12

99 5 0
                                    

"Hi baby..." Sapa seorang di arah belakang lorong itu. Anis yang seakan mengenali suara itu terus menoleh.

"Long time no see... Did you miss me?" Syafiq mula mendekatkan jarak mereka. Anis pula saja buat muka batunya sebelum masuk ke dalam tandas, buat apa layan laki miang macam tu.

"Long time no see konon sedangkan baru sak kemarin jumpa dia. Ndak pandai bosan betul kasi tengok mukanya hari-hari, ndak apa jua kalau handsome." Bebel Anis dalam hati. Semenjak dia kenal mamat ni, dah banyak perkataan English yang dia faham. Al maklum, mamat ni terlebih perasan jadi mat salleh sebab tu bahasa Melayu dia banyak tak betul ehh bukan tak betul, maksudnya lebih banyak dia guna bahasa English berbanding Melayu!

Syafiq yang menyedari terus menolak pintu itu dan turut masuk ke dalam tandas sebelum menguncinya. Anis cuak bila berdua-duaan begitu.

"Kau mau apa?" Bentak Anis cuba untuk keluar dari situ. Tak pasal-pasal nanti kena tangkap basah. Lagipun tak pernah lagi didengar 'ditangkap khalwat dalam tandas', buat malu je kalau betul-betul jadi.

"Ikut aku sebelum sesuatu menarik jadi kat sini." Ugut Syafiq. Anis yang bengang terus menolak kuat tubuh itu tapi langsung tak berganjak walau sedikit. Mana tak nya badan sado macam tu memang takkanlah berganjak walau seinci.

"Kau jangan macam-macam dengan aku." Marah Anis memandang tajam ke arahnya.

"Macam-macam? Yang macam mana tu ye?" Katanya dengan gaya miang lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Anis. Anis yang terkejut dengan jarak mereka yang begitu dekat buatkannya  terus menekup wajah dengan kedua belah tangannya, tindakan refleks! Syafiq tersenyum nipis melihat tindakannya itu.

"It's so cute baby." Kata Syafiq lalu mengalihkan tangan Anis yang menutupi wajahnya. Dia terus menggenggam jemari Anis dan keluar dari situ.

"Kau mau bawa aku pigi mana ni?" Anis cuba menyentak jemarinya yang kemas dalam genggaman Syafiq tapi sayangnya genggaman itu terlalu kemas dan erat. Dia dibawa menjauh sedikit dari kedai itu.

"Muhammad Syafiq Lee!!!" Langkahnya terus terhenti tatkala mendengar Anis menyebut nama penuhnya, itu kali pertama Anis menyebut nama penuhnya. Dia tetap merasa bahagia walaupun Anis menyebut dengan suara yang sedang menahan amarah.

"Yes baby?"

"Kita mau pigi mana ni? Aku mau balik." Kata Anis bengang.

"Oh okay let's go." Kata Syafiq pula lalu meneruskan langkahnya.

"SYAFIQ!" Menaik satu oktaf suara Anis menghentikan langkah jejaka itu semula.

"What? Tadi kata nak balik, ni orang nak hantar balik taknak pula." Kata Syafiq dengan muka yang kononnya naif. Menyampah betul!

"Aku mau balik pigi kedai tu. Bukan balik ikut kau." Kata Anis dengan wajahnya yang menahan amarah.

"Ohh no way. Kau nak ikut balik dengan laki tu." Kata Syafiq sambil menunding jari ke arah kedai mamak yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Apahal pula. Aku datang sama dia tadi jadi aku balik pun mestilah dengan dia. Kau ni kenapa ah gila sudah kah?" Tatapan tajam Anis berikan buat Syafiq.

"Yes...because you make me crazy." Dengan nada suaranya yang mampu memukau mana-mana wanita tapi tidak pada Anis. Meluat sungguh dia dibuatnya dengan suara Syafiq yang baginya lelaki terlalu miang di dunia!

"Lepaskan tangan aku." Sekali lagi dia cuba melepaskan tangannya yang begitu kemas dalam genggaman tapi sia-sia. Syafiq mendorong perlahan tubuh Anis sehingga bersandar pada dinding bangunan di belakang lorong itu.

"Ya Allah kau ni kenapa ah!!!" Marah Anis lalu menyilangkan tangannya yang sudah bebas dari genggaman ke bahagian dadanya. Syafiq tersengih melihat kelakuan Anis yang terlihat comel pada pandangannya.

"Kalau kau nak aku lepaskan kau, kau kena behave and dengar kata aku." Kata Syafiq yang sibuk merenung setiap inci wajah Anis, Anis pula melarikan pandangan matanya dari terus saling bertatapan. Dia memang tak mampu nak membalas tatapan mata lelaki itu.

