"Yeahhhhh... Akhirnyaa..." Jerit Anis sambil berlari keluar dari sekolah.
"Oiii... Tunggulah..." Jerit Isya dan Zia yang terpaksa mempercepatkan langkah untuk mengejar sahabat mereka.
"Opsss ... Lupa aku sama kamu dua..." Sengih Anis sambil mengaru kepalanya yang tak gatal.
"Kau ni pun agak-agak lah bah. Kau ingat sekarang kita tengah lumba maraton kah?" Geram sungguh Zia dengan sahabatnya, penat dia mengejar sejak dari kelas lagi.
"Alaaa bukan aku sengaja pun lagipun aku tengah bahagia ni." Anis hanya menayangkan wajahnya siap dengan sengihan sambil melihat wajah kepenatan sahabat-sahabatnya. Akibat geram Isya menampar bahu Anis.
"Adoiii... Sakit bah nenek!" Cemberut wajah Anis menerima tamparan maut dari makcik sorang tu.
"Padan muka kau." Kata Isya selamba.
"Nis... Kau kenapa happy betul tadi?" Zia menukar topik perbualan kalau dibiarkan pasti terjadinya perang besar.
"Ohh pasal tu... Hmm... Macam mana ah aku mau cakap..." Terus bertukar wajah Anis tatkala isu happy itu diutarakan.
"Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba jak jadi gedik? Kau sihat jua kah ni?" Zia terus meletakkan belakang tangannya ke dahi Anis. Tak ada pula tanda-tanda demam. Pelik! Tang tersengih-sengih dah serupa dengan kerang busuk!
"Sebenarnya aku terlebih bahagia sebab habis sudah spm jadi aku BEBASSSSS..." Jerit Anis bila menyebut perkataan bebas, tak menghiraukan langsung keadaan sekeliling. Isya segera menekup mulut Anis, tak pasal-pasal suara jeritan Anis boleh sampai ke London.
"Agak-agak lah oii... Aku tau lah kau happy betul tapi ndak payah lah menjerit macam tarzan." Makin bertambah geram pula Isya dibuatnya. Anis pula saja buat muka tak bersalah dia. Annoying betul!
"Kamu mau tau kah? Bulan depan aku pi KL suda." Selamba Anis berkata pada sahabatnya bila keadaan kembali tenang.
"WHAT?!" Akibat terkejut tanpa sedar keduanya menyebut perkataan yang sama dengan reaksi yang sumpah terkejut beruk! Terhenti serta merta langkah mereka, terus jadi patung yang melotot pandangan ke arah Anis seakan tak percaya.
"Santai bah. Tadi kamu bilang aku macam tarzan sekarang kamu ni pula yang terlampau, sebijik macam orang utan pun ada." Bebel Anis sendiri siap dengan sengihan, terbayang seketika muka sahabat jadi orang utan.
"Nis... Betul-betul bah. Kau mau pi KL kah?" Isya yang tadinya geram bertukar mood secara automatik jadi sedih. Dia dengar jelas kutukan Anis tadi tapi isu KL ni jauh lebih gempak.
"Iya, aku mau kerja sana." Wajah Isya automatik mendung seperti sedang menanti air hujan yang akan gugur.
"Jauh jua kau mau kerja? Di KK ndak boleh kah?" Soal Zia yang memang sedia tahu niat Anis yang mahu membantu Ayda untuk menyara keluarga mereka tapi tak sangka pula sejauh itu dia nak cari rezeki.
"Aku mau cuba pengalaman di negeri orang lagipun gaji di sana boleh tahan." Sengih Anis takde rasa sedih langsung nak berpisah! Dah serupa mata duitan pula gayanya.
"Family kau suru jua kah?" Tanya Isya dengan suara yang menahan tangis. Hanya anggukan yang menjadi jawaban.
"Janganlah risau. Aku disana dengan Irah jua kan lagipun aku janji tiga bulan sekali aku balik jua jumpa kamu semua." Pujuk Anis sambil merangkul bahu kedua sahabatnya itu. Isya memang dikenali sebagai gadis hati tisu, sikit-sikit cengeng.
"Kenapa ndak sebulan sekali?" Tanya Zia pula. Dia pun sedih juga sebab belum pernah mereka jauh macam ni, dorang kan dah memang bff sejak kecil lagi.
"Kau ni pun. Pikir logik la bah, aku pigi sana cari duit untuk keluarga bukan enjoy. Tapi kalau kau rasa mau belanja tiket pulang balik, aku ok jak." Usik Anis. Zia yang tersedar dengan soalannya hanya mampu tersengih. Mereka semua memang bukan dari keluarga berada jauh sekali kaya raya.
"Kau jangan lupa kami ah. Nanti kalau kau jumpa laki handsome di sana nanti kau bagi aku nombor phonenya ya." Walaupun sedih Isya sempat juga bergurau.
"Sudah-sudahlah perangai gete ku ni tau. Insaflah juga. Sekolah pun belum habis ada hati mau ada boifren." Sindir Anis. Geram digelar gatal oleh si sahabat, laju saja tangannya menampar bahu Anis.
"Ishh dia ni kan ndak pandai penat tangannya menampar orang kan." Nur Anis mengusap bahunya yang sengal akibat ditampar. Tamparan Isya bukan tamparan biasa-biasa tau, sekali tampar confirm berbekas!
"Ala kau ni pun macamlah kau baru kenal dia, dia kan dari dulu lagi memang tangan gajah." Sampuk Zia. Isya yang geram menjadi bahan usikan terus mengejar keduanya yang sudahpun membuka langkah lari bertempiaran seperti dikejar anjing. Gurau senda bercampur tawa menemani mereka. Persahabatan yang tercipta sejak dari usia 6 tahun berkekalan hingga kini. Nur Anis, Zahirah, Ainan Batrisya dan juga Suziana gadis-gadis kampung yang umpama belangkas kehulur hilir bersama tapi Zahirah atau lebih dikenali sebagai Irah mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan kini bekerja di Kuala Lumpur.
Gadis kampung seperti mereka walaupun terlihat nakal tapi ramai yang kagum dan suka bukan kerna wajah tapi sikap mereka yang pandai hormat orang tua dan tak kekok membantu. Lagipun sikap peramah mereka buatkan mereka terkenal di kampung itu lagi-lagi Anis, dahlah 'kecoh' a.k.a terlebih ceria antara mereka. Dah tu bergaul lagi dengan geng-geng lepak kat kampung tu.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...