25

55 5 0
                                    

Sesampai di rumah baru itu, Anis ternganga melihat keluasan rumah Syafiq yang lebih luas dan mewah jauh berlipat kali ganda berbanding dari rumah sewa mereka.

"Dah jom masuk." Ajak Irah. Tuan rumah jangan tanya, awal-awal dah masuk dengan beg-beg baju mereka.

"Kau dah pernah datang sini meh?" Tanya Anis.

"Kalau kat sini tak pernah lagi. Rasanya ni rumah baru kot." Teka Irah yang turut mengagumi rumah mewah yang terbentang luas di depan mata mereka.

"Baru? Jadi selama ni dia tinggal mana?" Tanya Anis mulai kepo. Dah macam makcik bawang pun ado.

"Selama ni dia tinggal di apartment yang aku cerita tu. Tapi mungkin dia beli rumah ni pun sebab kita pindah ke sini kot."

"Ohh... Patutlah jauh betul tadi." Anis sibuk mengamati tiap ruang di luar itu. Kalau dah kat luar rumah cantik macam ni so kat dalam rumah tu mesti lebih super wow.

"Assalammualaikum..." Anis memberi salam tatkala melangkah masuk ke dalam rumah yang baginya terlalu mewah. Seumur hidupnya itulah pertama kali dia melangkah masuk ke rumah mewah yang bak istana.

"Waalaikumussalam..." Sahut Irah yang ada di sampingnya.

"Kita tiga sak kah tinggal sini?" Tanya Anis melabuhkan punggungnya ke sofa empuk yang ada di ruang tamu mewah itu. Tanpa rasa malu tanpa rasa segan.

"Taklah...." Sampuk Syafiq yang datang entah dari mana tup-tup duduk sebelah Anis. Macamlah sofanya ada satu jak!

Selang beberapa minit datang seorang wanita berusia dalam 40 an yang mungkin seumuran dengan ibu membawa dulang berisi minuman.

"Jemput minum cik." Kata makcik itu seraya menghidangkan minuman dan beberapa jenis kuih.

"Terima kasih makcik." Kata Anis yang mewakilinya dan Irah. Setelah hilang makcik itu dari pandangan, Irah memandang Syafiq.

"Why?" Soal Syafiq yang pelik dengan pandangan Irah.

"You kata your mom already passed away?"

"Ohh... That not my mom la." Irah mulai faham mungkin itu pembantu yang mengurus rumah ini.

"Nak ke mana?" Soal Syafiq bila melihat Anis berdiri.

"Tandas." Katanya sepatah. Setelah usai, Anis memanjangkan langkahnya ke dapur dan meliar matanya menikmati rumah mewah itu.

"Cik.. cari apa?" Tegur wanita tua tadi yang muncul dari balik pintu menuju ke laman rumah belakang.

"Ehh makcik.. ndak ada cuma jalan-jalan ja tengok rumah orang kaya." Sengih Anis.

"Panggil Mak Mah je." Kata Mak Nah a.k.a Maimunah tersenyum mendengar pengakuan jujur gadis itu.

"Mak Mah buat apa di belakang?" Soal Anis.

"Siram pokok bunga tadi. Sini lah kalau cik nak tengok." Ajak Mak Mah. Anis tanpa perlu pikir panjang laju saja dia menghampiri.

"Mak Mah jangan lah panggil cik, panggil Anis ja." Tegur Anis. Iyalah lagipun dia bukannya tuan rumah. Mak Mah sekadar mengangguk.

"Masya Allah... Cantiknyaaa...." Laman rumah belakang itu terhias indah dengan pelbagai jenis bunga dah boleh jadi kebun bunga.

"Anis pun suka bunga?"

"Suka tengok ja lagipun tempat kerjaku kedai bunga." Kata Anis senang sambil duduk di bangku yang tersedia di situ.

"Mak Mah..." Panggil Anis pada wanita tua yang sedang sibuk membaja beberapa bunga yang baru di tanam.

"Ye?" Sahutnya.

My First Love✅Where stories live. Discover now