"Assalamualaikum..." Anis memberi salam tatkala melangkah masuk ke rumah sewa Irah, walau tahu tiada tuan rumah di dalam rumah sebab tuannya ada berdiri di samping.
"Waalaikumussalam..." Sahut Irah lalu melangkah ke seat belakang dan mengeluarkan beg Anis.
"Yang kau jadi patung depan pintu tu dah kenapa?" Bebel Irah yang melihat sahabatnya dok tersengih-sengih. Sibuk nak jadi patung cendana di depan pintu gamaknya.
"Ehh dia ni. Geram pula aku, aku suruh masuk dia dok sengih-sengih depan pintu." Bebel Irah.
"Kau bukalah dulu kuncinya, kau ingat aku ada kuasa halimunan. Tembus ja pintu ni." Bebel Anis siap dengan berdiri cekik pinggang dia.
"Ehh... Sorry, sorry... Lupa pula." Irah menepuk dahi, lupa pula bagi kunci. Kunci rumah dibaling dan disambut oleh Anis.
"Cantiknya rumah kau." Anis yang teruja terus mengeliling rumah setingkat itu. Walaupun tak besar mana, tapi itu sudah terlihat cukup sempurna di matanya. Rumah itu jauh lebih cantik malah berkali lipat cantiknya dari rumah di kampung.
"Dah sini. Ni bilik kau, nah kunci." Irah menyerahkan kunci bilik itu. Anis yang terlebih excited terus membuka pintu bilik dan meluru masuk.
"Wow... Bestnya..." Jeritnya sambil melompat-lompat di katil empuk, dah macam beruk pun ada. Semua yang ada di dalam bilik itu serba lengkap. Dengan almari, meja solek, katil dan siap ada aircond sekali. Bertuah sungguh dia ada sahabat seperti macam Irah.
"Kau janganlah jerit, tak pasal-pasal jiran sebelah terkejut beruk dengar suara kau." Bebel Irah.
"Opss..." Anis menekup mulutnya sendiri. Maklumlah tindakan luar kawalan memang sukar dijangka.
"Sini bah kejap." Panggil Anis. Irah hanya menurut dan melabuhkan punggungnya di samping Anis.
"Terima kasih sebab sediakan semua ni untuk aku, sori kalau aku menyusahkan kau." Kata Anis sambil memeluk sahabatnya. Irah membalas pelukannya.
"Everything for you dear..." Kata Irah. Mendengar saja ucapan sahabatnya laju saja tangan Anis menolak Irah dari pelukan tadi.
"Ndak payah lah jadi minah salleh. Ndak sesuai, muka macam belacan ada hati mau cakap orang puteh." Sindir Anis dengan mimik muka meluat. Irah hanya mampu tertawa, tahu sangat sahabatnya itu memang tak suka bahasa Inggeris. Bila dengar je orang yang bukan mat salleh cakap bahasa omputeh lebih dari tiga perkataan mesti orang tu dia kutuk. Katanya kita ni orang Malaysia bukan orang puteh mau cakap bahasa English.
"Kau ni tak pernah berubah kan. Sudah-sudah lah kutuk orang." Kata Irah setelah menyudahkan tawanya. Anis hanya tayang muka tak kesahnya.
"Kau nak ikut tak?"Ajak Irah.
"Pigi mana?" Secara automatik dia bangun siap dengan senyuman yang lebar.
"Supermarket. Aku lupa beli, barang dapur banyak dah habis." Jelas Irah.
"Mau lah. Jom...Nanti kau belanja aku." Sengih Anis. Irah sekadar menggangguk.
"Niari kau cuti meh?" Tanya Anis bila mana sahabatnya itu tak ke tempat kerja setelah pulang dari mengambilnya di airport.
"Ha'ah. Esok dan lusa pun aku cuti." Terang Irah.
"Aik... Banyaknya kau ambil cuti." Soal Anis pelik. Dah kaya sangatlah tu.
"Harini aku ambil half day, esok pula aku nak bawa kau round KL and ahad memang cuti khas untuk aku." Terang Irah.
"Baikknyaa sahabat aku ni. Terima kasih. Sorry kalau aku menyusahkan." Kata Anis serba salah.
"Ehh kau ni tak habis-habis dengan terima kasih. Sekali lagi aku dengar kau cakap kau menyusahkan aku siap kau." Bebel Irah. Bagi Irah sahabat-sahabatnya itu adalah keluarganya jadi tak salah dia nak bagi orang yang dia sayang bahagia.
"Iyalah iyalah tapi boss ndak marah meh kau ambik cuti banyak?" Tanya Anis lagi. Tukar isu malas nak dengar Irah membebel.
"Taklah. Memang semua staff boss bagi cuti satu hari tiap seminggu tapi lain-lain hari lah. Macam aku, aku pilih Ahad." Jawab Irah.
"Dekat jak rupanya." Ucap Anis setelah sampai di Supermarket yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Dalam 15 minit dah sampai.
"Dah jom..." Ajak Irah.
"Sini ndak ada pasar meh?" Tanya Anis lagi. Btw Anis ni memang banyak tanya so tak payah stress kalau sikit-sikit terbaca ada ayat 'tanya Anis' okay!Hehehe!
"Ada memang ada tapi jauh dari sini. Tu yang aku selalu beli kat supermarket ni je. Dekat dan mudah." Irah melangkah masuk ke supermarket itu sambil menolak troli.
"Kalau beli kat pasar mesti best kan." Ujar Anis sambil matanya meliar melihat persekitaran Supermarket yang super besar tu, kalau dibiarkan dia sorang-sorang kat situ sah memang sesatlah jawabnya.
"Supermarket ni pun lengkap." Kata Irah sambil tangannya memasukkan barang yang dia pilih ke dalam troli.
"Feel dia lain la..." Suasana pasar sedikit meriah berbanding supermarket, itulah yang dimaksudkan oleh Anis.
"Ehh pandai juga kau pakai bahasa laki kau." Usik Irah. Terlalu mahal mulut Anis menggunakan bahasa English.
"Palis-palis ada laki orang puteh. Alaa sepatah dua tu aku boleh terima lagi. Ndak macam kau sama along panjang lebar kalah orang London. Ndak apa juga kalau ada darah orang sana!" Kutuk Anis.
"Kau jangan... Nanti Allah bagi kau jodoh orang sana, menangis air mata darah kau nanti sebab tak belajar bahasa dia dari dulu." Usik Irah.
"Ehhh palis-palis." Laju saja penolakan dari Anis, malas nak berdebat dia meninggalkan Irah kat situ. Dengan beraninya dia menuju ke bahagian bahan basah tapi tanpa disengajakan dia terlanggar seseorang.
"Ya Allah... Sorry... Sorry." Kata Anis kelam kabut sambil mengutip barang-barang yang jatuh akibat pelanggaran kecil itu. Anis kalut sebab first time masuk tempat orang dia dah buat hal.
YOU ARE READING
My First Love✅
خيال (فانتازيا)Kehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...