"Kau okay tak ni?" Irah yang melihat kejadian itu bergegas menghampiri sahabatnya.
"O...o...okay..." Kata Anis tergagap- gagap. Entah manusia mana lah yang dia terlanggar ni. Malu pula dia sebab dah langgar orang.
"Sorry encik. Kawan saya tak sengaja." Irah meminta maaf bagi pihaknya. Anis sekadar tertunduk malu.
"It's okay miss. I'm okay. Ehh wait... Irah?" Kata jejaka itu tatkala melihat kawan si gadis yang melanggarnya itu seakan kenalannya. Irah yang mendengar namanya disebut terus mendongak memandang jejaka itu.
"Syafiq." Kata Irah yang jelas mengenali jejaka itu. Anis sekadar memandang dua insan yang seakan mengenali antara satu sama lain.
"Nama sudah melayu, tapi mukanya macam anak cina. Mata sepet!" Kutuk Anis dalam hati.
"You buat apa kat sini dear?" Tanya jejaka yang digelar Syafiq.
"Beli barang rumah, banyak dah habis tu yang datang sini." Terang Irah. Anis pula sekadar berdiam diri, malas untuk menyampuk tapi yang bengangnya mamat cina ni asal pandang semacam je. Irah yang menyedari hal itu hanya tersenyum.
"Actually this my friend, my best friend. Dari kampung and now tinggal dengan i." Kata Irah memperkenalkannya. Anis hanya memberi senyuman terpaksa pada jejaka itu. Entah mengapa dia tidak gemar dengan sikap jejaka itu walaupun itu adalah pertemuan pertama mereka.
"I'm Syafiq and you?" Syafiq memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya.
"Anis." Kata Anis sepatah kata tanpa menyambut huluran tangan tanda salam perkenalan dari jejaka cina itu. Melihat reaksi Anis, Syafiq perlahan menurunkan tangannya dengan anggukan kecil. Senyuman tak lekang di bibir dan juga mata tak lepas memandang bagaikan terpukau dengan gadis berbaju kurung yang ada di hadapannya saat ini.
"Ehhh dia ni. Ndak pernah kena gusti kali." Geram Anis dengan pandangan Syafiq yang menunjukkan wajah miang di situ.
"Interesting." Bisik hati Syafiq.
"Actually you pergi mana lama menghilang?" Sampuk Irah cuba menghilangkan rasa tak nyaman sahabatnya.
"Baru balik dari London." Kata Syafiq yang kembali fokus pada Irah.
"Lama sangat you kat sana? Kahwin ke?" Usik Irah. Berbulan-bulan lamanya mereka tidak bersua muka, sedangkan kebiasaan mereka adalah jumpa kat club malam. But don't worry mereka hanya sekadar kawan!
"Not yet but i wish i can as soon as possible." Jawab Syafiq dengan anak mata yang mencuri pandang pada Anis yang ada di samping Irah. Anis pula makin meluat memandang mamat tu. Rasa berbulu telinga mendengar bahasanya.
"Really? Who that lucky girl?" Soal Irah teruja. Entah perempuan mana yang bertuah dipilih oleh jejaka itu sebab banyak sangat pilihan. Hanya senyuman jadi jawapan pada soalannya.
"Anyway i have to go now. I will see you this night." Pamit Syafiq tatkala telefonnya berdering meminta diangkat.
"Sorry this night, i can't but tommorow i will sure datang." Kata Irah.
"Okay, See you tommorow night." Syafiq pamit tapi sebelum pergi dia sempat berbalas pelukan dengan Iran buatkan Anis yang melihat, terkejut beruk. Sukar untuk diterima akal, adakah itu Irah yang dia kenal selama ni? Gadis yang selama ini terlalu menjaga batas pergaulan, harini seperti ini?
Makin sakitlah hati Anis dengan lelaki tu, lagi-lagi bila Syafiq sempat lagi mengenyitkan mata untuknya. Anis pula apalagi jelingan maut menjadi balasan. Melihat jelingan itu membuatkan Syafiq tertawa sendiri. Comel!
"Dah jom." Muncung mulut Anis seraya menarik tangan sahabatnya itu. Tadi dia nak 'basuh telinga' Irah sebab main peluk lelaki yang tak ada ikatan tapi bebelannya hilang serta-merta bila mengingatkan kenyitan gatal lelaki tadi.
"Ehh dia ni. Dia yang langgar orang, dia pula yang bad mood." Geleng kepala Irah dengan mood sahabatnya.
"Mamat sepet tu gete!" Gumamnya. Nak je dia ceramah kat Irah tapi bukan waktu dan tempat yang sesuai untuk dia basuh telinga si sahabat.
"Dia suka kau kot." Usik Irah.
"Kalau dia mau mati awal bolehlah!" Ugut Anis.
"Amboii nanti kalau kau jatuh cinta kat dia, padan muka." Makin suka pula Irah mengenakan sahabatnya yang dah mood ke laut.
"Diamlah. Cepat beli barang lepas ni kita balik, mau magrib sudah ni." Anginnya terganggu bila isu mamat sepet itu diutarakan.
"Nis..." Panggil Irah.
"Hmmm..." Sahut Anis endah tak endah saja.
"Syafiq tu handsome kan?" Soal Irah.
"Mana lah aku tau." Anis malas ambil pusing pasal mamat gatal tu.
"Ehh betul-betul lah." Geram pula Irah dibuatnya. Dia tak tahu agaknya si sahabat tak suka dengan lelaki itu.
"Ish kau ni kan! Ndak lama aku sumbat jua mulut mu sama bawang ni." Kata Anis geram sambil menunjukkan bawang besar yang sedang dipilihnya. Tak habis-habis dengan mamat sepet tu. Apalah yang istimewa sangat. Aaron Aziz lagi handsome okay!
"Ish kau ni penat lah aku nak cakap dengan kau. Cakap pun marah. Kang Syafiq tu jadi laki kau baru kau tahu, benci lah kalau nak sangat." Ugut Irah sengaja nak mengusik sahabatnya.
"Mulut kau kalau ndak mau disumbat dengan lada, berani lah cakap macamtu lagi." Jeling Anis.
"Kau ingat mulut aku ni blender ke?" Jawab Irah yang menolak troli.
"Memang pun! Dari tadi pot pet pot pet!" Balas Anis seraya mempercepatkan langkah meninggalkan Irah seorang diri menunggu barisan. Irah hanya mampu menggeleng kepala melihat si sahabat yang sudahpun menunggu di luar kaunter pembayaran. Malaslah tu nak dengar aku sebut pasal Syafiq, pertama kali jumpa dia dah anti!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...