"Look at me now..." Katanya datar. Anis berdegil tidak mahu memandang ke arahnya. Kelakuan Syafiq benar-benar menggugat kesabarannya bila mana lelaki itu dengan berani mengelus pipinya. Anis rasa nak telan je lelaki itu hidup-hidup.

"Good girl." Syafiq leka meneliti tiap raut yang ada di wajah Anis. Gadis di hadapannya yang berambut separas bahu mempunyai mata yang bundar, hidung yang tak berapa nak mancung dan bibirnya kecil ulas delima tapi mampu mengoda jiwa lelakinya. Jemari Syafiq terhenti seketika di situ sebelum ditepis kasar. Semua yang ada pada gadis itu cukup sederhana, tiada yang istimewa tapi entah mengapa hatinya boleh terpaut padanya, gadis kampung yang sentiasa berbaju kurung walaupun pada luaran tampak ayu tapi sebenarnya seorang yang agak kasar.

"Don't worry baby. Aku tahu kau tak suka aku 'ceroboh' selagi belum halal, kan?" Kata Syafiq dengan sengihan.

"Sudah tau belum halal, yang kau gatal mau pegang aku kenapa?!" Kata Anis geram, belum pernah ada lelaki yang seberani dia. Suka-suka nak pegang tangan orang, suka-suka pegang muka orang, nasib baik dia tak pernah lebih-lebih.

"Sebab bibir ni dengan laki lain boleh pula ye senyum manis tapi dengan aku senyum sikit pun tak nak." Kata Syafiq lagi sambil jemarinya mengetip muncung Anis. Senyuman yang sering gadis itu sembunyikan dari nya sedangkan kerna senyuman itulah tidurnya tak mampu lena.

"Tapi kalau kau dah jadi milik aku... Aku takkan pernah lepaskan sesaat pun." Katanya lagi dengan suara mengoda. Anis merasa semakin seram sejuk bila lama-lama berduaan dengan mamat mata sepet ni.

"Dah lah nanti Abang Khai cari aku." Kata Anis risau sekiranya Khai melihat mereka seperti ini.

"Wow do you call him abang? How sweet baby. " Sindir Syafiq. Entah mengapa melihat Anis dekat dengan lelaki lain boleh buatkannya sakit hati, dan nak marah je. Mungkinkah ini yang dinamakan cemburu.

"Ndak payah sibuk lah sama urusan orang!" Kata Anis yang cuba melepaskan dirinya.

"Ohh really?" Senyum senget ditunjukkan.

"Kau mau buat apa lagi ni?" Tanya Anis yang semakin bengang. Riak wajah Syafiq seperti ada sesuatu yang dirancangnya.

"Kalau kau nak sangat 'abang' kau tu selamat, make sure kau jangan dekat dengan dia and one more thing aku tak nak tengok kau dekat dengan mana-mana laki..." Belum sempat dia menghabiskan katanya, Anis sudah memotong.

"Ehhh kau pikir kau siapa? Mak bapak aku pun ndak pernah halang aku berkawan sama siapa." Sindir Anis.

"Ohh really? But i never care about that baby." Kata Syafiq lalu meletakkan jemarinya ke bahu Anis dan sekali lagi ditepis kasar. Gatal!

"Kalau kau tak nak sesuatu buruk jadi dengan lelaki-lelaki tu so better kau dengar cakap aku la, senang cerita." Ugut Syafiq lagi.

"Kau pun lelaki kan? Jadi lebih baik kau jauhkan diri dari aku. Baru adil?" Sindir Anis dengan senyum sinisnya.

"Ohh ha'ah kan. Tapi aku lain kes because your is mine!"

"Ohh lupa pula... Kau tak suka kan aku cakap english or maybe kau tak faham?" Sindirnya pula.

"Kurang ajar! Kau pikir kau pandai cakap english ni kononnya nampak macho lah ehh?? Macam taik ja!" Sumpah Anis dalam hati.

"Stop mengutuk i baby." Syafiq sedar Anis pasti mengutuknya dalam hati, dari raut wajahnya saja boleh dibaca. Anis hanya memberi jelingan maut, penat melayan kerenah orang psiko.

"Before aku lepaskan kau. Ingat erk kau MILIK aku sorang je!" Kata Syafiq menekankan sebutan milik agar Anis memahami maksud ayat itu. Anis pula malas mahu memperpanjangkan masalah dan hanya mengambil tindakan berdiam diri, andai dengan cara itu dia boleh lepas dari cengkaman saudara setan itu! Jadi ada baiknya dia diam.

"I have to go now. You take care." Sengih Syafiq sempat mencubit pipinya.

"Ehhh taik betul pegang muka orang! Macam teda muka sendiri!!!" Bebel Anis lalu mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat Khai. Pasti dia akan disoal siasat kejap lagi. Arhh pening! Stress!

My First Love✅Where stories live. Discover now