"Angah... Jangan lupa ambil abang niari." Pesan Akif. Pagi-pagi lagi dah ganggu mood dia!
"Hmm..." Jawab Anis malas sambil menyediakan sarapan buat orang rumah. Sesudah habis sarapan, Akif sekali lagi mengingati kakaknya itu sebelum pamit.
"Jangan ndak balik rumah ya. Dating memanjang nanti lupa jalan balik." Usik Ridhuan pula.
"Ishh sembarang jak. Ndaklah kali." Stress Anis bila diusik sebegitu. Dah tu mulalah nak tayang mulut itik a.k.a tak puas hatinya. Ayda hanya ikut tertawa, dia memang suka join sekaki kalau bab nak mengusik Anis.
"Angah... Pergilah bersiap. Jam berapa sudah ni? Nanti menunggu pula si Syafiq." Tegur Ayda pada adiknya yang sibuk mengemas meja makan manakala suaminya dan si adik bongsu sudah keluar kerja dan ke sekolah. Ayda memang dilayan seperti ratu oleh suami dan adik-adiknya, tak dibenarkan buat kerja rumah sedikitpun kalau tak mulalah mulut murai tu membebel panjang terutamanya Anis.
"Memang itu yang aku mau." Jawab Anis antara dengar dengan tak. Hampir sejam Anis di dalam bilik, entah apalah yang dibuatnya.
"Haii ngah... Ndak pernah-pernah kau bersiap lama, niari lain macam ya. Sampai satu jam bah kau bersiap. Ada apa-apakah ni?" Usik Ayda tatkala melihat kelibat si adik yang keluar dari bilik.
"Ehh... Ndak adalah kali ya. Tadi aku buat akaun butik tu yang lama." Tegas Anis menafikannya. Sebenarnya memang dari tadi lagi dia dah siap cuma bila nampak laptop direct teringat tugasnya yang tak siap-siap dari semalam. Tengah dia syok buat kiraan, Akif pula menganggu. Kejap dia call, kejap tu dia chat. Takut sangat 'abang' dia tu tak kena ambil! Entahlah sebenarnya Akif ni adik kandung Anis ke Syafiq?
"Kakak nak ikut..." Jannah memang jenis telinga kuali, dengar je Anis nak jalan terus berlari dan pakai kasut heelnya. Dia ni memang bergaya kalah mamanya.
"Kakak janganlah ikut, kakak teman ibu dengan adik kat rumah boleh?" Pujuk Ayda.
"Alaaa... Kakak nak teman mama jemput daddy." Rungut Jannah.
"Biarlah long, aku bawa ja si kakak. Ada juga kawanku dalam kereta." Sampuk Anis seraya masuk ke bilik mengambil smartphone yang tertinggal.
"Kakak... Jomlah..." Ajak Anis bila si anak sibuk dengan cartoonnya.
"Kakak tak nak ikutla mama. Kakak nak teman ibu kat rumah." Kata Jannah, entah pelik betul dengan si anak ni. Biasanya dia yang paling cepat nak ikut. Takkan pernah kena tinggal kalau tinggal sah panjang muncungnya merajuk.
"Ndak apa nanti along tengokkan dorang." Sampuk Ayda. Anis malas nak cakap panjang akhirnya akur.
"Ma... Mama drive careful tau, fokus je. No using the phone time drive." Pesan Firdaus dengan matanya yang masih tetap fokus pada tv. Tak jadi Anis melangkah bila si anak dah bagi kata azimat.
"Baik boss... Ndak pandai habislah bahasa mu tu nak." Rungut Anis. Entah mengapa sejak dari dulu telinganya geli bila mendengar orang melayu bertutur bahasa Inggeris. Memang dah nasib badan, lingkungan yang terlalu gemar berbahasa asing termasuklah anak-anaknya.
"Abang..." Belum pun sempat Anis meninggalkan pesanan-pesanan seorang ibu, Firdaus dah potong laluan.
"Abang tahu. First, tak boleh pergi pantai kalau takde orang tua. Second, tak boleh main dengan benda tajam and bahaya. Third, jangan keluar rumah and last dengar kata ibu. That right?" Sengih Firdaus.
"Aik..." Tepuk dahi Anis dibuatnya, belum sempat dia kata apa-apa si anak sudah panjang lebar ulang pesanan yang sering dia ucapkan. Sampaikan hafal budak tu! Sah anaknya ni tak sesuai digelar kanak-kanak.
