"Angah, apa yang penting betul kau mau bincang ni?" Soal Ridhuan selaku yang paling tua di situ. Walaupun usianya dengan Syafiq hanya selang setahun.
"Iya ba, sampaikan semua orang kena kumpul ni. Kenapa?" Soal Akif pula. Niatnya yang nak keluar lepak dengan kawan-kawannya di hujung minggu ini terbantut bila Anis kata dia nak buat 'mesyuarat tergempak'.
"Nis, kau okay?" Soal Zia bila melihat si sahabat yang masih berdiam diri. Di tangannya ada sampul A4 yang masih belum dibuka.
"Sebenarnya... aku sudah kahwin." Penat mendengar soalan dari keluarga serta sahabatnya. Dengan sekali nafas dia memberitahu kebenaran. Dan pastinya reaksi yang sangat-sangat terkejut dari mereka, sampaikan secara automatik Isya dan Akif terbangun dari tempat duduk mereka.
"Duduklah dulu...." Pinta Anis yang memandang insan-insan yang disayanginya itu memiliki reaksi yang sama.
"Berapa lama sudah?" Soal Ridhuan yang masih tenang. Iya hanya Ridhuan yang mampu tenang tak macam yang lain.
"4 tahun lebih." Dan jawapan itu sekali lagi buatkan mereka terkejut berat.
"Jap... Jap... Kau ndak main-main bah ni kan?" Zia masih susah untuk terima berita ini.
"Ngah kau memprank ba ni kan?" Soal Ayda. Tanpa perlu menjawab soalan itu Anis memberikan sampul A4 Yang ada dalam pegangannya Dan diserahkan pada Ayda. Isya, Zia dan Akif segera menghampiri Ayda untuk mencari tahu kebenaran itu.
"WHAT?!" Sekali lagi mereka beri reaksi yang sama dan serentak.
"Yes... It's me." Sengih Syafiq boleh tayang muka bangga pula. Anis pula dari tadi tak tenang dah macam masuk mahkamah saja gayanya. Semua ni sebab Syafiqlah, memaksa betul bagitahu dorang tentang status pernikahan mereka.
"Jap... Aku mau pengsan kejap." Kata Isya sempat buat drama. Tarik nafas panjang mereka dibuatnya. Sumpah gila! 4 tahun bukan waktu yang kejap tau.
"Aku ndak faham kenapa kamu kahwin senyap-senyap?" Sambung Zia. Akif turut sama mengangguk ingin tahu. Anis mengeluarkan sekeping gambar dan diserahkan pada mereka. Gambar pernikahan mereka.
"Ayah ibu pun tahu?" Soal Ayda terkejut. Anis mengangguk perlahan.
"I lamar Anis masa ayah masuk wad dulu. Bila ayah ibu dah setuju, kitaorang terus dinikahkan selang berapa hari." Terang Syafiq mula membuka mulut.
"Jap... Masa ayah masuk wad. Ohhhh... Aku ingat sudah! Aku ada datang tuari, aku nampak angah sama abang pakai baju ni. Tapi kalau ndak silap time tu abang bilang dorang tolong photoshoot ka apa lupa aku." Panjang lebar Akif menceritakan benda yang dia ingat.
"That right bro. Masa tu kami baru balik dari pejabat agama." Terang Syafiq.
"Patutlah bah aku pelik masa tu. Tapi ayah sama ibu pandai betul cover line, kalau ndak mungkin time tu aku tau sudah." Rungut Akif.
"Kenapa mau ditapuk?" Soal Ayda pula.
"Aku yang tapuk benda ni dari semua termasuk Syafiq." Kata Anis.
"Ha? Ndak faham. Maksud kau." Soal Isya.
"Syafiq pun baru tahu. Kamu sendiri kan tahu dia hilang ingatan masa tu jadi aku buat keputusan ndak bagitahu dia."
"Kenapa?" Soal Zia.
"Aku rasa aku sudah khianat Irah kalau aku Masih bersama Syafiq lagi." Sambung Anis lagi. Mengeluh seketika memikirkan keputusan dratisnya dulu.
"Along ndak faham. Apa kena mengena Irah dalam hal ni?" Soal Ayda.
"Kejap... Angah kau jangan bagitahu yang si kembar anak kau sama abang?" Soal Akif buatkan Zia yang ada disampingnya menghempuk belakangnya. Geram je dengan soalan tak masuk akal si Akif.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...