"Assalamualaikum... Ibu... Ayah..." Jerit Anis setelah sampai di hadapan rumah.
"Waalaikumussalam... Kejap nak..." Sahut Puan Hidayah dari dapur lalu mempercepatkan langkahnya ke pintu utama.
"Ibu......" Anis segera merangkul dan memeluk bila insan yang membukakan pintu itu gerangan si ibu.
"Ya Allah... Rindunya ibu sama kau nak..." Sayu suara ibu lalu mengucup kedua belah pipi anaknya. Lega rasa hatinya tatkala melihat anak yang setiap hari dia rindui kini sudah ada di hadapan mata.
"Aikk... Ndak ingat ayah sudah?" Sampuk Encik Rahman yang menghampiri mereka dengan kerusi rodanya. Dari dalam bilik lagi dia mendengar suara kecoh di ruang tamu dan rupanya dua beranak sedang buat drama jejak kasih di depan pintu.
"Ayahhh..." Anis menghampiri ayahnya lalu memeluk tubuh tua itu. Keduanya saling berbalas pelukan.
"Angah rindu ayah..." Luah Anis lalu mengucup dahi ayah seketika.
"Zia... Isya... Masuk nak... " Ibu mempersilakan sahabat anaknya yang juga sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
"Yaa bu..." Balas Zia lalu masuk ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Mereka memang sudah biasa begitu dan sudah menjadikan rumah Anis sebagai rumah kedua buat mereka.
"Aikk... Yang ni kawan kau dari KL nak?" Tanya Ibu tatkala Irah menyalami tangannya. Irah hanya tersenyum, sungguh jauh perubahan pada dirinya sehinggakan orang yang rapat dengan dirinya dulu, kini sukar untuk mengenalinya.
"Ibu... Si Irah bah tu. " Sampuk Isya.
"Irah? " Ibu cuba mengingati gerangan gadis di hadapannya.
"Irah anak arwah Fakhrul, betul nak?" Teka ayah pula. Melihat anggukan gadis itu, ibu terus memeluknya. Rindunya pada gadis itu walaupun bukan darah dagingnya. Ketiga sahabat Anis sudah dianggap seperti anak sendiri bahkan layanannya pada tiga gadis itu sama saja seperti dia melayan anak-anaknya.
"Ya Allah nak lamak betul kau di tempat orang. Ndak rindu ibu sama ayah sudah? " Rajuk ibu.
"Mestilah Irah rindu bu... " Pujuk Irah lalu mengusap lembut bahu wanita tua yang sejak kecil lagi sudah dianggap pengganti ibunya. Irah turut menyalami tangan ayah. Walaupun dia sudah menjadi anak yatim piatu di usia muda tapi dia masih ada sosok pengganti kedua orang tuanya yang juga sayangkan dia tanpa sebab.
"Yang... Pigilah buatkan anak-anak ni minuman, mesti penat sudah ni." Kata ayah.
"Iya bang... " Sahut Ibu berlalu ke dapur diikuti Isya.
"Assalamualaikum... "
"Waalaikumussalam... Along... Acik..." Anis segera menerpa dan memeluk dua gerangan yang muncul di hadapan pintu rumah itu.
"Miss you ngah... " Kata Muhammad Akif lalu membalas pelukan kakaknya.
"Angah pun rindu juaa..." Anis mengosok rambut si adik sehingga serabai walaupun dia tahu Akif paling tak suka rambutnya diganggu kerna baginya rambut itu mahkota orang lelaki.
"Along ndak pula kau rindu ya ngah?" Usik Ayda.
"Gila ndak rindu."
"Anak-anak ayah ni ndak payah lah kamu mau jadi security di depan pintu tu." Tegur ayah yang melihat ketiga anaknya sibuk berdiri
di depan pintu utama."Security tu acik, yah. Kalau angah dia punya boss." Usik Anis.
"Ehh banyak cantik." Jeling Akif tak setuju.
