"Nis... Takyah lah pindah. Nanti kalau ibu ayah tahu mesti dorang risau." Pujuk Irah setelah berdiam diri sedari dari tadi. Entah macam manalah dia nak pujuk Anis untuk terus ada di rumah ini.
"Aku bukannya mau pindah sekarang kan, aku cakap kalau kau sudah beranak dan habis pantang. Aku pindah keluarlah, lagipun sepatutnya dari awal lagi aku pindah." Sengih Anis seraya menikmati minum petang bersama Irah di taman belakang rumah.
"Kenapa pula lagipun Syafiq bukannya halau kau pun kan." Irah jelas terkejut tadi bila tiba-tiba saja sahabatnya itu mengeluarkan isu pindah rumah.
"Iyaa memang ndak ada tapi kamu tu pasangan suami isteri kan, jadi mana boleh juga aku menyibuk di sini. Lagipun tempat tinggal aku tu nanti ndak jauh dari butik." Terang Anis.
"Kami dua tak terganggulah malahan kami lagi suka." Kata Irah masih tak puas hati.
"Alaaa... bagilah ba pula aku berdikari." Pujuk Anis.
"No... aku tak setuju, nanti kalau Syafiq tahu mesti dia pun tak setuju."
"Dia setuju jua tu, rasanya lagi dia suka jadi bolehlah dia bebas bersweet sama kau nanti." Usik Anis tapi wajah Irah masih lagi tak puas hati.
"Merepek je lah kau ni."
"Ndak payah mau marah-marah nanti anak-anak tu lahir nanti jadi angry bird sudah." Usik Anis buatkan Irah tertawa dengan kata sahabatnya yang tak masuk akal. Adakah patut anaknya keluar jadi angry bird.
"Berapa lama Syafiq outstation?" Soal Anis.
"Seminggu, ahad depan baliklah dia." Jawab Irah.
"Kenapa dia pergi luar negara sedangkan doktor sudah pesan awal-awal ndak boleh tinggalkan kau." Bebel Anis.
"Dia pergi sebab ada urusan keluargalah, kau sendiri tahu kan bapa Alvin accident." Terang Irah. Anis mengangguk, teremosi pula dia tadi. Iya dia ada dapat khabar berita itu dari Alvin dan sebab tu juga dia cepat-cepat pulang dari Sabah. Risau nak tinggalkan Irah keseorangan. Syafiq ada juga cuba menghubunginya tapi dia block masa kat kampung, tak nak ketenangannya di ganggu.
Sejak dari kejadian malam mereka bersama, dia pulang ke kampung. Perasaan serba salahnya terhadap Irah buatkannya tak tenang dan menjauhi Syafiq. Dia tahu Syafiq tak salah bahkan dia sendiri yang merelakannya cuma dia rasa bersalah terhadap Irah. Dia seolah mengkhianati Irah. Hanya itu alasannya sampai melarikan diri ke kampung hampir dua minggu. Kalau je dia tak dapat khabar berita dari Alvin takde maknanya dia nak balik.
"Nis..." Panggil Irah buatkannya menoleh dan menjongketkan kening.
"Kalaulah apa-apa jadi kat aku masa nak lahirkan nanti..."
"Ehh apa kau ni. Kau tahu kan aku ndak suka dengar pasal ni. Ndak akan ada jadi apa-apa kau. InsyaAllah." Kata Anis dengan kerutan di dahi yang jelas tak suka.
"Iyaa aku tahu, aku cuma cakap je pun. Tak habis pun ayat aku, kau dah potong." Menggeleng Irah dibuatnya. Dia tahu Anis paling anti bila isu ini dibangkitkan.
"Kau janganlah nak potong dulu, biar aku habiskan ayat aku." Anis hanya mampu mencebik.
"Kalau jadi apa-apa kat aku nanti, kau dapat tolong aku?" Pinta Irah.
"Apa?" Soal Anis malas. Kalau tak dilayan kang merajuk susah lagi dia nak memujuk.
