31

40 4 0
                                    

Beberapa hari ini, fikiran Anis benar-benar terganggu. Semua gara-gara perempuan mulut puaka tu. Dia sudah korek dari Irah tentang si pemanggil misteri a.k.a Linda. Cuma dia belum ada keberanian untuk ke tempat maksiat itu.

Jam sudah pun menunjukkan 10 malam dan dia baru pulang kerna membantu Kak Zah menyelesaikan beberapa file dan rekod. Mereka makan malam bersama sebelum menghantarnya pulang.

Baru saja dia mahu menutup pintu bilik, tiba-tiba pintunya ditolak dari luar. Tatkala melihat gerangan itu, Anis mengeluh.

"Keluarlah aku penat ni." Halau Anis. Wajah lelaki itu jelas tak puas hati, pastinya saat itu ada yang ingin dia perdebatkan tapi Anis penat.

"Berapa kali aku nak pesan?" Soal Syafiq dengan tatapan tajam memandang Anis yang sudah melabuhkan punggung di birai katil.

"Apalagi ni? Aku penatlah baru balik dari kerja." Keluh Anis. Entah apa yang tak kena dengan lelaki itu, balik dari London je terus nak mengamuk tak tentu pasal!

"Siapa yang hantar kau tadi?!" Soal Syafiq tak berpuas hati dengan sikap isterinya.

"Kak Zah..."

"Kak Zah? Boleh pula ye nama perempuan, muka lelaki?" Sindirnya.

"Itu adiknya." Jawab Anis malas.

"So kau berdua je dengan adik dia balik sini? Ke dah merewang ke tempat lain lagi?" Sindir Syafiq. Anis mengangkat muka, menatap tajam wajah lelaki yang sedang diamuk cemburu. Keduanya saling bertatapan saat ini.

"Kalau kau masih mau marah atau mengamuk, bagus kau keluarlah. Aku ndak ada masa mau melayan perangai mu sekarang." Syafiq semakin panas hati mendengar kata si isteri dan disebabkan dia tak mahu melebihi batasnya nanti, dia memilih untuk keluar.

PAP! Bunyi hempasan pintu biliknya.

"Cari gaduh ja kerjanya, nasib badan la kau pintu jadi mangsa." Bebel Anis seraya masuk ke bilik air. Ada baiknya dia mandi dan bersihkan diri pastu tidur.

Anis terbangun dari lena bila dia bermimpi tentang suaminya. Beristghfar panjang dia dibuatnya..

"Astagfirullah al azim..." Selama sebulan lebih mendirikan rumah tangga tak pernah sekali pun dia bermimpi tentang lelaki itu dan malam ini dia bermimpi. Mimpi di mana dia melihat Syafiq yang kaku berbaring di tengah rumah siap dikafankan lagi, dalam mimpi dia menangis semahunya di samping jenazah dan bila tersedar ternyata tangisannya masih tersisa.

Setelah tenang sedikit, dia bangun dan menuju ke bilik suaminya. Dia ingin meminta maaf atas kekasarannya tadi. Bila dibuka pintu, tiada kelibat insan yang dicari. Puas dia mencari tapi tidak ditemui. Telefon bimbitnya di capai dan nombor seseorang dihubungi. Setelah talian bersambung, satu suara yang tak dikenalinya menyambut panggilan itu.

"Syafiq mana?" Soal Anis. Bunyi bising di seberang talian sangat menganggu.

"Wait.. waitt.." Insan di seberang talian sedikit menguatkan suaranya.

"Yes? Who there?" Soal wanita itu lagi bila dah suasana tak bingit.

"Saya adik dia." Kelentong Anis.

"Ha? Syafiq ada adik ke?"

"Ada... Ni siapa?" Entahlah perempuan tu sedar tak loghatnya yang berbeza, kalau tak perasan syukurlah!

"I girlfriend abang you. You can call me Aqish." Tawa si perempuan itu buatkan Anis meluat mendengarnya.

"Ohh... Bakal kakak iparlah ni." Usik Anis buatkan Aqish disebelah talian tertawa suka.

"You ni buat i malu pula. You taknak join ke party kat sini?" Soal Aqish. Anis yang mendengar tersenyum, jerat dah mengena.

My First Love✅Where stories live. Discover now