************************************
Hampir sejam juga barulah Anis terpacak di depan Kota Kinabalu Internatiol Asia (KKIA). Disebabkan dia malas nak buang tenaga jemput Syafiq kat dalam airport, dia cuma chat dan bagitahu keberadaannya.
Anis yang khusyuk dengan smartphonenya terkejut bila pintu cermin di ketuk dari luar. Anis membuka lock pintu tapi Syafiq masih lagi berdiri di pintu pemandu.
"Aishh! Ndak kan mau dibukakan lagi pintu." Bebel Anis geram.
"Let's me drive." Pinta Syafiq lalu membukakan pintu pemandu. Anis yang taknak membazir air liur sekaligus tak nak berdebat terus keluar dan mengambil tempat di kerusi sebelah pemandu.
Sempat jugalah dia memerhati penampilan Syafiq yang berbaju T-shirt polo dengan kacamata hitamnya. Handsome memang handsome, sekali pandang boleh gugur jantung tau tapi bagi Anis bila tengok Syafiq bergaya macam tu memang bertambah meluatlah.
"Nak orang ramai terpikat sama dia lah tu!" Kutuk Anis dalam hati. Cemburu erk!
"Ehh pigi mana ni?" Akhirnya keluar juga suara emas Anis bila melihat arah jalan yang dilalui mereka bertentangan dengan jalan balik ke kampungnya.
"Sah mau menculik lagi." Gumam hati Anis bila Syafiq masih lagi diam membatu. Siap boleh tayang muka seriousnya!
"Kalau kau mau berjalan, hantar aku pigi rumah dulu." Bebel Anis geram bila insan di sampingnya masih lagi sama seperti tadi. Dulu bukan main lagi tiap kali sampai kampung, dialah yang paling banyak mulut nak bercerita macam-macam walaupun Anis tak layan. Senyuman pun murah sangat! Sekarang ni dah kenapa, hilang tiba-tiba dahtu muncul boleh tayang muka marah pula! Tak faham betul.
"Bagus ndak payah datang terus kalau bisu juga begini." Sindir Anis tapi semuanya bagaikan angin bagi Syafiq.
Anis yang dah geram nak mampus hanya memerhati jalan. Malas betul mau berdebat sama yang tiba-tiba bisu! Penat ja mulut cakap banyak.
Sampai saja di depan bangunan, Syafiq keluar siap bawa kunci kereta lagi. Tahu sangat Anis nak larikan diri. Anis tak berganjak dari tempat duduknya.
"Nak I dukung ke baru nak keluar?" Perli Syafiq setelah membukakan pintu untuknya.
"Aku ndak ada urusan di sini." Kata Anis.
"You memang nak cabar I dukung you naik atas ke?" Ugut Syafiq buatkan Anis naik hantu! Faham sangat dengan ugutan Syafiq tu. Entah sejak bila dia perangai dia balik macam dulu ni!
Anis dengan terpaksa membontoti langkah Syafiq. Sumpah Syafiq memang gila! Dah kenapa nak bawa orang masuk hotel ni.
Anis berkeras berdiri di depan bilik hotel. Walaupun bilik hotel tu mewah nak mampus dia tetap tak nak. Syafiq kan tak tahu hubungan dorang!
Dengan slamber Syafiq menarik lengan Anis untuk masuk. Sekuat mana Anis berkeras tak mampu nak tandingi kudrat Syafiq.
"Kau kenapa mau bawa aku sampai sini? Gila ka?!" Marah Anis. Dari tadi dia tahan amarahnya, iyalah dia tak gila nak marah Syafiq depan orang ramai.
"Kenapa takut kena tangkap basah?" Sindir Syafiq buatkan Anis terkedu. Kalau pejabat agama datang sekalipun memang takkan jadi apa-apa sebab status mereka masih sah sebagai suami isteri.
Yes! Anis dan Syafiq masih sah sebagai suami isteri. Anis bingung sebenarnya, kalau dia nak berpisah sekalipun Syafiq akan tahu semua ni. Lagipun janji yang pernah dia ukirkan pada Syafiq buatkannya terikat cuma dia tak mampu untuk ceritakan semua tu pada Syafiq. Dia takut! Dia sendiri tak pasti sampai bila dia akan simpan status mereka.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasíaKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...