"Kenapa ni?" Soal Anis bila melihat muka si suami masih lagi masam kalah limau kasturi.
"Iya... Di bagi mulut oleh Allah tapi ndak pandai guna. Baguslah begitu, Allah tarik nanti padan muka." Geram betul dia dibuatnya. Mana tak dari pagi tadi si suami mulakan perang dingin! Habis air liurnya cakap macam-macam tapi dia boleh pekakkan telinga ja.
Baru saja Anis mahu melangkah pergi dilihatnya si suami berlari ke arah tandas dan muntah-muntah. Risau pula dia dibuatnya.
"Kenapa ni?" Soalnya risau sambil mengelus belakang tubuh si suami. Banyak jugalah yang dimuntahkan oleh si suami, sampai terduduk dia di lantai tandas tu.
Anis memapah si suami yang lesu, penat dia lepas muntahkan semua makanan yang diisi tadi.
"Okay ka ni? Kenapa tiba-tiba muntah." Laju saja Anis mencapai minyak angin dan disapunya ke perut serta kepala si suami.
"Kita pergi hospital ya?" Pujuk Anis. Tapi Syafiq menggeleng, dia ni dah ganti dengan Anis. Kalau dulu Anis yang benci ke hospital, sekarang ni dia pula.
"Sakit kepala..." Rengek Syafiq dah macam budak kecil. Anis tanpa banyak cakap diurut lembut kepala si suami. Sumpah dia risau gila dengan keadaan si suami. Syafiq yang baru nak terlena terbangun bila Anis tiba-tiba mengucup kedua belah pipinya. Wajah itu terlihat mendung, macam nak menangis pun ada. Mungkin sebab dia overthinking.
"Hey... Kenapa ni?" Soal Syafiq sambil mengelus pipi si isteri. Anis menggeleng, tak nak bercakap apa, dia cuma risau dengan keadaan si suami sebab tu dia tiba-tiba sedih.
"Ini mau pujuk ka mau goda daddy ni?" Usik Syafiq yang dah tak merajuk lagi. Tapi muncul pula perangai mengusiknya. Anis mencebik geram. Orang risaukan dia boleh-boleh pula dia menyakat.
"Kita pergi hospital yaa..." Pujuk Anis lagi.
"No need. Ubat daddy dah ada depan mata ni ha." Sengih Syafiq.
"Daddy mesti janji, kalau masih ndak sihat sampai besok. Kita pergi hospital. Kalau ndak..."
"Ndak apa? Mama mau buat apa?"
"Tengok ja lah besok." Cebik Anis.
************************************
Anis mengajak si suami ke hospital. Walaupun Syafiq berdegil tak nak tapi dia berhabis memaksa.
"Daddy dah sihat laa... kenapa nak pergi hospital ni lagi." Bebel Syafiq.
"Bukan daddy yang mau di check doktor."
"Huh? What you mean? Mama sakit ke? Kenapa tak bagitahu daddy?" Raut wajah cemas si suami buatkannya tersenyum.
"Pandai pula risau kalau orang yang sakit. Dia tu sudah seminggu lebih suka muntah-muntah, di bawa pigi hospital pun ndak mau." Perli Anis.
"I don't care about that. Daddy nak tahu tentang mama je. Betul ke mama sakit? Sakit apa? Dah jom cepat jumpa doktor."
"Daddy... Boleh tarik nafas dulu ka kejap, cuba bertenang sikit. Mama mau buat check up ja." Jeling Anis geram dengan perangai si suami. Anis terpaksa melangkah masuk dengan tergesa-gesa ke hospital sebab si suami terlampau overthinking! Adakah patut dia tanya kalau Anis nak kena dukung ke ataupun nak pakai kerusi roda. Memang suaminya super gila! Orang masih boleh berjalan dengan normal kot.
Wajah serious si suami masih berpanjangan, malahan panik dia dibuatnya bila doktor menghulurkan test pack pada Anis untuk test air kencing. Macam-macam disoalnya.
