"Dah kenapa muka kau macamtu?" Soal Syafiq bila melihat wajah Anis yang mencuka selepas keluar dari bilik air.
"Kau okay tak ni? Takkan marah lagi pasal tadi? Aku kan dah minta maaf." Ucap Syafiq seraya menghampiri si isteri. Dia yang nak mandi pun terus tak jadi mandi bila wajah si isteri macamtu.
"Bukan pasal tu." Kata Anis seraya mencapai jaketnya.
"Dahtu? Ehh kau nak kemana pula ni?" Bingung Syafiq dibuatnya. Takkan Anis nak tinggalkan dia kat sini sorang-sorang.
"Aku mau pigi kedai di bawah tu kejap." Ujarnya dengan nada datar. Yang jelas mood Anis sekarang memang ke laut. Mana taknya, time-time begini jugalah harta paling penting tertinggal.
"Nak beli apa?"
"Adalah bah..." Geram pula Anis dengan Syafiq ni. Kata tadi nak mandi dahtu sekarang ni pula jadi pegawai penyiasat, sudahlah orang mau cepat.
"Pigilah kau mandi bah." Halau Anis geram bila ditahan dari keluar bilik.
"Nak beli apa?"
"Ishh... Orang mau beli m!" Nak tak nak Anis terpaksa suarakan. Selagi dia tak bagitahu selagi tu Syafiq menahan!
"Ohhh.... Apatu?" Soal Syafiq bingung.
"Ndak payah banyak tanya, aku mau cepat ni! Urusan perempuan." Bebel Anis seraya melepaskan pegangan si suami pada pergelangan tangannya.
Syafiq yang bingung melepaskan tuala yang disangkut di lehernya seraya mengejar langkah si isteri. Takkan dia nak biarkan isteri dia ke kedai sendiri. Nanti kena culik, kan naya!
Anis takde mood nak layan perangai si suami. Sibuk je nak mengekori dia.
"Ohhh... Ini? Nak buat apa?" Soalan bodoh dari Syafiq bila Anis mencapai pad jenama Libress. Anis sekadar menjeling, geram dengan si suami.
"Makan!"
"Huh? Makan?" Entah dah kenapa Syafiq bengap sangat malam ni.
"Mau dipakai la bah!" Syafiq akhirnya mengangguk, dah faham agaknya.
"What?!"
"Kau dah kenapa tiba-tiba menjerit di sini." Bebel Anis pada Syafiq yang masih tercegat di tempat tadi.
"So malam ni tak dapatla?" Soal Syafiq dengan wajah ..
"Ndak dapat apa lagi ni?!" Kata Anis seraya melangkah ke kaunter pembayaran.
"Malam pertama." Kata Syafiq selamba, Anis yang mulanya tak berapa nak faham akhirnya faham bila melihat wajah si suami yang memaksudkan kata itu. Dengan pantas jemarinya menampar bahu si suami. Sungguh tak tahu malu, kesian budak kat kaunter tu terpaksa mendengar kata si suami yang tak berapa nak matang tu!
"Apa ni. Sakitla, orang cakap benda betul. Kalau kau datang bulan so tak...." Cepat saja Anis menekup mulut si suami dari terus mengutarakan kata-katanya yang tak berfaedah itu.
Anis mengucapkan terima kasih pada gadis di kaunter pembayaran itu lalu dia melangkah laju meninggalkan suaminya. Sumpah malu dia dibuatnya bila melihat wajah si gadis di kaunter tadi.
"Kau ni mulut jangan cakap semberangan bila ada orang." Bebel Anis bila sampai bilik. Syafiq masih dengan wajah tak bersalahnya.
"Laa... Salah kah yang aku cakap tu." Katanya slamber seraya melangkah menuju ke bilik air mungkin nak ambil air wuduk sebab tadi dia sibuk nak mengikut sedangkan masa tu azan untuk solat Isyak baru saja berkumandang.
Mood Anis yang masih lagi tak berapa nak baik buatkan Syafiq memilih untuk melayan telefon bimbitnya. Kang kejap lagi dia kacau Anis mati dia dibuatnya!
"Kau okay tak ni?" Soal Syafiq bila melihat Anis yang seakan menahan sakit. Dia yang baru nak rebahkan tubuh kat samping si isteri terpaksa dibatalkan.
"Hey... Kenapa ni?" Pujuk Syafiq lagi bila melihat kerutan di dahi Anis yang jelas menunjukkan kesakitan yang amat.
"Kau sakit perut ke? Dah jom kita ke klinik." Ajak Syafiq seraya bangun. Melihat gelengan Anis buatkannya kembali duduk di samping si isteri.
