"Hey, berangan pula dia." Ucap Syafiq seraya mencuit hidung si isteri. Anis hanya tersenyum seraya mengusap lembut rambut si suami. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka berdua melepak di tepi pantai itu tiap petang.
"Daddy... Alice jadikan datang sini?" Syafiq mengangguk dan tiba-tiba dia boleh tertawa lepas! Bingung Anis dibuatnya.
"Daddy kena sampuk hantu mana ni?" Soal Anis pelik.
"Daddy teringat first time mama jumpa Alice." Perlahan Anis pun tersenyum. Kenangan yang sangat memalukan. Alice merupakan adik kepada Alvin, tahun lalu dia datang bercuti ke Malaysia. So Syafiq ni ajaklah ke rumah katanya nak kenalkan dengan kakak ipar tapi hujung-hujungnya jadi perang besar. Dahlah time tu Anis tengah sarat mengandung tiba-tiba si suami pula bawa perempuan ke rumah. Oii! Ingat ye perempuan mengandung ni kadang sensitive tau!
Disebabkan tu, Anis larikan diri ke rumahnya bukan di Sabah ya tapi di rumah KL yang satu. Puas Syafiq mencari. Panik, cuak, risau semuanya bercampur aduk menjadi satu.
************************************
Syafiq menghela nafas lega bila menjumpai tempat pelarian si isteri. Melihat si isteri yang tidur membelakangkannya buatnya tersenyum, baru kejap isterinya hilang dia dah naik gila! Perlahan dihampiri susuk yang lena itu, dan dia ikut berbaring di samping so isteri.
"Hey.... Kenapa buat daddy risau ni." Bisik Syafiq yang memeluknya dari belakang. Dikucup lembut rambut si isteri. Anis yang tersedar menoleh.
"Kenapa mau datang sini lagi. Daddy pergilah kawen sama perempuan tu." Halau Anis dengan air mata yang tertahan.
"Cakap apa ni? Bila masa daddy nak nikah satu lagi ni." Pujuk Syafiq yang sudah mulai duduk. Anis yang berbaring membelakanginya dipandang penuh kasih, jemari si isteri langsung tak dilepaskan.
"Ndak payah buat-buat hilang ingatan. Kalau daddy pandai bawa perempuan tu jumpa mama. Apa maksudnya kalau bukan Minta persetujuan. Kan?" Wajahnya tak memandang si suami. Hatinya sangat terguris melihat kemesraan si suami.
"Laa... itukan adik daddy. Takkan nak kahwin dengan adik sendiri." Syafiq mulai faham apa yang si isteri rajukkan sejak pagi tadi. Ternyata salah faham.
Anis sulit untuk percaya. Dia bangun dari pembaringannya, cuba untuk melangkah pergi. Penat bila asyik dibohongi. Lagipun sekarang ni dia dah tak nak dengar alasan-alasan palsu ni!
"Hey... Kenapa ni. Cuba pandang daddy, daddy tipu ke?" Soal Syafiq seraya memegang kedua belah pipi si isteri yang sudah sedikit tembam mungkin kerna mengandung. Mata bertentang mata dan jelas di situ si suami tidak berbohong.
"Daddy tipu ke?" Soal Syafiq lagi, hanya gelengan kepala menjadi jawapan. Perlahan dirinya ditarik ke dalam pelukan.
"Lain kali tanya daddy dulu tau. Jangan lari-lari macam ni. Daddy risau." Kata Syafiq seraya mengelus lembut belakang si isteri.
"Sorry..." Ucap Anis. Tendangan di perut buatkan Anis berkeriut wajahnya menahan sakit.
"Nak beranak dah ke?" Soal Syafiq risau.
"Ndak... Baby tendang." Sengih Anis seraya mengusap lembut perutnya yang semakin lama semakin membesar.
"Baby... Baby marah mama juga ke sebab tuduh daddy." Ucap Syafiq sambil mengusap perut si isteri. Perlahan dikucup lembut perut yang membesar itu. Anis mencebik, sengajalah tu si suami nak mengusik dia.
Dan disebabkan salah faham itu, Anis dengan Alice menjadi rapat walaupun pada mulanya mereka ada masalah komunikasi sebab Alice tak pandai cakap melayu, Anis pula tak reti bahasa inggeris. Itulah yang si suami bahkan keluarga dan sahabatnya selalu usik. Kata mereka, salahnya degil tak nak belajar. Sekarang ni dia dah mulai faham bahasa yang tak disukainya itu, kata-kata Irah dulu sudah menjadi kenyataan. Dia sudah pun dapat keluarga mertua yang sangat tulen Bahasa Inggeris, nasib baik si suami masih lagi lancar dengan Bahasa Melayu kalau tak sah dia kena belajar dua bahasa, Inggeris dan China.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantastikKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...