau bang sudah ada peminat." Bisik hati kecil Anis. Si anak yang baru berusia 7 tahun dah ada peminat? Lawak pula rasanya!Hahaha!
"Dahtu kenapa kalau kakak nak kawan dengan kawan abang, abang marah kenapa?" Ajuk Jannah pada si abang kembar.
"Kakak tu perempuan, semua kawan abang lelaki." Jawab Firdaus.
"Sudah. Ndak payah lagi mau gaduh-gaduh. Mama ndak suka." Tegur Anis bila tahu isu apa yang menjadi masalah besar bagi kedua adik beradik kembar tu.
"Sorry mama." Jawab keduanya mulai akur.
"Kakak, Abang... Masa umur-umur kamu dua sekarang ndak kesahlah kamu mau berkawan sama siapa pun. Jadi janganlah sebab isu berkawan ni kamu dua adik beradik yang bergaduh." Nasihat Anis. Keduanya hanya diam dan mendengar.
"Mama dulu pun banyak juga kawan laki..."
"Apa kawan laki ni?" Sampuk Syafiq yang memintas bicara Anis lalu duduk di samping si isteri.
"Mama kata dulu dia banyak kawan laki." Kata Jannah yang sudahpun menempel di pangkuan daddynya.
"Ohh iya? Betul ma?" Soal Syafiq melihat si isteri. Suaminya ni kalau isu laki lain confirm cepat je dia muncul tapi anak-anaknya yang buat kecoh tadi takde pula dia muncul!
"Betullah tu. Kalau abang mau tau, acik ni pun kalah sama angah. Semua kawannya lelaki ja, kalau kawan perempuannya cuma tiga orang tu ja lah." Sampuk Akif yang entah muncul dari mana. Anis hanya menjeling pada si adik bongsu yang suka sangat buka cerita tentangnya dahtu kejap lagi mulalah si suami dan anak terunanya itu mendengar dan menyoal macam-macam!
"Kakak sama abang pergi mandi. Baru habis main kan?" Tegur Anis melencongkan isu dirinya seraya bangun untuk ke dapur semula. Tapi langkahnya terhenti bila tangisan si anak di bilik bergema. Pasti anak daranya yang seorang dah terbangun dari tidur.
"Anak mama yang satu ni bangun sudah." Kata Anis yang sudah duduk di birai katil. Dipangkunya si anak lalu diberi susu. Seusai selesai, si anak yang sudah kekenyangan terlena semula. Dikucup kejap si anak yang baru berusia 7 bulan itu.
Nur Aisyah Binti Muhammad Syafiq Lee, anak ketiga mereka. Si kecil yang menjadi penyeri dalam keluarga kecil mereka. Si kembar memang sayang betul dengan Aisyah sampaikan tiap kali balik sekolah mesti si adik duluan yang dicari, tidur pun kadang sanggup bersempit dengan daddy dan mama demi tidur dengan si adik.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...