"Guys jom pusing-pusing kampung." Ajak Zia.
"Takpe lah... Korang pergilah, aku nak teman ibu..." Irah menolak, dia sebenarnya belum sedia untuk terserempak dengan makcik pakciknya itu.
"Jomlah... Jangan risau kami kan ada." Pujuk Isya.
"Ndak payah bagi alasan jom." Kata putus dari Anis.
"Ibu... Ayah... Kami pusing-pusing kampung dulu..." Pamitnya.
"Iyalah... Jangan balik lambat sangat. " Pesan ibu pada si anak gadis.
Menikmati kawasan kampung buatkan keempat mereka tertawa dan bercerita, mengimbau kembali kenangan lama.
"Adoi... Menyesal pula bawa dia jalan area sini." Bebel Isya bila melihat sekumpulan anak yang lebih kurang seumuran dengan mereka sedang bermain bola. Anis apalagi tayang muka kesian dengan sengihannya, meminta diri untuk melepas gian bermain bola. Bukan tak tahu Anis ni memang hantu bola, dah macam orang laki je gayanya. Banyak sangat bergaul dengan budak laki kat kampung so beginilah nasibnya!
Seperti biasa, bila dah ada kebenaran dari tiga sahabatnya laju saja kaki melangkah ke arah kawan lepaknya di kampung. Bila dah main memang tak ingat dunialah dia ni.
"Bah malam ni lepak tempat biasa." Ajak Iman bila Anis meminta diri. Tak sampai setengah jam bermain bola, sahabatnya sudah memanggil-manggil. Mereka yang lain memang sedia maklum dengan sikap sahabat-sahabat Anis.
"Lepas magrib lah weii..." Kata Anis sebelum berlari anak ke arah sahabatnya.
"Dia ni kalau sudah main bola memang ndak ingat dunia. Macam lelaki sak mau juga main bola." Bebel Isya bila Anis mendekati mereka.
"Alolo... Nenek aku membebel suda. Kejap jak pun aku main tadi." Kata Anis sambil merangkul bahunya tapi segera ditepis.
"Kau jangan mau peluk-peluk aku. Berpeluh lagi tu. Sudahlah bau kambing! " Bebel Isya lagi.
"Eleh... Aku pun ndak mau lah peluk kau. " Bidas Anis lalu menolaknya.
"Bisingnya kamu dua ni. Aku stapler juga nanti mulut kamu ni, baru tahu rasa!" Marah Zia yang sedang bergandingan dengan Irah.
"Diamlah makcik!" Marah keduanya serentak sebelum mereka gelak. Terhibur dengan kelakuan sendiri. Zia cuba untuk mengejar keduanya manakala Irah hanya tertawa memandang gelagat sahabatnya yang langsung tidak berubah dari dulu lagi. Sikap kebudak-budakan!
"Assalamualaikum Pak Tam." Sapa Anis sebelum keempat mereka masuk ke kedai runcit yang tidak jauh dari padang bola itu.
"Waalaikumussalam... Lamak kau ndak datang sini. Aku dengar kau kerja di kl sudah sekarang." Sahut Pak Tam yang sudah biasa dengan gadis-gadis itu.
"Iyaa Pak Tam. Merantau aku." Jawab Anis sambil mengambil air tin. Belum pun dibayar dia sudah minum duluan. Tiga sahabatnya pula sibuk tawaf kedai runcit yang tak besar mana pun.
"Aku tengok macam ada kawan baru mu tu? Ndak pernah nampak pun?" Tanya Pak Tam ingin tahu.
"Si Irah bah pula tu." Jawab Anis.
"Irah mana?" Soalnya bingung.
"Alaa kawan kami dari kecil tu." Jawab Anis santai duduk di kerusi panjang yang disediakan di luar kedai.
"Ohhh.... Jadi sekarang kau kerja sama tempat dengan dia lah kan?" Soal Pak Tam lagi. Anis sekadar mengangguk.
"Ehh Anis balik kampung sudah? Ndak tahan duduk di tempat orang kah?" Sampuk seseorang dari belakang. Anis dan Pak Tam menoleh dan ternyata budak diva a.k.a anak makcik bawang yang muncul bersama sahabatnya.
"Cuti." Jawab Anis acuh tak acuh. Malas nak layan sebenarnya.
"Betul kah aku dengar kawan baikmu tu ikut balik sini?" Soal Nurul Huda, budak diva paling gedik di kampung.
"Iyaa, kenapa ada masalah?" Sinis Anis menjawab.
"Ishh kau ni Huda tanya jak pun." Jawab Aqilah merangkap sahabat Huda.
"Kenapa muka ku ni serupa kaunter pertanyaaan?" Sindir Anis buatkan keduanya hanya mampu merengus tak puas hati. Anis memang tak pernah nak bagi muka dengan dua budak diva ni.
