Melihat kelibat Syafiq yang keluar dari bilik wad buatkan Anis menerpa dan menariknya keluar dari hospital itu. Sesampai saja di tempat parkir kereta Anis berhenti dan melepaskan genggaman pada lengan lelaki itu. Syafiq dengan santai menyilangkan kedua tangannya siap bersandar kat kereta orang lagi. Nasib tak berbunyi.
"Pandaikan kau?" Sinis Anis dengan tatapan tajam. Syafiq menjongketkan kening seolah tak memahami amarah Anis saat ini.
"Kenapa kau pandai-pandai buat keputusan tanpa bincang apa-apa sama aku dulu!" Soalnya garang.
"Wait... wait.. sebelum ni dah berapa kali aku bawa kau bincang but kau yang selalu larikan diri, right?" Jawab Syafiq dengan wajah tenang.
"Ohh jadi sekarang ni salah aku la? Tapi apa sebab kau kena cakap begoti sama ayah ibu aku!" Anis masih dengan nada tak puas hatinya.
"Laa... Salah ke aku nak bagi pendapat kat ayah ibu?" Soal Syafiq tanpa rasa bersalah sedangkan insan dihadapannya saat itu seperti harimau kelaparan.
"Pendapat! Iya pendapat yang menyusahkan aku? Macam tu?" Sinis Anis.
"Terpulang kat kau nak setuju atau tak, yang pasti ibu ayah dah setuju. Lagipun aku buat ni untuk ayah ibu dan Irah, kau nak percaya atau tak. Terserah." Kata putus Syafiq buatkan Anis bungkam tanpa kata.
Benarkah demi ayahnya? Demi sahabatnya? Entah sulit untuk ditafsirkan kerna untuk dia meninggalkan Irah di Kuala Lumpur bukan pilihan yang tepat bahkan sekiranya dia bawa Irah balik untuk terus tinggal di sini juga bukan pilihan yang tepat. Buntu hingga mati kata.
"Kalau betul kau nak balik sini macam permintaan ayah tu, buatlah. Tentang Irah, jangan dipikirkan sangat. Pandai-pandailah aku urus dia." Kata Syafiq cuba untuk menenangkan gadis itu. Dia tahu saat ini Anis dalam dilema antara perlu memilih keluarganya atau sahabatnya. Anis tidak tahu cara apa lagi untuk menolak permintaan ayah agar dia tidak perlu berpindah kerja ke sini, untuk menceritakan kejadian yang terjadi pada Irah sangatlah mustahil. Janjinya dipegang teguh untuk menyimpan rahsia itu. Dan janjinya tidak meninggalkan sahabatnya itu keseorangan juga berlegar-legar di fikirannya.
Satu lagi yang mengusutkan fikirannya, pembedahan ayahnya akan dilakukan hujung minggu ini. Hanya tinggal dua hari saja lagi!
"Aku setuju..." Kata Anis antara dengar dengan tak. Syafiq yang sedari dari tadi tak lepas memandang gadis itu terkejut. Terpancar wajahnya yang jelas suka tapi terpaksa ditahan tak nak membuatkan Anis marah, karang dia batalkan lagi tak ke haru! Memang dia dah doa banyak-banyak dalam hati agar Anis bersetuju, kalau Anis menolak sekalipun dia akan cari cara yang lain.
"Tapi dengan syarat..." Sambungnya lagi. Syafiq berkerut dahinya, nak kahwin pun kena bersyarat ke? Tanpa berkata apa, dia mengangguk mengiakan kata gadis itu.
"Perkahwinan ni dirahsiakan dari semua orang termasuk adik beradik sama sahabat-sahabat aku." Entah mengapa laju saja ayat itu meluncur dari mulut dia.
"What? Are you out of your mind?" Soal Syafiq kurang bersetuju. Melihat gadis itu merenung kosong buatkannya mengeluh lemah. Ikutkan dia nak je dia bagitahu satu dunia yang Anis ni bakal isteri dia!
"Okay fine." Mengalah adalah jalannya untuk sekarang ni!
Dan seperti yang dijanjikan pernikahan mereka berlangsung di pejabat agama, ditemani oleh ibu dan ayah yang berkerusi roda saat itu. Walaupun pada mulanya kedua orang tua itu tidak setuju dengan syarat Anis tapi Syafiq terlebih dahulu cuba meyakinkan mereka.
Nasib baiklah Syafiq ada kenalan dekat bahagian pejabat agama kalau tak susahlah urusan mereka mana taknya sebelum kahwin sepatutnya kena urus macam-macam benda, kursus kahwin and so on. Tapi ni dah macam tangkap muat pula! Dalam masa sehari segala benda diurus.
