4

282 7 0
                                    

"Anisssss......" Panggil seseorang yang berjalan laju menuju ke arahnya. Anis yang baru saja keluar dari balai berlepas sedikit tersentak mendengar ada yang melaung namanya. Dari Kota Kinabalu sampailah ke Kuala Lumpur ada jak yang jerit nama dia dah macam artis pula.

"Ya Allah. Ingatkan siapa yang jerit nama aku tadi, monyet ni rupanya." Usik Anis.

"Ehh ehh... Engkau ni pun mengutuk depan-depan erk." Irah mencubit lengan sahabatnya.

"Aku ndak pandai kutuk orang di belakang ah, depan baru best. Dosa pun kurang." Sengih Anis. Hampir saja dia tak mengenali Irah, mana taknya gaya dia 'class'. Keduanya berpelukan seketika setelah sekian lama tidak berjumpa, rindu. Dah nama pun sahabat susah senang so bila lama tak jumpa mestilah rindu weii.

"Aku rindu giler ngan kau.." Beg baju Anis beralih tangan. Dah Irah baik hati tolong angkatkan so bertuahlah dia jalan lenggang kangkung.

"Ehh kau ni pun mentang- mentang suda tinggal KL loghat Sabah terus hilang kan." Sindir Anis.

"Weii.. kau ni tak habis lagi ke nak sindir aku? Kau memang tak rindu aku kan." Geram pula Irah dengan sahabatnya tapi dia tak kecil hati langsung sebab dia tahu Anis ni memang jenis kasar, suka kata terus je tanpa ditapis so bersabar je lah. Tapi don't worry Anis jenis yang mudah meminta maaf kalau dia tahu salahnya.

"Ehh mestilah aku rindu. Sebelum aku lupa, Zia sama Isya kirim salam. Dorang pun rindu dengan kau. Lama betul di negeri orang, negeri sendiri ndak pernah muncul suda." Usik Anis.

"Ehh dah-dah lah kau ni. Dah jom balik, sakit telinga aku dengar kau sindir tau tak!" Anis hanya tertawa lepas, bahagia pula bila dah basuh Irah.

"Woww..." Terhenti seketika Anis di hadapan kereta Irah dengan mulut yang ternganga.

"Weii... Kau dah kenapa stop depan kereta aku, masuklah." Jerit Irah melihat kelakuan sahabatnya yang tak pernah berubah. Anis yang tersedar terus melangkah masuk dengan sengihannya. Dah macam kena sampuk pun ada juga gaya dia ni.

"Tabik betullah aku sama kau. Sekarang ni kau sudah ada kereta sendiri. Bangga aku ada kawan macam kau." Anis dengan mimik mukanya yang terlebih teruja. Siapa tak bangga kan, usia mereka masih muda lagi tapi sahabatnya dah ada kereta sendiri.

"Overnya kau. Macam lah tak pernah naik kereta." Sindir Irah.

"Ehh kau ni jahat betul kan. Bukan begitu maksudku. Aku cuma ndak sangka kau sudah maju sekarang. Sudah ada kereta sendiri, rumah pun ada juga." Bebel Anis.

"Taniah... Taniah... Kalau dua mangkuk tu tau mesti dorang pun happy macam aku kan, mungkin lebih sakai dari aku." Gelak Anis teringatkan kedua sahabat yang jauh di seberang lautan.

"Dahlah takyah nak over sangat erk. Kereta ni bukannya mewah mana pun  Bezza je kot, rumah pun rumah sewa je." Kata Irah kembali fokus dengan pemanduannya.

"Ndak kesahlah mewah atau ndak tapi yang penting hasil titik peluh sendiri dan paling utama wajib dari rezeki halal. Aku bahagia bila tengok kau sekarang bahagia ndak macam dulu lagi." Kata Anis bila melihat kejayaan sahabatnya. Walaupun Irah hanya kerja biasa je kat kedai bunga tapi dia pun boleh berjaya dan majukan diri sendiri. Rezeki Allah tak pernah salah alamat!