"Jomlah nis. Cukup sudah tu jadi artis." Kata Zia sengaja mengenakan kedua orang yang tak pernah nak sedar diri.
"Ehh bila si Anis jadi artis?" Soal Isya yang kononnya seolah tak faham apa yang dikatakan sahabatnya.
"Artis la kalau ada sudah wartawan soal menyoal di sini." Jawab Zia. Masam mencuka dibuatnya kedua gadis itu.
"Pak Tam, kami balik dulu. Sekarang giliran Pak Tam jadi artis." Usik Anis seusai membayar buatkan Pak Tam hanya mampu menggeleng kepala sambil tersenyum dengan kerenah Anis and the geng.
Ketika azan magrib berkumandang barulah keempat-empat gadis itu terkedek-kedek balik rumah dahtu apalagi kena bebel dengan ibu.
Sehabis saja makan malam dan solat maghrib berjemaah. Anis meminta diri untuk lepak di wayung bapa Iman iaitu Pakcik Rusdi.
"Ndak mau join kah?" Ajak Anis. Ketiga-tiga mereka hanya menggeleng malas untuk join, nanti sibuk bercerita pasal bola!
"Ngah... Ikut aku.." Kata Akif sambil mengambil kunci motornya.
"Jom..."
"Jangan balik lambat... " Pesan ayah. Walaupun anaknya itu suka melepak dengan budak kampung tapi dia tak kesah kerna dia tahu anaknya itu pandai jaga diri dan batas antara lelaki dan perempuan.
Sesampai di warung Pakcik Rusdi. Terlihat jejaka-jejaka kampung sibuk bercerita dan ada juga pakcik-pakcik yang menyinggah di situ, mungkin baru habis sembahyang di masjid.
"Aik nis... Kawan-kawanmu ndak ikut?" Tanya Ismail.
"Ndak... Malas dia mau tengok muka mu." Usik Anis.
"Kau ni... Jangan begitu ba." Kata Ismail. Anis hanya tersengih.
"Iman... Milo ping aku mana?" Panggil Anis.
"Sabar lah! " Bebel Iman sambil membawa dua gelas berisi milo ais.
"Bang... Kau belum bagi tau sama Kak Zia kah?" Tiba-tiba Akif menyoal sambil menjongketkan kedua keningnya.
"Dia ni memang, lambat betul. Kalau aku memang awal lagi aku confess." Sampuk Badrul.
"Playboy macam kau memanglah." Sindir Anis.
"Makin jahat ohh mulut mu." Kata Badrul tapi dia tak kecil hati kerna memang itulah sikapnya.
"Bukan jahat tapi KENYATAAN! Kau tu kalau boleh kambing bapa si Mail pun kau mengurat juga kan." Usik Anis. Badrul hanya mampu menjulingkan matanya, yang lain hanya tersengih faham sangat keduanya yang suka berdebat!
"Kau mau aku tolongkah man?" Tanya Anis. Iman hanya mampu tersipu malu.
"Kau ndak payah malu-malu lah man, sudah orang mau tolong. On jak lah." Sampuk Tarmizi.
"Yelahh... Tapii...." Iman sebenarnya tak biasa bab-bab cinta ni. Kata orang, dia mahu tapi malu!
"Ndak payah tapi tapi... Kau tunggu dan tengok sak nanti." Janji Anis. Mereka semua memang tahu Iman sudah lama sukakan Zia, sejak dari sekolah lagi cuma dia ni jenis yang pendam perasaan. Lagipun Iman manalah pernah nak bercinta apalagi nak meluahkan perasaan. Lainlah ceritanya sama Badrul, king of playboy di kampung.
"Btw Irah bah kan kawan kau di sana? Aku tengok makin cantik jak dia tadi. Boleh kah kau bagi nombor nya?" Sengih Badrul.
"Terlambat kau, ada sudah boy nya." Sengih Anis. Kalau pun Irah masih single takkan dia nak bagi Badrul permainkan sahabatnya.
Badrul hanya mampu buat muka, tahu sangat Anis memang takkan bagi dia bila melibatkan sahabatnya. Lama juga mereka bercerita sehinggalah azan Isyak berkumandang di masjid yang tak jauh dari warung Pak Rusdi.
"Oii... Ndak dengarkah bunyi azan tu? Pigilah solat." Halau Anis pada geng lepaknya.
"Ngah, kau tunggu sinilah kan? Aku ikut solat jemaah kejap di masjid." Pamit Akif. Walaupun kawan sekampungnya itu kuat melepak dan budak motor tapi merekalah yang selalu solat jemaah di masjid walau kadang perlu dimarah dulu.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...