"Ya Allah Anis ni dari mana ni? Abang tunggu dari tadi tau." Kata Khai setelah melihat kelibat Anis.
"Sorrylah lambat. Tadi Ibu telefon tu yang lupa abang terus." Sengih Anis cuba untuk menutupi kejadian tadi.
"Ehh budak ni. Abang ingatkan Anis berak batu tadi tu yang lama sangat." Usik Khai. Risau juga dia sebenarnya sudah setengah jam baru munculkan diri.
"Ishh melampaunya abang ni. Ndak pernah ba aku dengar orang berak batu." Balas Anis. Dia tahu Khai sekadar bergurau.
"Anis lah orang pertama dengar. Dah jom lah balik dah nak dekat jam 12 ni. Nanti lambat kang abang kena jawab panjang lebar pula dengan polis pencen kat rumah Anis tu." Anis tertawa. Dia tahu polis pencen yang dia maksudkan mesti Irah.
"Ndak kan tengok separuh jak." Tanya Anis sambil menoleh ke TV.
"Lain kali kita lepak balik, tunggu Irah sihat dulu. Lagipun abang dah janji dengan dia, awak kena balik sebelum jam 12." Anis sekadar mengangguk. Dalam perjalanan ke kereta Khai menarik beg tangannya.
"Kenapa?" Soalnya pelik.
"Nak pegang Anis tak dapat so pegang beg je la mampu." Sengih Khai. Anis hanya menggeleng dan membiarkan saja kerana dia tahu Khai tahu batasannya. Dari kejauhan keduanya seolah seperti berpegangan, bezanya ada handbag jadi penghalang. Sedang mereka bergelak tawa tiba-tiba seseorang berlanggar bahu dengan Khai.
"Sorry bro. Tak sengaja." Kata si jejaka berjaket hitam itu.
"Ohh takpe sikit je." Khai hanya tersenyum manakala Anis yang melihat terus membesar matanya melihat kehadiran insan yang mengaku ketenangan hidupnya.
"Ishh apa lagi dia buat kat sini!" Bebel Anis dalam hati, dalam masa yang sama dia takut kalau-kalau dia bakal mengotakan ugutannya untuk mencederakan Khai. Ala, bukan dia tak tahu perangai panas baran jejaka itu.
"Adik ke bro?" Soal Syafiq sengaja buat-buat tanya walau dia tahu Anis sudah tidak senang melihat keberadaannya saat ini.
"Tunang." Sengih Khai, niatnya hanya mengusik insan di sampingnya tapi dia tidak tahu akibat dari usikan itu boleh membuatkan keselamatannya terancam. Anis kalau boleh, rasa nak gam je mulut Khai masa tu. Suka sangat mengusik tak kira tempat. Dia tak tahu ke serigala jadian ada depan mata.
"Ohh... Ok bro aku gerak lu. Sorry terlanggar tadi." Kata Syafiq siap dengan senyuman yang kononnya ikhlas padahal Anis tahu di sebalik senyuman itu pasti ada tersimpan amarah yang akan membara tak lama lagi.
"It's okay bro. Small matter." Kata Khai menepuk bahu Syafiq perlahan. Anis hanya mampu membatu. Sesampai di kereta baru dia dapat menarik nafas lega.
Tidak memakan waktu yang lama untuk mereka sampai di depan rumah sewanya dan Irah.
"Anis masuk lah dulu." Kata Khai.
"Ndak pa... Abang balik lah dulu. Jumpa besok." Halau Anis. Anis sebenarnya risau akan keselamatan Khai, dia takut Syafiq akan bertindak bukan-bukan.
"Yelah abang balik dulu. Good night sayang." Kata Khai sempat mengenyitkan matanya, Anis sekadar jeling manja. Tak reti penatlah Khai nak mengusik dia. Setelah melihat kelibat kereta Proton Wira milik Khai hilang dari pandangan, barulah dia melangkah masuk ke dalam tapi langkahnya terhenti tatkala motor berkuasa tinggi berhenti di hadapan rumah itu. Anis tahu siapa gerangan manusia itu, ni tak lain tak bukan mesti Serigala Jadian sebab jaket yang dia pakai sama.
"Hai baby. Puas dating?" Sindirnya setelah menanggalkan helmet full face.
"Kau mau apa lagi ni! Ndak penat kah kacau orang dari tadi!" Anis seakan ingin saja menengking jejaka mata sepet itu tapi dia tahu tindakan itu akan memburukkan keadaan.
