"Anis... Jom lunch sama." Ajak Azira tatkala melihat Anis yang duduk di pantri seperti yang dikata oleh Kak Zah pagi tadi.
"Ndak apalah Azira. Aku ada bawa bekal." Kata Anis menolak pelawaan rakan sekerjanya.
"Ohh yeke? Rajinnya kau masak." Puji Azira.
"Ndaklah rajin sangat pun, cuma aku ndak mau membazir lagipun aku kan baru kerja." Kata Anis jujur tanpa berselindung.
"Takpe lah jom aku belanja." Pelawa Azira lagi. Mereka memang diarahkan untuk rehat secara bergilir-gilir. Masa rehat mereka hanya sejam.
"Lain kali lah kau belanja. Bagus kau makan sekali dengan aku jak. Lagipun aku masak banyak tadi pagi. Itu pun kau ndak kesah mau berkongsi la." Ajak Anis pula. Takkan dia nak terima pelawaan Azira sedangkan bekalnya masih ada isi. Membazir kan amalan setan!!!
"Kau tak kesah ke?" Soal Azira. Dia melihat nasi goreng yang di masak Anis buatkannya tergoda walaupun nasi goreng itu tampak biasa.
"Ndak lah. Sini lah, aku ndak dapat habis jua ni." Kata Anis.
"Okay. Tapi nanti petang kita lepak sama. Kita ajak semua so nanti kau bolehlah kenal-kenal dengan dorang." Cadang Azira.
"Ha'ah kan. Boleh jak tapi kau belanja lah." Usik Anis seraya mengambil pinggan yang tersedia di situ.
"Ok je..." Azira semakin selesa berkawan dengan Anis walau pada mulanya dia sedikit meluat melihat gadis itu dengan baju kurung dan tak suka bahasa English. Dah macam gadis melayu terakhir tapi ternyata dia tidak seperti yang dibayangkannya.
Sesudah habis kerja, mereka semua berkumpul di kedai mamak yang berdekatan dengan kedai bunga itu. Oopss lupa, nama kedai bunga tu. Sweet Florist. Selepas memesan makanan mereka berbual sesama sendiri. Memang meriah lah kedai mamak malam ni.
Memang meriah kedai mamak itu dengan suara mereka yang kecoh bercerita dan bergurau senda. Anis walaupun orang baru dalam lingkungan mereka tak sedikitpun kekok malahan dia pun ikut heboh berkongsi cerita. Hanya Kak Zah yang meminta diri awal maklum dah berumah tangga, yang bukan kahwin tu mulalah kecoh bercerita sampai lewat malam. Haziq pun ada juga masa ni, Khai hubungi dia ajak jumpa. Bila dah jumpa, Anis akui kata-kata rakan sekerjanya yang lain tentang perangai Haziq dan Khai. Tapi dia selesa berteman dengan mereka walaupun keduanya suka sangat mengusik dia.
Anis bersyukur kerana ini permulaan yang baik buatnya bila rakan sekerjanya menerima kehadirannya dengan terbuka.
**********************"*************
"Irah kau okay jua kah kalau aku pi kerja?" Tanya Anis yang risau melihat demam Irah yang sudah seminggu tidak kebah-kebah.
"Okay. Jangan risau nanti aku call kalau ada pape. Kau nak kerja macam mana ni?" Tanya Irah pula.
"Abang Haziq singgah kejap lagi." Terang Anis. Sedar tak sedar sudah hampir dua bulan dia bekerja di kedai bunga itu dan dalam dua bulan itu jugalah hidupnya selalu diganggu oleh mamat mata sepet.
"Okay. Kau janganlah risau sangat. Demam biasa je ni." Kata Irah, dia tahu Anis berat untuk meninggalkan dia bersendirian di rumah.
"Yalah. Nanti malam ni kalau demam kau masi juga ndak baik, aku bawa kau pigi klinik." Irah hanya tertawa kecil, dia bersyukur sebab Anis begitu mengambil berat terhadapnya.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...