30

38 4 0
                                    

Pembedahan ayah berjalan dengan lancar dan setelah seminggu berada di hospital barulah ayah dibenarkan keluar.

Walaupun darah beku dalam kepala ayah berjaya dikeluarkan tapi doktor ada menasihati agar tidak membiarkannya bersendirian dan sentiasa makan ubat tepat waktu.

Makan malam kali ini meriah, Anis tersenyum bahagia bila melihat wajah-wajah insan yang dia sayang tertawa ceria seperti sediakala cuma kini keluarga mereka sudah bertambah satu ahli iaitu menantu a.k.a suami rahsia kepada Anis.

Esoknya Anis terpaksa meninggalkan keluarganya semula dan kembali ke tugas awal iaitu mencari nafkah di negeri orang.

"Angah, flight besok jam berapa?" Soal Ayda.

"Tengah hari..." Jawab Anis seraya membantu Nur Ayda mengemas meja makan.

"Syafiq pun ikut sekali?" Soal kakaknya lagi. Anis hanya mengangguk.

"Ngah... Kau betul kah tiada perasaan dekat Syafiq?" Anis sedikit pelik dengan soalan Ayda. Dah kenapa si kakak menyoal tentang perasaan pula ni?

"Kenapa? Along suka dia?" Usik Anis.

"Ishh... sembarang ja lah si angah ni." Wajah Ayda yang jelas menolak. Anis tertawa, ingatkan kakaknya dah jatuh hati pada lelaki itu. Naya kalau betul, kalau sebelum mungkin boleh diterima lagi tapi sekarang ni lelaki itu merupakan suami sah dia!

"Along tanya sebab along tengok dia ikhlas suka kau, sayang kau jadi along harap kau dapat lah terima dia." Nasihat Ayda. Anis hanya tersenyum tak tahu nak jawab macam mana lagi.

"Sudah jadi suami yang sah pun. Mau ndak mau memang kena terima." Gumamnya dalam hati. Seusai sudah membersihkan meja makan, dia membancuh nescafe dan dihantar ke depan. Terlihat Syafiq sibuk melayani cerita si adik manakala ayah setelah makan ubat tadi terus meminta diri untuk berehat ditemani si ibu.

"Terima kasih ngah." Kata Akif bila Anis menghulurkan nescafe panas, seketika dia sempat bertentang mata dengan si suami. Laju saja dia melarikan pandangan bila senyuman diberikan untuknya. Anis segera masuk ke dalam bilik, dimana bilik yang dikongsi bersama kakaknya.

************************************

Pejam celik pejam celik, sudah sebulan Anis bergelar isteri kepada Syafiq dan dalam tempoh sebulan itu kehidupan mereka sama seperti sebelumnya, umpama orang bujang. Syafiq tidak mahu memaksa Anis dalam perkahwinan mereka kerna awal-awal lagi Anis memberitahu yang dia tak sedia nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang seutuhnya dan Syafiq memilih untuk bersabar walaupun kadang hatinya memberontak. Sekarang ni hubungan mereka lebih kepada sahabat bukannya pasangan suami isteri.

Anis yang tengah membancuh susu untuk Irah terperanjat hingga terlepas sudu itu dari genggamannya apalagi kalau bukan Syafiq yang jadi ulat bulu, suka memeluknya secara mengejut dari belakang.

"Sorry.." Sengihnya tapi tak melepaskan pelukan itu.

"Lepaslah... Kalau dorang nampak." Bebel Anis tapi siapa yang tak kenal Syafiq, makin orang kata lepas makin itu jugalah dia kemaskan pelukan. Walaupun Syafiq sudah sah menjadi suaminya tapi Anis masih juga tak biasa bila diperlakukan sebegitu.

"Kejap je." Katanya seraya meletakkan dagu di bahu Anis. Muka Anis jelas tak selesa dan geli dengan keadaan sebegitu.

"Buatkan aku nescafe." Pinta Syafiq.

"Lepaslah kalau mau aku buatkan." Bebel Anis dengan suara yang seolah berbisik, taknak lah orang rumah tu dengar suara mereka nanti. Syafiq menurut kata Anis dan duduk di bar yang ada di dapur itu.

"Esok aku kena pergi london." Kata Syafiq. Anis sekadar mengangguk. Semenjak berkahwin, Syafiq sering memberitahunya kemana saja dia pergi dan kebiasaan barunya ialah menyalami si suami sebelum keluar rumah ataupun kerja. Pada mulanya dia mahu menolak tapi memikirkan dirinya seorang isteri buatkan dia menurut saja lagi pula hanya takat salam je. Selain salam, dia kena lapor dengan Syafiq kemana je dia nak pergi! Rimas kan?

My First Love✅Where stories live. Discover now