"Girls... Esok i datang lagi." Kata Syafiq sesudah sampai di hadapan rumah sewa mereka.
"Ndak payahlah datang. Kami mau rehat besok , lusa kerja sudah." Bantah Anis sengaja tak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Cukup-cukuplah di kampung dia kena hadap muka jejaka itu tiap hari.
"Actually i belum bincang dengan dia lagi." Kata Irah sedikit serba salah.
"Apa benda yang kau belum bincang ni?" Tanya Anis pelik.
"Sebenarnya..."
"Start esok you berdua tinggal kat rumah aku." Kata putus dari Syafiq.
"APA?!" Anis terkejut dengan statement kedua insan dihadapannya.
"Iya... Benda ni aku dah bincang dengan ayah ibu and dorang setuju."
"Tapi aku ndak setuju!" Bantah Anis.
"Sorry baby. Kau nak or tak, you need to follow." Sengih Syafiq a.k.a serigala jadian.
"Ndak ada siapa pun boleh paksa aku." Anis tidak mahu hidupnya diatur orang lain sesuka hati.
"Wait... Irah, i think you should go inside first and get some rest." Tatkala memandang Irah yang duduk di bahagian penumpang sedikit serba tak kena.
"I think so. I hope you discuss elok-elok ye." Pesan Irah dan melangkah keluar dari kereta itu. Anis yang geram turut keluar tapi dihalang olehnya.
"Baby... Pleaselah jangan degil sangat, kat atas kapal terbang tadi kita dah okay kan? So kenapa nak gaduh lagi?" Soal Syafiq.
"Degil? Kenapa kau suka-suka buat keputusan tanpa bincang sama aku dulu?" Marah Anis.
"Ye... I'm sorry but benda ni untuk kebaikan Irah dan juga kau."
"Kebaikan apa benda kau merepek ni? Selama ni aku sama Irah tinggal sini bahagia ja hidup kami. Kebaikan apa lagi maksud mu!" Jelas terpancar wajah tak puas hati.
"Baby... Pleaselah dengar kata aku kali ni je." Rayu Syafiq.
"Ndak akan! Jawapan aku tetap sama, aku ndak mau tinggal dengan kau walaupun Irah ada." Anis dengan keras kepalanya berpisah tiada.
"Okay fine. Nak tak nak aku terpaksa guna cara aku kan." Kata Syafiq lalu mengeluarkan smartphone dan mendail nombor seseorang.
"Kau call siapa lagi ni?" Tanya Anis. Diam dan beku wajah Syafiq saat ini.
"Walaupun ayah ibu sudah setuju aku sama Irah tinggal dengan kau tapi ayah ibu tetap akan dengar cakap aku kalau aku cakap yang aku ndak mau tinggal sama kau." Kata Anis dengan yakinnya bila melihat nombor yang tertera di smartphone lelaki itu adalah nombor rumah di kampung.
"Ohh really? So kalau aku bagitau ayah ibu tentang kandungan Irah, macam mana?" Sinis lelaki itu berkata. Anis terus merampas telefon itu dan mematikan sebelum sempat talian disambung.
"Apa masalah kau? Suka betul ugut-ugut orang!" Berkerut dahi Anis menandakan dia sangat marah dan tak puas hati sekarang ni. Syafiq cuba untuk merampas telefonnya kembali tapi ditepis oleh gadis itu.
"Yang bermasalah sekarang kau bukan aku." Sindir Syafiq seraya menghempas tubuhnya agar bersandar di seat pemandu.
"Wow pandai kan kau? Aku pula yang bermasalah sekarang?" Tajam matanya menatap lelaki yang masih lagi boleh santai bersandar. Dia hanya diam mendengar bebelan tak puas hati gadis itu. Setelah beberapa detik berdiam dan gadis itu turut diam, dia menghela nafas panjang dan duduk tegak menghadap ke arah kirinya. Dicapainya jemari itu dan digenggam kemas, Anis cuba menepis tapi apa kan daya genggamannya terlalu kemas dan erat.
"Listen to me... Kau tau kan sekarang Irah mengandung? Sedangkan status dia masih bujang dan orang sekitar sini memang tahu dia belum berkahwin. So kau rasa kau tak kesian ke kalau hari-hari dia kena hadap mulut-mulut orang sini?" Pujuk Syafiq dengan suaranya yang sudah kendur dan tak lagi marah. Diam, itulah reaksi Anis saat itu.
