"Anis kau gaduh dengan syafiq ke?" Soal Irah yang tiba-tiba muncul.
"Mana ada.." Dalih Anis. Memang dorang tak gaduh pun tapi tadi Syafiq yang cari gaduh!
"Pelik... Tadi kat luar aku tengok muka dia bukan main serious lagi. Biasanya muka dia jadi macam tu lepas gaduh dengan kau je." Ucap Irah yang turut sama bersiap.
"Ihhh.. Bila masa pula, ndada ya." Nafi Anis lalu fokus pada cermin.
"Syafiq ikut kan?" Soal Irah. Anis just angkat bahu tanda tak tahu, ikutkan hati nak je dia kata tak ikut tapi tulah macam tak kenal Syafiq macam mana kan. Makin orang kata tak boleh makin dibuat olehnya!
"Aikk... Pelik betullah korang dua ni. Syafiq ikut la tu, kan dia dah sewa kereta." Ucap Irah membuatkan Anis menghentikan kerjanya dan memandang Irah untuk meminta kepastian.
"Kau tak tahu erk? Dia sewa kereta untuk jalan ni? Tu dah ada kat depan, jam 1 tadi sampai." Terang Irah. Bila dah tahu baru Anis buat-buat tengok jam, bila jam di tangan sudah menunjukkan 2 petang mulalah dia kalut mencapai bag.
"Uikk... Cepatlah jam 2 sudah ni." Bebel Anis. Seusai sudah barulah mereka keluar dari rumah, menanti sahabat yang dua orang tu muncul. Ayah, ibu dan Akif pergi rumah saudara kat kampung sebelah so memang mereka bertiga je yang ada kat rumah sekarang. Tapi awal-awal dia dah minta izin balik lambat harini sebab nak keluar date dengan sahabatnya.
"Ishh... Matilah jua dua orang ni, sudah aku bilang ndak payah mau mekap betul, ndak jua dorang pandai cantik." Bebel Anis.
"Amboii... Kau, mulut memang mau kena stapler kan." Sampuk Zia dari belakang.
"Tu lah, laki mana lah yang malang dapat cewek kuat membebel macam kau." Kata Isya pula.
"Sibuk jak kau! Cepatlah." Katanya seraya membuka pintu penumpang tapi dihalang oleh Irah.
"Kau duduk depan, teman Syafiq. Dia mana tau jalan kat sini." Alasan kukuh diberi.
"Sapa suru bawa kereta kalau ndak tau jalan." Syafiq hanya tersenyum mendengar bebelan itu.
"Betul kata Isya, memang malanglah sebab aku jatuh cinta dengan dia ni." Bisik hati kecil Syafiq lalu fokus dengan pemanduannya.
Ketiga mereka di belakang sibuk bercerita di depan pula dah umpama kayu dan batu. Dua-dua tak keluarkan suara. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam akhirnya sampai dengan selamat. Jarang sekali mereka ke sana, sekali dua tu pernahlah tu pun jalan ramai-ramai dengan geng sekampung.
Bandar Kota Kinabalu memang sudah banyak kemajuan seperti contoh dah banyak bangunan-bangunan tinggi, jadi pusat pelancong and so on!
"Kita mau pigi mana dulu ni." Tanya Zia setelah sampai di Mall Suria Sabah.
"Tengok wayang lah dulu, baru jalan-jalan cari makan." Cadang Anis dan yang lain hanya sekadar mengangguk.
"Cerita apa korang nak tengok?" Tanya Syafiq nak jadi wakil untuk beli tiket.
"Apa-apa ja yang best yang penting jangan ambil filem orang puteh." Pesan Isya. Syafiq mengangguk, tahu sangat siapa yang anti english tu!
"Okay... I beli tiket kejap."
Posisi di dalam panggung wayang itu, mereka memilih untuk duduk paling belakang dan pastinya Anis akan duduk bersebelahan dengan Syafiq kerna kehendak sahabatnya dan juga serigala jadian tu sendiri!
Anis dengan muka terpaksa duduk di samping Syafiq, laju je tangannya menyumbatkan popcorn ke mulut. Geram punya pasal! Bila filem sudah dimulakan jelas-jelas mereka berempat terkejut terutamanya Anis, mana taknya lelaki tu pilih cerita hantu Indonesia. Ni mesti suara jantan mereka berempat akan bergema di sini.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...