Sebolehnya pernikahan itu dilangsungkan sesudah pembedahan tapi ayah berkeras melangsungkan pernikahan mereka sehari sebelum tarikh pembedahan. Nak bawa dia keluar hospital pun payah, tapi disebabkan kehendak ayah seperti itu. Syafiq dan Anis hanya mampu menurut saja.
Syafiq dan Anis hanya menggunakan baju kurung dan baju melayu berwarna putih yang dibeli pagi tadi. Meskipun pernikahan mereka express dan mengejut tapi Syafiq sempat menyediakan sepasang alat solat, cincin dan duit hantaran serupa cek yang dibingkai dalam frame gambar. Walaupun Anis tak meminta apa-apa bahkan kedua orang tuanya juga bersetuju tak perlu sediakan apa-apa tapi Syafiq yang berdegil nak sediakan untuk bakal isterinya pagi tadi. Anis pula langsung tak menyediakan apa-apa.
"Aku terima nikahnya Nur Anis Binti Rahman dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit dan seperangkap alat solat dibayar tunai." Hanya dengan sekali lafaz, Anis kini bergelar isteri kepada Muhammad Syafiq Lee. Ibu menyeka air mata terharu dan sebak bila anaknya kini sudah menjadi isteri orang. Anis menyalami kedua orang tuanya dengan mata yang berkaca-kaca, entah mengapa dia sebak bila ayah sendiri yang menjadi wali dan mengakadkan mereka berdua. Dia tahu ayah turut sebak kerna bila Syafiq melafazkan akad tadi, dilihatnya ayah menyeka air mata. Mereka bertiga berpelukan seketika. Syafiq yang menghampiri turut menyalami kedua tangan insan yang kini bergelar ibu dan ayah mertuanya. Seusai sudah barulah dia menghulurkan tangan pada insan di hadapan yang kini sudah menjadi isterinya yang sah.
Anis dengan teragak-agak menyambut huluran itu dan dikucupnya lembut belakang tangan si suami. Harini ini tittle bujang sudah tidak ada lagi, yang ada hanya isteri orang! Perlahan Syafiq menunduk dan mengucup lembut dahinya. Anis yang tak bersedia terkejut dengan matanya yang terbuka luas. Hal itu buatkan Syafiq tertawa lucu melihat reaksi si isteri. Kedua orang tua mereka yang melihat juga tersenyum bahagia.
Tanpa sedar, rakan Syafiq yang merupakan pegawai di situ merakam momen itu. Syafiq tersenyum dan mengucapkan terima kasih dan sekali lagi meminta rakannya itu menangkap gambar mereka berempat sebagai tanda kenang-kenangan.
Mereka menyinggah di kedai makan sebelum kembali ke hospital kerna ayah masih perlukan rawatan dan pantauan.
"Aikk... Dari mana ni dengan baju sedondon lagi?" Tegur Akif yang kebetulan baru sampai. Keempat mereka saling berpandangan.
"Eeee.... Tadi kawan abang minta tolong jadi model pengantin untuk photoshoot." Hanya itu yang keluar dari mulut Syafiq. Anis dan ibu hanya mengangguk, mengiakan kata yang tak berapa nak masuk akal.
"Kau ni kenapa datang? Bukan ada kelas tambahan kah niari?" Soal Anis yang sengaja menukar topik perbualan.
"Cancel, cikgu ada urusan penting. Tu yang datang sini mau kasi kawan si ayah. Kan yah?" Kata Akif lalu duduk di samping ayah, hilang terus persoalannya tentang baju itu.
"Acik bawa motor pergi sini?" Soal ayah. Akif hanya mengangguk.
"Bahayalah cik, lain kali kalau jauh jangan kau bawa motor satu orang mu ja." Nasihat Anis.
"Aku ada bawa kawanlah ngah tapi dia pergi cafe kejap cari makanan." Anis yang mendengar sedikit lega.
"Jadi photoshoot tu habis sudah lah?" Soal Akif tiba-tiba buatkan Anis kelu lidah tapi segera mengangguk.
"Kalau sudah habis pergilah tukar baju tu, ndak pasal-pasal orang dalam hospital ni ingat angah mau nikah dalam hospital." Tegur Akif. Anis yang mendengar terkesima, dah macam tahu-tahu saja adiknya yang dia nikah harini. Tanpa banyak cakap dia segera meminta diri ke dalam tandas. Nasib baiklah sebelum adiknya datang mereka semua dah ada dalam bilik was kalau tak naya jawabnya!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...