15

84 5 0
                                    

"Rah... Jadi kan ikut aku balik kampung besok?" Soal Anis yang sedang sibuk mengemas beg pakaian yang akan dibawanya. Melihat Irah yang hanya diam buatkan Anis menghentikan kerjanya dan fokus pada Irah.

"Aku tau kau ndak mau balik sebab takut jumpa pakcik sama makcik kau kan? Janganlah terlampau banyak pikir, aku bawa kau balik ni supaya kau boleh jumpa sahabat kita bukan jumpa keluarga kau yang bikin panas tu dan pasal duit belanja kita, kau janganlah risau. Pandai-pandailah aku pikir macam mana nanti, buat masa ni aku cuma minta kau rehat secukupnya. Lepas kau beranak nanti, kita sama-sama kerja balik. Baby pula kita hantar dekat tempat yang jaga budak tu... Apatu orang selalu sebut. Nur.. Nursery kan." Kata Anis panjang lebar. Irah hanya mampu tersenyum.

"Ikutkan hati aku memang tak nak tapi dah panjang lebar kau membebel ni aku terpaksalah setuju. Kalau tak lagi banyak kau nak membebel nanti. Lagipun aku nak lawan pun bukannya dapat menang, kau tu kan ratu debat semua benda kau nak menang." Sindir Irah. Semalaman habis dia berdebat dengan Anis tentang dia nak kerja tapi Anis berdegil nak dia berhenti katanya kesihatan dia tak mengizinkan. Betul jugalah sebab alahan dia teruk sangat! Cuma dia tak nak menyusahkan Anis. Dah habis debat pasal kerja timbul pula perdebatan tentang balik kampung, penghujungnya Irah terpaksa redha kerna apa yang Anis kata semuanya demi kebaikannya sendiri.

"Anis ba ni..." Kata Anis bangga lalu menjulingkan mata sehinggakan Irah tertawa melihat wajahnya.

Anis yakin, Irah takkan mungkin jadi seperti ini andai Mak Leha dan Pak Samad menjaganya dengan penuh kasih sayang. Ini sebaliknya! Sedangkan merekalah tempat Irah bergantung lagipun mereka bukan orang lain, Mak Leha adalah adik kandung kepada arwah ayah Irah.

Kisah hidup Irah memang tidak indah kerna ketika di usia 12 tahun dia kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan, setelah itu dia tinggal bersama dengan Mak Leha dan Pak Samad. Kehidupannya berubah di situ sering dipukul, diherdik, disuruh bagaikan amah. Irah yang kehilangan kasih sayang sepatutnya diberi kasih sayang, dibelai dan dididik dengan baik tapi sebaliknya dan kerana tidak tahan dengan keadaan itu. Irah melarikan diri ke Kuala Lumpur dan tidak menghabiskan pelajarannya. Dan kini sekali lagi dia diuji dengan mengandung anak luar nikah. Sungguh besar bebanan yang dia pikul tapi Anis tahu Irah seorang gadis yang cekal dan kuat dan dia akan pastikan lelaki yang buat sahabatnya mengandung akan bertanggungjawab.

Keesokan harinya, penerbangan yang memakan masa hampir tiga jam itu akhirnya selamat mendarat di Sabah. Negeri di bawah bayu.

"Anisssssssss..........." Jerit Zia dan Isya yang berlarian ke arahnya. Anis yang baru keluar dari balai berlepas terkejut dengan jeritan itu. Kedua mereka menerpa ke arahnya sehinggakan beg baju terjatuh akibat pelukan sahabatnya yang terlalu over and over.

"Oiii.... Mati lemas aku macam ni!!!" Jerit Anis cuba melepaskan diri dari pelukan raksasa sahabatnya.

"Zia... Isya!!! Lepaskanlah aku bongok." Marah Anis.

"Oopss sorry..." Kata mereka serentak siap dengan sengihan lagi.

"Kamu dua ni kenapa! Nasib aku ndak mati lemas di peluk macam tu. Sudah lah jerit-jerit, kamu pikir airport ni laki kamu punya? Berlari-lari lagi konon perasan hindustan lah tu." Bebel Anis pada dua sahabatnya.

"Oiii kau ndak payahlah membebel." Marah Zia.

"Yala kau ni. Kau ndak rindu kami meh?" Sedih pula si hati tisu.