"Tolong jaga anak-anak aku, sayang dorang macam anak kau sendiri. Boleh?" Irah menggenggam jemari Anis.
"Walaupun kau ndak minta semua tu InsyaAllah aku memang akan tetap jaga dan sayang dorang." Katanya yakin.
"Terima kasih untuk pengorbanan kau selama ni. Aku nak kau tahu kau sahabat aku dunia akhirat, aku sayang kau sangat-sangat." Irah mulai sebak.
"Apa ni... kenapa mau sedih-sedih." Marah Anis seraya menarik sahabatnya itu ke dalam pelukan.
"Kau sahabat terbaik aku." Kata Irah lagi dengan air mata yang mengalir di pipi.
"Iyaa tahu... Kau pun sama juga." Anis memujuk dengan menepuk perlahan belakang tubuh si sahabat.
"Sudahlah, jangan nangis-nangis lagi." Pujuk Anis. Irah mengangguk seraya menghapus air matanya.
"Janji dengan aku satu benda lagi boleh?" Soal Irah bila tenang seketika.
"Ndak habis lagi?" Usik Anis.
"Janji lepasni cari kebahagian kau, jangan biarkan orang yang betul-betul ikhlas dengan kau hilang macamtu je." Anis terdiam. Irah seakan tahu sesuatu.
"Selama ni aku bahagialah..." Tawa Anis cuba untuk mengaburi sahabatnya.
"Kau tahu apa yang aku maksudkan. Sudah cukup kau korbankan diri kau, korang berhak bahagia." Ucap Irah sebelum pamit ke biliknya. Termangu Anis seketika, bingung dengan kata-kata yang tersirat sahabatnya itu.
Anis perasan sikap Irah bukan seperti biasanya, petang tadi tiba-tiba cakap isu anak-anak bahkan isu dia pun dikaitkan. Malamnya pula dia minta Anis temankan dia tidur sekali. Risau Anis dibuatnya, macam-macam fikiran buruk menyinggah tapi dia sangkal. Dia cuba bersangka baik tapi perasaan tak sedap hatinya sejak petang lagi sudah menganggu dan ternyata benar sekali sesuatu yang tak diingini akhirnya sudah terjadi.
Tepat jam dua pagi, Irah tiba-tiba saja sakit perut. Mulanya ingatkan dia nak buang air tapi bila sampai je ke tandas ternyata air ketubannya pecah. Anis yang memang tak lena tidur segera bersiap membawa Irah ke hospital terdekat ditemani Mak Mah dan Pak Tam.
Irah terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan kerna kandungan Irah yang belum cukup bulan dan juga ada beberapa masalah lain yang membuatkan Irah perlu menjalankan pembedahan secepat mungkin untuk mengelakkan sesuatu terjadi pada kandungannya.
Anis tak tenang, asyik mundar mandir di depan wad. Mak Mah yang melihat pun turut sedih, dia juga risau dengan keadaan Irah.
"Aniss... Duduk nak, InsyaAllah Irah selamat. Kita doa banyak-banyak kat Allah ya." Pujuk Mak Mah seraya menggamit Anis untuk duduk. Anis akur, dalam hatinya tak henti berdoa agar Allah selamatkan sahabat serta anak-anaknya.
"Mak Mah... Irah ndak ada apa-apa juga kan?" Sudah sejam lebih mereka menunggu tapi tiada khabar berita dari dalam. Encik Azri sudah cuba menghubungi Syafiq dan Alvin tapi keduanya tak dapat dihubungi. Keluarga Alvin pun tak dapat dihubungi.
"InsyAllah nak. Kita minta kat Allah." Kata Mak Mah seraya merangkul bahu anak muda itu.
Anis menggenggam jemarinya sendiri, jemari yang sejuk kerna risau dan takut. Pikirannya sekarang seakan kosong. Perasaan takut yang dia rasa sama seperti masa dia tahu ayahnya masuk ke hospital dulu.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...