Sudah menjadi rutin harian Anis untuk berulang alik ke rumah agam itu. Tak kesahlah waktu pagi ke, waktu petang ke pasti muka Syafiq terpampang di depan rumah menanti mereka.
Pagi ni, Anis seakan berat sekali tubuhnya untuk bangun. Tapi dia gagahkan juga dirinya, kalau
tak siapa nak urus si kembarnya itu. Usia si kembar kini sudah mencecah 5 bulan.Tiba-tiba telefonnya berdering meminta diangkat, melihat si kembar yang masih pulas tidur buatkannya cepat-cepat mengangkat telefon itu. Tak nak menganggu lena mereka.
"Assalamualaikum... Anis? Harini tak hantar si kembar ke?" Soal si pemanggil. Anis yang mengecam suara si pemanggil terus menjawab salam.
"Ndak pasti lagi Mak Mah." Jawab Anis agak lemah. Perutnya sekarang tidak memberi kerjasama dengannya.
"Anis okay tak ni?" Soal Mak Mah yang sedar dengan suara lemah Anis.
"Okay Mak Mah cuma sakit perut sikit." Jawab Anis.
"Anis, Mak Mah datang sana ye. Bahaya tu Anis sorang-sorang je jaga si kembar, tengah sakit macam ni lagi." Kata Mak Mah. Baru-baru ini memang Anis memberitahu alamat rumahnya tapi itu pun dia minta rahsiakan, biarlah hanya Mak Mah dan Pak Tam yang tahu.
Anis akhirnya bersetuju bila perutnya semakin menusuk-nusuk saat ini. Nak tak nak dia memang kena minta bantuan dari Mak Mah untuk tengok-tengokkan si kembar.
Tak sampai pun 30 minit, bunyi ketukan pintu buatkan Anis bangkit dari pembaringannya dan menyarungkan tudung express. Tatkala membuka pintu, punya dia terkejut hampir nak jatuh dia. Nasib baik pegangannya pada pintu tu kuat kalau tak memang sah dia jatuh.
"Kenapa kau datang?" Soal Anis terbata-bata. Terkejut sebenarnya dengan kemunculan Syafiq. Setahunya yang nak datang tadi Mak Mah dan Pak Tam.
"Dah pergi siap, kita ke klinik. Packlah beberapa pakaian you. Sementara ni you stay kat rumah i." Arah Syafiq.
"Ehhh... ndak apalah, kejap lagi okay jua ni." Anis menolak. Gila ke nak stay kat rumah dia!
"Okay apa bende kalau dah pucat macam ni. Kalau jadi apa-apa dengan you, siapa yang nak uruskan anak-anak i nanti." Anis terpaksa akur bila memikirkan ada betulnya kata lelaki itu tapi masalahnya dia ni hilang ingatan atau tak perangai ikut suka dia memang tak dapat diubah! Kuat mengarah pastu mengugut lagi! Anis tak membenarkan dia masuk oleh kerna alasan tiada ikatan! Sedangkan masuk bilik pun sebenarnya takde siapa boleh halang sebab mereka masih sah bergelar suami isteri.
"Ehh... kenapa kau masuk?" Soal Anis terkejut bila Syafiq yang sudahpun ada depan pintu biliknya. Pintu biliknya memang terbuka sejak tadi.
"You tu tak larat nak angkat si kembar, nak dorang jatuh ke?" Perli Syafiq. Anis hanya menjeling geram, orang sakit pun sempat diperli. Mata Syafiq meliar melihat sekeliling. Anis terlupa di meja yang ada di samping katilnya ada gambar pernikahan dia dengan lelaki itu, laju saja jemarinya menurunkan gambar itu. Dia perasan reaksi pelik Syafiq tapi cepat-cepat dia suruh lelaki itu mengangkat si kembar keluar sebab dia dah siap menyediakan beg pakaiannya.
Sebelum ke hospital, ternyata Syafiq menghantar si kembar terlebih dahulu pulang ke rumah agam. Anis yang disuruh hanya rehat di dalam kereta hanya berdiam diri, ikutkan hati dia nak marah sebab rumahnya sudah diketahui oleh Syafiq sedangkan selama ni berhabis dia sembunyikan tapi oleh kerana keadaan diri yang lemah buatkannya hanya membiarkan saja bahkan dalam perjalanan tadi dia memilih untuk tidur.
Selesai pemeriksaan di hospital, Anis dibawa pulang semula ke rumah agam. Entah banyak sangat yang doktor tu berikan ubat. Katanya, Anis perlukan banyakkan rehat dan jangan stress sangat. Sebab tu kitaran haidnya tak teratur, senggugut datang menyerah dan gastrik turut sama serta. Syafiq yang mendengar hanya mampu memandang Anis dengan pandangan tak percaya.

YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...