"Daddy... Tunggu di luar lah kalau begini cerewetmu." Kesal pula Anis dibuatnya. Segan juga pada doktor yang memeriksanya.
"Okay... Sorry..."
"Kalau daddy bising lagi ndak payah ikut masuk ya." Ugut Anis. Syafiq menunjukkan isyarat zip mulut.
"Taniah puan." Anis mengucap rasa syukur bila dia benar-benar disahkan mengandung. Si suami yang bingung memandang Anis dan doktor itu silih berganti. Masih tak faham, nak tanya nanti takut si isteri marah. Kan tadi dah dapat amaran.
"Daddy... Kejap lagi, abang sama kakak dapat adik." Kata Anis.
"Adik dari mana?" Soal Syafiq blur. Anis mengelus perutnya perlahan dan tersenyum padanya.
"Serious la?" Soal Syafiq yang sudah memerah matanya menahan tangis. Bukan tangis sedih tau tapi tangis tanda bahagia.
"Terima kasih ya Allah..." Ucap Syafiq seraya bangun dan mengucup dahi Anis. Segan pula Anis dibuatnya, doktor itu hanya mampu tersenyum tumpang senang dengan berita itu.
"Daddy... Orang nampak..." Bisik Anis bila si suami malah memeluknya erat. Tak tahu malu betul.
"Sorry doktor... Okay, what we need to do now?" Soal Syafiq terlebih excited.
"It's okay. Kita boleh buat CT scan untuk tahu usia kandungan isteri awak sekarang." Jawab doktor itu.
"Yes sure..." Tak dilepas tangan si isteri, berjalan pun disuruh slow-slow.
"Daddy... Macam over la daddy punya caring ni." Bebel Anis tak berkenan. Mana taknya lepas je keluar dari bilik pemeriksaan tadi. Si suami menggunakan kerus roda untuknya, Anis yang menolak dah tak mampu nak kata apa bila si suami gunakan kuasa veto.
"Ni semua untuk kebaikan mama dan our baby." Sengih Syafiq sambil mengelus perut si isteri yang buncit sedikit. Ternyata usia kandungan si isteri sudah masuk bulan ke dua. Jangan tanya kenapa dia tak tahu, sebabnya dia memang sudah terbiasa dengan kitaran haid yang tak teratur dan juga si suami yang dapat alahan bukan dia.
Sebulan lebih juga Syafiq dengan alahannya tapi dia tak kesah yang penting si isteri dan anak-anak sihat. Cuma semenjak dia disahkan mengandung si suami terlebih caring, terlebih sweet. Dia tak dibenarkan buat apa-apa kerja, nak kemana pun mesti dia ikut je and so on! Banyak sangat pantang larang dari si suami yang terpaksa dituruti. Anis yang mulanya tak suka bila dikongkong begitu akhirnya akur, kerna kata Syafiq demi dia dan anak mereka juga.
Dulu Syafiq yang selalu outstation kini sudah tidak lagi. Katanya dia tak nak tinggalkan isteri dan anak-anaknya. Sampaikan semua kerja-kerja banyak dilakukan dari rumah saja. Cuma kalau ada urusan penting saja turun padang ke pejabat ataupun perusahaannya. Bisnes Anis juga dia yang banyak uruskan. Pandai sangat dia kelontong Anis! So sepanjang usia kandungan Anis banyak jadi ma'am besar.
Masa dia melahirkan si suami setia menemani, si kembar pula Mak Mah dan Pak Tam tolong jagakan. Benda yang paling tak mampu dia lupakan saat melahirkan bila si suami mengalirkan air mata saat melihat dia bertarung dengan nyawa. Semenjak dari tu katanya cancel nak anak banyak! Hahaha! Sakit melahirkan seorang anak tak mampu digambar dengan kata tapi semua rasa sakit hilang macam tu ja bila tengok si kecil yang menangis berada dalam dakapannya dan kucupan si suami yang menguatkannya. Penjuangan yang tak pernah disiakan si suami, ucapan terima kasih dan sayang yang selalu meniti di bibir itu.

YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...