"Rindu bah... Sinilah peluk balik... Merajuk sak lah kerja mu." Kata Anis lalu memeluk sahabatnya kembali, dia sedar dia pun terover membebel.

"Makin cantik pula kau ni. Makin putih bukan macam di sini." Puji Zia lalu mengangkat beg Anis.

"Jadi kau mau bilang aku hitam dulu?" Soal Anis siap bercekak pinggang.

"Ndaklah ba, makin putih ja ku bilang." Sengih Zia.

"Aniss... Sanggup kau tinggalkan aku." Sampuk Irah dari arah belakang.

"Ya Allah aku lupa..." Sengih Anis terus membantu mengangkat beg sahabatnya.

"Hai Zia... Isya... " Tegur Irah pada dua sahabatnya yang sekian lama tidak ditemui. Mereka berdua hanya memberi senyuman saja. Kepulangannya memang Anis rahsiakan, kononnya nak bagi surprise.

"Macam mana dia tahu nama kita." Bisik Zia pada Isya. Isya pula menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

"Oii kamu dua ndak payah lah mau berbisik-bisik sana, kami dengar juga." Sindir Anis. Keduanya menjeling geram pada Anis. Lama tak jumpa bukannya nak sweet-sweet ke apa, kasar je memanjang!

"Memang jahat betul kamu dua ni kan? Kacang lupakan kulit." Kata Anis sengaja, hampir tiga tahun tidak bersua muka pasti saja mereka sukar untuk mengecam gerangan gadis cantik bak model di hadapan mereka. Lagipun selama ni mereka hanya bertukar khabar sesekali dan tak pernah video call. Dulu pertama kali bertemu Irah pun dia terkejut juga dengan perubahan sahabatnya, nasib baik time tu Irah yang tegur duluan kalau tak mesti dia ndak perasan.

"Apa yang kau merepek ni? Ndak ngam betul pepatah yang kau pakai. " Marah Zia.

"Kan? Tak sesuailah pepatah kau tu." Tegur Irah. Keduanya mengangguk setuju. Zia memandang tepat ke wajah gadis di hadapannya itu, dia seakan mengenali tapi siapa erk? Irah membuka kaca mata hitam jenama RayBan supaya sahabatnya dapat cam.

"Irah... Irah kan??" Soal Zia teragak-agak. Melihat anggukan itu buatkannya terus memeluk Irah.

"Kenapa kau baru balik sekarang?" Sayu suara Zia. Sedih mengenangkan kehilangan Irah dulu, setahun lebih dia di negeri orang tak pernah dia cuba menghubungi mereka. Baru setahun kebelakangan dia berani menghubungi.

"Aku pun rindu korang..." Kata Irah sambil mengesat airmatanya. Isya pula masih lagi tidak memahami keadaan sekarang.

"Zia... Kau kenal meh?" Bisiknya di telinga Zia.

"Seriouslah Sya?" Zia geram dengan kebingungan sahabatnya yang tak pernah habis. Entah memang jenis blur ataupun bengap tahap gaban!

"Apa?" Dengan muka tidak bersalah dia berkata begitu.

"Cik Ainan Batrisya Binti Baharon, buat pengetahuan cik. Dia ni Cik Zahirah Binti Fakrul. Ada faham?!" Bengang pula dia dibuatnya. Isya yang baru mengenali sudahpun menitiskan airmata.

"Ehh dia ni belum peluk pun suda menangis. Terlampau drama betul kawan kau ni, Zia." Usik Nur Anis.

"Diamlah." Marah pula si hati tisu. Keduanya saling berpelukan melepas rindu.

"Dah jom balik rumah. Ibu mesti masak sedap kan?" Ajak Anis tak sabar menemui keluarganya.

"Ya. Along pula nanti tengah hari baru dia dapat balik." Jawab Zia.

"Malam ni kami tidur sana.." Sengih Isya. Peluang untuk berkumpul setelah 3 tahun tidak lengkap.

"Na ngamlah tu." Sokong Anis.

"Dah jom lah... " Ajak Irah. Mereka berempat berganding bahu menuju ke teksi yang disewa. Perasaan gembira menjalar dalam diri mereka. Kenangan lama turut berputar seakan ingin diulangi kembali.

My First Love✅Where stories live. Discover now