"Aku just nak pastikan kekasih aku masih dalam keadaan yang selamat." Sindir Syafiq lagi.
"Sudah-sudah lah kau merepek. Pigi balik lah, nanti jiran-jiran nampak susah lagi." Anis cuba untuk slow talk dengan Syafiq. Baginya tiada guna nak berkeras dengan manusia yang mentalnya tak berapa nak betul.
"Don't worry baby. Sebelum aku balik, aku just nak bagitau. Jangan pernah cuba untuk cabar aku." Ugut Syafiq.
"Ya Allah cabar apa lagi ni. Tolonglah aku penat sekarang ni." Keluhan berat dilepaskan. Sumpah kenapalah dia dapat bala macam ni kat negeri orang ni.
"Dah lupa abang kau tu kata apa tadi? So lepas ni pastikan benda yang sama tak berulang kalau tak jangan tanya aku apa yang aku boleh buat kat dia." Ugutan yang tak pernah habis jejaka itu ungkapkan.
"Ya Allah... Aku ndak tau sama ada kau ni manusia jua kah ndak. Abang Khai gurau jak pun tadi. Kau janganlah apa-apakan dia, dia ndak ada salah pun." Pinta Anis.
"Sayang juga kau dengan abang kau tu erk?" Senyuman sinis itu sumpah membuatkannya tak tenang.
"Aku anggap dia macam abang aku, dia tu dah anggap aku ni adik dia. Jadi tolonglah jangan salah faham." Dia yakin Syafiq mampu mengotakan katanya jadi ada baiknya dia berhati-hati. Walaupun dia tidak mengenali jejaka itu lebih mendalam tapi Irah ada juga lah cerita tentang perangai Syafiq. Lagi-lagi perangai kepala batu dia tu, semua nak kena ikut dia! Kata Irah lagi tak pernah ada yang berani nak cari pasal dekat dia. Entah betul entah tidak!
"I don't care about that. Kalau kau tak nak aku menggila better kau ikut aku." Entah kemana lagi dia nak bawa gadis itu pergi tapi yang pasti dia nak ada dengan gadis itu.
"Mau pigi mana pula ni? Malam sudah kan?" Anis seakan mahu menangis melayan kerenah mamat psiko ni.
"Don't talk to much." Katanya lagi lalu menyarungkan helmet full facenya.
"Tapi..."
"No tapi tapi. Kalau kau tak nak ikut, esok kau readylah pegi ziarah kubur arwah abang kau tu." Ugut Syafiq buatkannya terkejut beruk. Jejaka di depannya itu bukan lagi manusia biasa, mungkin jelmaan syaitan tu lah perangai pun nauzubillah min zalik.
"Syafiq... Janganlah apa-apakan dia, dia ndak salah apa pun dengan kau. Aku janji akan ikut cakap kau tapi sekarang ni aku tak boleh ikut kau sebab Irah sakit, dia perlukan kawan. Sebenarnya tadi Irah pun ada ikut sekali cuma lepas dari klinik dia minta hantar balik..." Anis cuba memujuk siap dengan tangannya yang memaut lengan jejaka itu. Mendengar saja suara Anis yang tidak kasar seperti biasa buatkannya lembut hati, entah mengapa dia tak mampu nak marah lama dengan gadis itu. Gaya mereka dah macam pasangan kekasih yang sedang pujuk memujuk.
"Okay tapi kau kena pegang janji kau tu." Syafiq mengenggam jemari Anis kemas. Entah mudah benar hatinya cair bila berdepan dengan gadis itu. Pernah dia cuba untuk melupakan Anis tapi sayangnya gadis itu sukar untuk pergi dari hidupnya, pasti ada saja kebetulan yang menemukan mereka sehingga dia tekad akan mendapatkan gadis itu dengan cara apa sekalipun.
Anis hanya mengangguk laju, demi keselamatan rakan-rakannya dia terpaksa menurut kemahuan serigala jadian itu. Lama mereka saling berpandangan sebelum jemari Anis yang kemas dalam genggamannya dilepaskan dan menyuruh Anis untuk masuk ke dalam rumah. Anis pula dengan lemah longlai masuk ke dalam, entah mengapa dia perlu hadap semua benda ni, bukan ini yang dia impikan. Dia datang ke kota besar itu hanya untuk bekerja, cari nafkah buat keluarganya di kampung dan bukannya bertemu dengan serigala jadian! Arghhhh!!!!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...