"Memang cantik pun..." Sambungnya lagi sengaja mengusik si adik.
"Ngah... Siapa ni?" Tanya Ayda yang bersalaman dengan tetamu.
"Irah..." Kata Irah lalu menyambut salam Ayda.
"Kak Irah?" Soal Akif meminta kepastian. Melihat anggukkan, dia segera duduk di sofa bersebelahan Irah sebelum menyalami tangan yang sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri.
"Wahh... Makin cantik kau sekarang kak." Puji Akif ikhlas. Irah tersenyum malu bila dipuji seperti itu.
"Biasa jak lah cik... Acik sekarang pun dah makin handsome." Pujinya pula. Tak sangka hampir tiga tahun lebih dia meninggalkan kampung halaman, terlalu banyak perubahan yang terjadi.
"Of courselah kak. Bukan makin handsome jak tapi makin tambah macho juga kan." Akif boleh diumpamakan angkat bakul sendiri. Tak malu! Orang belum puji dia dah puji diri sendiri dulu.
"Ehh.. Perasannya kau. Muka macam ndak cukup baja jak aku tengok." Bebel Anis.
"Angah memang jealous... " Sindir Akif. Anis pula menjelir lidahnya.
"Along apa khabar?" Tanya Irah pada Ayda yang duduk di hadapannya.
"Alhamdulillah sihat dik. Lamak betul kau di negeri orang kan. Ingatkan lupa sudah sama along." Kata Ayda sekadar berbasa-basi.
"Keluarga along dah jadi sebahagian dalam hidup Irah so Irah takkan pernah lupa." Tutur Irah ikhlas. Walaupun dia melarikan diri tanpa mengabarkan apa-apa tapi dia tetap sayang dan rindu dengan keluarga itu, begitu juga dengan keluarga Isya dan Zia.
"Along gurau jak dik. Along tau Irah sayangkan keluarga kita ni." Sambung Ayda.
"Ba.. Jomlah makan." Panggil ibu setelah selesai menghidangkan makan tengah hari. Katanya lagi bagus terus makan, boleh minum sekali.
Suasana di meja makan begitu meriah sekali. Setelah sekian lama mereka tidak berkumpul bersama, akhirnya berkumpul jua. Gurau senda diiringi gelak tawa sering menjadi kerinduan tatkala berpisah. Setelah habis makan, mereka berkumpul di ruang tamu. Berkongsi cerita dan bergurau senda.
Kala langit sudah gelap menandakan malam. Entah mengapa sukar untuk Anis melelapkan mata. Entah mengapa jejaka yang dia tak suka itu sentiasa berlegar-legar di pikirannya.
"Ishhh... Kenapa ndak hilang juga ni. Kenapa mau kena ingat dia!!!" Bebel Anis sendiri.
"Angah... Kenapa ndak tidur lagi ni." Tegur Ayda yang melihat adiknya duduk tercongak di pondok itu walaupun sudah gelap gelita.
"Ehh long... Teda lah saja ambil angin, rindu betul sama tempat ni. " Kata Anis.
"Yaka... Macam mana di tempat orang? Angah ok jua? " Soal Ayda ingin tahu.
"Alhamdulillah semuanya okay. Kawan sekerja pun semuanya baik-baik juga." Jawab Anis. Keduanya saling berkongsi cerita, tak lama manapun dalam beberapa minit je.
"Dah jomlah masuk... Malam sudah ni..." Ajak Ayda.
"Along masuklah dulu. Kejap lagi aku masuk." Pintanya. Setelah melihat kelibat Ayda sudah di halaman rumah. Anis mendongak ke langit, terlihat butir-butir bintang yang cantik menyinari malam yang kelam. Dengan ombak pantai yang beralun lembut dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkannya sedikit tenang walau nyatanya ingatannya tentang si serigala jadian itu sukar dihapuskan. Rindu, kata yang terucap tanpa dia sedari.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...