"Baby... bangun subuh." Anis mengeliat sebelum duduk dan bangun. Termangu seketika
dia di katil itu."Larat tak?" Soal Syafiq. Anis hanya mengangguk seraya menuju ke bilik air. Seusai solat subuh berjemaah Anis memilih untuk menyambung tidurnya.
"Baby.... Bangun makan." Kejut Syafiq lagi dengan dulang yang berisi bubur dan air milo panas. Anis menggeleng, sekarang dia takde selera nak makan. Dia cuma perlukan tidur.
"Bangunlah, makan sikit dahtu boleh makan ubat." Pujuk Syafiq.
"Ndak mau... masih kenyang lagi." Rengek Anis dengan mata yang masih terkatup rapat.
"Kenyang apanya, dah jam 8 ni. Bangunlah, kalau tak nak bangun makan. Kejap lagi kita pergi hospital balik." Ugut Syafiq buatkan Anis dengan pantasnya duduk bersila di atas katil dengan mata yang tertutup siap dengan mulut muncungnya lagi.
"Dah takyah nak goda aku dengan mulut macam tu, karang ada yang jadi mangsa ni." Usik Syafiq. Membulat matanya siap memandang tajam ke arah si suami sambil menutup mulut.
Seperti biasa, makan bersuap. Hanya semangkuk bubur ayam dan secawan milo panas dikongsi berdua. Syafiq adalah manusia terbahagia harini kerna selama 5 bulan si isteri menjauhinya bahkan tiap kali bertemu pasti ada pertengkaran. Hanya di depan Irah saja mereka berlagak seperti biasa.
"Jom..." Ajak Syafiq. Anis mengerutkan dahi, kemana pula suaminya nak bawa dia ni dahlah tak berapa sihat.
"Mandi sekali." Dan perutnya menjadi mangsa cubitan Anis. Siapa suruh gatal sangat. Syafiq hanya tertawa lepas dengan reaksi si isteri, walaupun cubitan itu jelas berbisa tapi dia tetap suka.
Sepanjang hari Anis dikawal ketat oleh Syafiq. Nak ke dapur bahkan ke tandas sekali pun dia nak ikut. Tunggu Anis marah je baru dia tak ikut masuk sekali ke tandas but still terpacak depan tandas. Anis bahagia dengan layanan suaminya itu, dilayan bak ratu cuma terlalu berlebihan!
"Syafiqqq...." Panggil Anis pada suami yang sibuk dengan mencari siaran drama yang ingin di tonton.
"Yes?"
"Kita balik bila?"
"Tunggu kau sihat baru kita balik." Jawabnya lalu duduk di samping si isteri.
"Aku sihat sudah ni. Lagipun kesianlah Irah di rumah." Kata Anis seraya menyandarakan kepalanya ke bahu si suami.
"Okay fine but not tonight. Esok kita balik, boleh?" Syafiq mencari kata sepakat. Anis mengangguk setuju.
"So now aku nak upah." Sengih nakal Syafiq. Anis segera memandang si suami.
"Upah apa?" Berkerut dahinya.
"Upah sebab bagi kau balik awal dahtu keluar dari hospital semalam." Kata Syafiq seraya menarik jemari si isteri dan kemas dalam genggamannya.
"Apa pula, ndak ikhlas betul mau tolong orang." Bebel Anis dengan muncung tak puas hatinya.
"Ehhh... Siapa kata aku tak ikhlas? But upah tetap upah." Syafiq sejak dari tadi tak lekang dari senyumnya.
"Mau kena tunggu besoklah, malam-malam ni mana ada kedai buka lagi. Tapi jangan mahal-mahal." Bebel Anis.
"Tak mahal pun, free je. Lagipun upah aku ni takde kat kedai." Kata Syafiq yang sudah duduk bersila menghadap si isteri. Anis juga turut sama duduk bersila sambil memandang si suami.
Berkerut dahi Anis memikirkan klu untuk upah itu."Kau nak tau kan, so tutup mata dulu." Anis yang ragu dengan si suami akhirnya terpaksa menurut bila si suami berkeras suruh dia tutup mata.
Dengan mata yang terpejam rapat Anis menanti apa yang ingin si suami tunjukkan. Tak menunggu waktu yang lama, secara automatik dia terkejut bila mana bibirnya seakan disentuh sesuatu. Dengan mata yang membulat, wajah si suami yang sudah pun hampir dengannya dan ternyata bibirnya sekali lagi dicumbui.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantastikKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...