"Aku akan dengar cakap kau tapi aku ada syarat."
"Kan senang kalau dari tadi kau dengar cakap aku. Ni tak asyik nak cari gaduh." Lega Syafiq bila berjaya membuatkan gadis itu bersetuju!
"Suka hati akulah. Aku punya suka." Bebel Anis yang geram bila disindir begitu.
"Mulut kau ni memang asyik nak berdebat dengan aku je kan. Nasib baik belum halal lagi kalau tak senang aku nak diamkan." Kata Syafiq tiba-tiba. Anis sekadar menjeling, tak habis-habis nak mengatal je serigala jadian ni.
"Aku rasa better kau dan Irah pindah sekarang so esok kau boleh rest sebab lusa dah nak kerja kan?" Pendapat tak bertauliah dari Syafiq.
"Apalagi ni? Tadi kau cakap besok?" Rengek Anis. Seakan nak menangis pun ada. Syafiq dah kembali dengan dunianya menjadi serigala jadian. Kat kampung bukan main jadi kucing jinak!!! Sekarang ni balik lagi jadi suka sangat mengarah dan mengugut!
"Alaa... Kau just perlu bawa baju-baju je pun. Yang lain tu tinggal je kat sini, sedekah untuk penyewa baru nanti. Nanti kalau ada yang kurang kita belilah baru." Tanpa rasa bersalah dia berkata seperti itu.
Nur Anis yang mendengar kata Muhammad Syafiq Lee seakan ingin dijahit saja mulut lelaki itu supaya lepas ni takyah nak arah-arah orang sesuka hati.
"Dah gi siap cepat aku tunggu kat sini." Arah Syafiq lagi. Dia tahu Anis geram dengannya tapi kalau tak diugut mesti banyak benda nak didebat oleh gadis itu.
"Irah... Kenapa kau ndak bincang sama aku awal-awal benda ni?!" Bebel Anis tatkala melihat Irah yang santai mengunyah snek sambil menonton drama korea.
"Aku memang nak bincang dengan kau tapi aku lupa." Sengihnya dengan mulut yang penuh dengan snek.
"Banyaklah kau punya lupa. Tu serigala jadian tu suruh bersiap sekarang." Anis geram mengenangkan sikap serigala jadian itu lalu merampas snek yang ada di tangan Irah dan fokus kepada drama yang ditonton Irah tadi.
"Bersiap nak pegi mana?"
"Pindah." Kata Anis sepatah.
"Bukan esok ke?"
"Sekarang."
"Ya Allah. Kalau dah tahu sekarang yang kau duduk lagi kenapa. Jom cepat kemas baju." Bebel Irah pula.
"Ehh... Nantilah, kejap lagi mau habis sudah drama ni." Anis sebenarnya nak balas dendam dengan Syafiq. Biar dia menunggu lama dalam kereta tu!
"Kau nak aku panggil Syafiq sekarang supaya dia boleh tolong kemas baju-baju kau?" Ugut Irah yang sudah pun berdiri bercekak pinggang di hadapannya.
"Ehhh.... Sejak bila pula kau ni pandai mengugut sudah?" Kata Anis geram lalu mencubit kedua pipi sahabatnya yang sedikit tembam. Mana tak tembam kalau sikit-sikit nak makan.
"Sebab Syafiq kata kalau tak diugut kau takkan dengar cakap." Sengih Irah. Dua jam lebih jugalah mereka mengemas apa yang patut. Kalau ikutkan dia, memang just kemaskan baju je tapi kata Anis kalau tak kemas betul-betul penyewa baru nanti mesti kesian kena kemas balik.
"Syafiq... Tolong angkat beg-beg tu." Pinta Irah setelah selesai membantu Anis. Setelah habis mengunci pintu dan pagar, kunci diserahkan pada jiran sebelah untuk dititipkan pada si tuan rumah.
Sepanjang perjalanan ke rumah baru, hanya radio yang memecahkan kesunyian mereka. Bila dah berdekatan dengan Syafiq memang taknak dia nak cakap banyak kecuali time kat kampung sebab kat sana Syafiq memang good boy sangat tapi bila dah balik kandang dia memang bertukarlah jadi serigala jadian! Semua nak kena ikut kepala dia!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasíaKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...