Keesokan harinya, sesudah solat subuh berjemaah. Irah membantu ibu menyediakan sarapan pagi, manakala Ayda bersiap-siap nak turun kerja. Anis pula lebih memilih memerap di dalam bilik daripada keluar tengok muka serigala jadian itu.
"Angah...."
"Apa bu.." Sahut Anis seraya melangkah ke dapur walau berat kakinya keluar dari bilik itu.
"Panggil Syafiq di pondok tu." Ikutkan Anis nak je dia membantah tapi apa boleh buat kalau Ibu dan Ayah yang memberi arahan memang tak ada kata TIDAK. Dengan langkah yang berat akhirnya dia menapak jua ke tempat kesukaannya itu.
"Ish dia ni kan... Suka hati jak ambil tempat aku!" Bebel Anis tatkala melihat Syafiq yang lena dibuai angin sepoi-sepoi.
"Syafiqqq... Bangunlah."
"Heyy baby..." Suara serak basah jejaka itu menganggu pendengaran Anis.
"Baby... Baby... Kepala mu baby. Kau ndak nampak kah besar aku ni sama sudah dengan gajah." Bebel Anis.
"So cute..." Syafiq tertidur di pondok tu sebab awal pagi lagi dia dikejutkan untuk solat jemaah. Dah lah sebelum ni jangankan subuh, waktu solat lain pun tak pernah dibuat olehnya. Nasib baik dia masih ingat step-step solat sebab masa remaja dia pernah dihantar untuk belajar tentang agama tapi tak lama lah sebab dia lari. Surah pendek pun dia dah lupa! Bila melihat keluarga Anis yang mementingkan solat buatkannya insaf seketika dan tekadnya untuk mendalami islam kembali kerna sudah terlalu jauh dia meninggalkan islam.
"Gila... Bangunlah cepat, orang tunggu kau lagi mau sarapan!" Kata Anis malas nak bercakap lembut dengan serigala jadian itu. Syafiq hanya membontoti langkah si gadis singa, ada baiknya dia tak mengusik dulu kerna tahu mood Anis tak berapa elok bila dia muncul tiba-tiba di kampungnya.
"Bang petang nanti pusing kampung kita. Mau kah?" Ajak Akif sambil menuangkan minuman ke dalam cawannya.
"Abang ok je." Katanya senang. Syafiq kagum dengan remaja itu, walaupun masih muda tapi dia yang mengimamkan solat berjemaah mereka sekeluarga.
"Hey... You fikir apa ni?" Tanya Irah tatkala melihat jejaka di sebelahnya itu hanya mengelamun tanpa menjamah sedikit pun makanan yang ada di hadapan.
"Huh? Takde..." Sengihnya malu ditangkap menghayal.
"Maaflah nak, makcik masak masakan kampung ja." Kata ibu merendah diri.
"Ehhh takpe makcik... Saya tak kesah pun lagipun masakan makcik ni memang kena dengan selera saya." Ucap Syafiq sambil memulakan suapannya.
"Eleh... Mau beli jiwa ibu akulah tu. Konon suka masakan kampung padahal..." Kutuk Anis dalam hati. Geram je dia pandang orang yang duduk di hadapannya itu!
Mereka sibuk bercerita sambil menikmati sarapan cuma Anis je yang dia membisu di tempatnya. Dah macam dia pula yang baru datang ke rumah tu.
************************************
"Acik... Pinjam luk motor mu." Jerit Anis seraya mencapai kunci motor adiknya yang ada di meja ruang tamu.
"Mau pigi mana tu ngah?" Tanya ayah. Mana taknya lepas je habis makan tengah hari dan solat zohor berjemaah, si anak sudah mau keluar.
"Mau pi rumah Isya sama Zia jap, yah." Pamitnya, Irah sudah diajak tadi cuma dia je yang tak nak ikut so apalagi Anis gerak solo la.
"Boleh tak aku ikut." Sampuk Syafiq. Anis mengeleng laju, tak hingin dia nak bonceng serigala jadian itu.
"Ngah... Bawalah Syafiq sekali, nanti bolehlah dia jalan-jalan di kampung ni."
"Alaaa ibu..." Baru je dia nak merungut tapi raut wajah si ayah yang bersetuju dengan ibunya buatkan dia mengeluh.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasiaKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...