"Overnya kau..." Kutuk Irah.

"Alaa... Bukannya over tapi bangga dengan sahabat bahikkk aku ni." Sengih Anis.

"Bahikklah sangat." Irah siap tayang mimik muka nak muntah. Baru keduanya tertawa, sekiranya mereka empat bersahabat berkumpul mesti lebih meriah dan lebih gila dari ni.

"Weii... Bila aku boleh mula kerja?" Tanya Anis. Dia memang tak reti nak diam kejap, ada je mulut dia nak cakap.

"Ek eleh budak ni. Sampai rumah pun belum lagi, dah tanya pasal kerja." Jeling Irah. Faham sangat dengan perangai sahabatnya.

"Aku tanya jak pun." Jawab Anis dengan sengihannya.

"Isnin ni kau dah boleh start." Jelas Irah. Dia tahu sahabatnya tu terlebih excited.

"Ohh... Jadi kalau begitu tinggal dua hari lah kan baru aku masuk kerja." Soal Anis. Irah sekadar mengangguk.

"Esok aku bawa kau ronda-ronda KL." Kata Irah buatkan Anis yang tadinya sibuk memandang ke luar tingkap terus memandang wajah si sahabat.

"Betul kah ni? Kau jangan bagi harapan palsu sama aku." Soal Anis meminta kepastian.

"Kau pernah nampak aku mungkir janji ke?" Anis sekadar tersengih. Dia tahu sahabatnya itu seorang yang menepati janji.

"Yeahh... Mesti best kan besok, ndak sabar nya aku. Dekat-dekat sini ada pantai kah?" Tanya Anis teruja sambil matanya meliar semula melihat ke luar tingkap kereta. Sempat lagi dia menyelitkan soalan tentang pantai.

"Kau ni memang tak pernah boring dengan pantai ke? Tak habis-habis dengan pantai dahlah kat kampung pun rumah tepi pantai." Bebel Irah dengan sahabatnya yang suka sangat dengan pantai.

"Aku tanya jak kalau ndak mau jawab ndak payah membebel." Anis menampar bahu sahabatnya. Geram pula dia bila soalannya tadi dijawab dengan bebelan.

"Sakit bongok." Marah Irah. Tak marah betul pun, marah manja je!

"Padan muka kau." Kata Anis siap menjelir lidah lagi. Dah macam budak-budak tak cukup umur pun ada.

"Weii... Ada kah ndak ada?" Soal Anis lagi. Tak puas hati pula dia bila soalannya tidak terjawab.

"Ada tu memang ada tapi jauh sikit dari sini." Jawab Irah.

"Alaa ndak dapatlah lepak pantai kalau camtu." Cemberut muka Anis dibuatnya. Kebiasaan melepak tepi pantai nampaknya terpaksa dilupakan seketika!

"Rileks lah. Nanti aku tunjukkan tempat paling best lepak." Pujuk Irah. Hilang perasaan geram kini diganti dengan simpati sebab dia tahu Anis dan pantai berpisah tiada. Anis hanya tersenyum mendengar kata Irah. Antara bandar dengan kampung, dunia dan kebahagian Anis hanyalah di kampung.

"Nanti kalau ada cuti aku bawa kau ke pantai so kau takyah nak tayang muka seposen kau kat aku." Tiap kali ada masalah Anis lebih memilih untuk duduk di tepi pantai, itulah terapi kesedihannya. Bahkan dia pernah tidur semalaman kat pantai tu tau, merajuk punya pasal. Iya tahu tempat paling elok untuk tenangkan diri tu kat rumah Allah tapi pantai kan adalah salah satu ciptaan Allah yang terindah so tak salah untuk kita menikmati asal kita tak terpesong sudah. Sekian!

My First Love✅Where stories live. Discover now