"Siapa suruh kau datang sini!" Bentak Anis.
"Aku." Sepatah je ayat mamat kerek tu.
"Apa juga masalah mu ni sampai malam-malam muncul di sini." Anis cuba untuk menghalau so ada baiknya dia cakap baik-baik dulu.
"Nak jumpa kau."
"Sudah jumpa kan?" Soal Anis, bila melihat anggukan lelaki itu.
"Jadi pigilah balik." Halau Anis.
"Kau tak nak ajak aku jumpa mak ayah mertua aku ke?" Soal Syafiq.
"Siapa mak ayah mertua kau?" Soal Anis pelik.
"Mak ayah kaulah." Sengih Syafiq.
"Ihhh... Ndak malu, bila masa juga mak ayah aku mau jadikan kau menantu." Marah Anis.
"Bila dia jumpa aku kejap lagi mesti dia akan kahwinkan kita." Selamba je ayat Syafiq, dah macam kahwin tu benda main-main.
"Mimpilah kau sana." Anis cuba untuk melepaskan genggaman itu tapi jelas sia-sia.
"Aku mau masuk dalam ba." Marah Anis.
"Aku ada benda nak bincang dengan kau kejap." Halang Syafiq yang masih erat menggenggam jemarinya.
"Ndak mau..."
"Okay kalau kau taknak, sekarang ni juga aku jumpa mak ayah kau, suruh kahwinkan kita malam ni juga nak?!" Ugut Syafiq.
"Diaorang bukan budak kecil yang kau boleh kasi budu-budu." Sinis kata Anis.
"Ohh really so kalau aku bagitau dorang yang aku dah pernah tidur dengan kau macam mana?" Balas Syafiq pula buatkan Anis memandang tajam tepat ke wajahnya. Tanda tak puas hati!
"Bila masa....!" Belum sempat Anis membidas tuduhan palsu itu, dia sudah pun di tarik agar duduk kembali di sampingnya.
"Kau mau apa sebenarnya." Kata Anis yang masih tidak berpuas hati dengan cara jejaka itu. Sesuka hati pegang anak dara orang pastu sesuka hati mau arah-arah orang!
"Aku nak kau boleh." Semakin Anis cuba menjarakkan semakin itulah juga dia cuba merapatkan. Dia tak tahu ke Anis sekarang ni tengah menunggu nak bertukar jadi singa.
"Kahwin dengan aku." Ungkapnya sambil bertatapan mata dan buat pertama kalinya Anis dapat rasa apa yang Syafiq katakan itu tulus dari hatinya tapi entah mengapa sukar untuk dia terima.
"Kau ni memang sudah ndak betulkan? Kau tu sepatutnya kawen sama Irah." Marah Anis seraya berpaling tidak lagi membalas tatapan jejaka itu.
"Irah kata dia tak kisah aku tak kahwin dengan dia." Jawab Syafiq pula.
"Apa juga dalam otak kau ni? Kau tu lelaki jadi kau kenalah bertanggungjawab sama apa yang sudah kau buat." Tegas suara Anis sambil menatap tajam ke arahnya.
"Aku cintakan kau bukan Irah." Ungkapan cinta itu seakan sudah tidak berguna saat di mana Irah menceritakan gerangan ayah kepada anak dalam kandungannya.
"Mungkin jodoh kau sudah tertulis sama Irah." Dia perasan wajah Syafiq bertukar mendung, dan turut mengundang rasa kesiannya. Dia tahu mereka tak bersalah 100% dalam hal ni. Tanpa sedar kelopak mata Anis bergenang tapi ditahan agar tak jatuh. Entah mengapa ketika dia menyuruh Syafiq mengahwini sahabatnya seakan dirinya tak rela.
Syafiq yang sedar hal itu mengelus perlahan jemari Anis yang kemas dalam genggamannya. "I love you not Irah. Pleasee... I know you love me too." Katanya memujuk.
Anis yang tidak tahu harus apa, bila Syafiq leka sedikit dia melepaskan genggaman lelaki itu dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Syafiq kecewa bila Anis lebih memilih berdiam diri dari berterus terang.
"Syafiq mana?" Tanya Irah.
"Di luar kali." Jawabnya malas. Sebelum masuk ke dalam rumah tadi, sempat dia menghela nafas panjang dan meneutralkan semula emosinya.
"Kenapa ndak di bawa masuk?" Bila ibu sudah bertanya begitu Anis terpaksa berpatah balik ke pondok. Takkan dia nak bagitahu ibu yang dia tak okay dengan Syafiq.
Sampai je kat pondok tu, Syafiq berbaring dengan lena. Dia mengambil tempat di samping jejaka itu, wajah yang terlena itu direnungnya lama. Itulah kali pertama dia memerhati tiap raut wajah jejaka itu. Dalam hati dia memuji kerna memiliki raut wajah yang mampu memukau hati. Cukup sempurna ciptaan Allah, senang mata memandang tapi siapa sangka raut wajahnya yang sempurna hanya digunakan untuk menyakiti ramai wanita termasuk dirinya kerna tanpa sempat dia menikmati indahnya cinta, dia sudah terluka dengan kenyataan!
Syafiq tersedar dari lena bila dia merasa seperti ada yang memerhati dirinya. Saat mata terbuka wajah Anis dekat dengannya dan wajah tu yang memerhatinya. Syafiq tersenyum bahagia kerna boleh sedekat itu dan pandangan Anis yang seolah menunjukkan rasa cinta yang sama dengannya. Lama mereka bertatapan antara keduanya hingga Anis yang tersedar, berpaling kerna malu.
"Ibu suruh kau masuk rumah." Kata Anis seraya bangun. Syafiq tersenyum melihat wajah kalut Anis. Malu lah tu, tulah pandang anak teruna orang lagi.
"Do you love me that much?" Sengih Syafiq.
"lobe me lobe me... Mau jua beringlish." Kutuk Anis seraya menghantarkan jelingan mautnya. Syafiq malahan tertawa bahagia.
"Masuk la rumah, sambung tidur sana." Bebel Anis lalu melangkah diikuti Syafiq.
"You so cute baby." Sengih Syafiq. Kalau ikut otak gilanya nak je dia tarik Anis bawa lari ke siam supaya boleh nikah terus kat sana.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...