"Kalau kita tak ke klinik, sampai bila nak tahan sakit macam ni." Pujuk Syafiq lagi sambil tangannya mengelus rambut si isteri.
"Aku senggugut. Nanti hilang juga ni. Kau tidur la sana." Kata Anis. Syafiq kebingungan seketika, menyesal pula dia tak pernah ambil peduli apa-apa tentang orang perempuan ni! Yang dia tahu hanya sakitkan hati orang perempuan je.
Daripada dia tanya Anis yang tengah rehat baik dia cari sendiri. Dan satu-satunya yang boleh membantu dia sekarang cuma pakcik Google. Cukup 5 minit untuk dia membaca maklumat tentang penyakit senggugut dan cara-cara meredakan sakit itu.
Syafiq yang keluar rumah tadi kembali dengan plastic yang berisi beberapa jenis ubat yang berkaitan dengan sakit senggugut termasuklah minyak gosok. Dia duduk di samping si isteri yang sudah tertidur. Tapi kerutan di dahi si isteri buatkannya kesian, andai saja sakit itu boleh ditukar ganti kerna dia tak sanggup melihat wajah si isteri yang kesakitan.
"Baby... Bangun kejap." Kejut Syafiq.
"Hmm.. kenapa?" Soal Anis tanpa membuka mata. Dia hanya nak rehat je saat ini.
"Bangunlah... Makan ubat kejap supaya lega perut tu." Pujuk Syafiq yang sudah menyediakan air berserta dengan ubat. Gelengan kepala Anis buatkannya mengeluh sekejap, tak tahu nak pujuk macam mana lagi. Dia memang tahu Anis ni bab hospital dan ubat-ubatan memang alergik habis.
"Kejap je lepas ni aku dah tak kacau kau tidur." Pujuk Syafiq lagi. Tapi seperti biasa budak keras kepala macam batu mana pernah nak dengar kata.
"Ke nak kena cium dulu baru nak bangun?" Kata Syafiq mulai geram bila Anis masih lagi memekakkan telinganya.
"Aku serious sekarang ni, kalau kau tak nak bangun makan ubat ni memang aku buat betul-betul." Ugut Syafiq buatkan Anis segera bangun dengan muka kelat. Geram dengan Syafiq yang tak pandai berhenti nak mengugut.
"Nak kena ugut baru nak bangun." Bebel Syafiq seraya menghulurkan air mineral berserta ubat.
"Takkan mati lah setakat makan sebiji panadol macamtu." Anis memandang wajah si suami geram dan dengan terpaksa dia menelan ubat itu. Habis diteguknya air mineral kecil itu.
Syafiq tertawa kecil dengan sikap si isteri. Habis diteguknya mineral hanya sebab satu biji panadol ja. Jangan kembung perut sudah!
"Puas!" Kata Anis seraya membaringkan tubuhnya Dan dibaluti selimut. Syafiq menyelak selimut itu semula buatkan Anis geram.
"Orang sakit mau dibawah bergaduh jua ka?" Rungut Anis. Syafiq hanya diam dan tanpa kata baju Anis cuba diselak tapi ditahan oleh Anis.
"Kau ni kenapa! Gila ka?" Kata Anis geram.
"Takyah nak overthinking sangat. Aku just nak sapukan minyak angin ni je."
"Nanti aku sapu sendiri." Anis Cuba mengambil alih minyak angin tu tapi bila sakitnya datang balik buatkan dia berbaring semula. Dia takde tenaga nak bergaduh saat ini.
"Itulah lawan kata suami lagi. Orang nak buat baik pun dia fikir bukan-bukan." Syafiq sekali lagi menyelak baju Anis sedikit untuk memudahkan tugasnya tapi Anis tetap berdegil tak nak.
"Aku janji tak buat apa-apa la... Nak sapu ni je. Kau tidur la." Pujuk Syafiq lagi. Dia ikhlas nak tolong urutkan si isteri. Anis akhirnya terpaksa akur bila sakitnya semakin menjadi-jadi. Anis sebenarnya segan bila Syafiq menyentuh perutnya walaupun hakikat Syafiq suaminya yang sah tapi rasa malu itu masih sukar dibendung.
"Tulah kau nak sangat tolong kan and now baru nak menyesal?!" Bebel Syafiq dalam hati bila naluri seorang suami tergugat saat ini.
Hasil dari urutan Syafiq, Anis mulai lena dibuai mimpi. Tidak seperti tadi yang asyik terbangun bila sakit mulai menyerang.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasiKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...