Duduk, menekup wajah sambil memeluk lutut. Menangis! Itulah yang gadis itu lakukan di lewat malam itu. Dia cuba untuk menenangkan diri terlebih dahulu. Irah dah selesai melahirkan melalui pembedahan, si kembar segera di bawa ke bilik khas untuk anak pramatang manakala Irah masih tak sedarkan diri sampai sekarang.
Telefon bimbitnya sedari dari tadi tak henti berdering, tatkala melihat nama Alvin terpampang di layar skrin. Dia menghela nafas, menghentikan tangisnya lalu mengangkat panggilan itu.
"Assalamualaikum... Kau kat mana?" Suara dari seberang talian yang jelas-jelas kerisauan. Salamnya di jawab dalam hati, dia tak mematikan talian tapi air matanya mengalir tanpa dipinta. Suara insan yang dirinduinya bahkan dia berharap insan itu ada disampingnya saat ini. Dia lemah, dia takut.
"Kau kat mana ni?" Suara itu bergema lagi.
"Aku sudah bagitau kau dari dulu tapi kau ndak dengar..." Suara lirihnya yang menghentikan bicara Syafiq di seberang talian.
"Sudah berapa kali aku bilang antara kita ndak boleh ada apa-apa. Kenapa kau susah mau faham!" Bingung seketika Syafiq dibuatnya tatkala mendengar kata yang keluar dari mulut Anis.
"Why? Apa yang salah dengan hubungan kita?" Soalnya mulai memahami keadaan.
"Kalau dari dulu kau cuba faham. Semua benda ni ndak akan jadi. Kalau aku dari dulu lagi keluar dari rumah tu, keluar dari hidup kau semua benda ni ndak akan pernah jadi. Kenapa kau ndak mau faham perasaan aku macam mana? kenapa kau ndak mau faham perasaan orang lain? Kenapa kau tamak, pentingkan diri. Kau rasa kalau kita dua pentingkan perasaan kita, orang disekeliling kita boleh bahagia?! Aku bodoh sebab dengar kata hati aku selama ni, aku bodoh sebab ndak dapat lupakan kau dan aku bodoh sebab masih mengharapkan kau!!!" Keluhan berat terdengar jelas keluar dari bibir mungil gadis itu. Syafiq yang jauh di seberang benua terpukul mendengar suara tangisan Anis yang terluka dengan semua ini. Entah kenapa Anis merasa hubungan mereka penyebab semua ini.
"Apa yang kau takut sangat sampaikan perasaan kita dipersalahkan?" Tanyanya sedikit tak puas hati dengan sikap isterinya. Semakin hari semakin sukar untuk dia fahami.
"Irah sampai sekarang ndak sedarkan diri. Kalau jadi apa-apa sama dia, Macam mana? Aku mau buat apa! Sebab perasaan bodoh ni, aku sikit lagi hilang dorang. Di dalam wad tu sekarang, isteri kau yang sah. Dia berjuang untuk lahirkan anak-anak kau! Isteri kau tu, sahabat aku. Dia jadi macam ni sebab ada perempuan bodoh yang cintakan suami dia dan benda paling sakit bila perempuan tu sahabat dia sendiri. Kalau kau di tempat dia, apa kau rasa? apa yang kau mau buat?! Aku tahu selama ni dia cuba satukan kita tapi semua tu sebab dia tahu antara kita ada cinta, sebab dari mula dia memang tahu tentang perasaan kita. Kita jak yang terlalu tamak, bodoh hanya pikirkan perasaan sendiri tanpa pikirkan perasaan Irah." Panjang lebar yang Anis meluahkan kesakitan yang dia rasakan saat ini. Perasaan serba salah menghimpit dirinya.
"Apa yang kau merepek ni?! Kau lupa ke kau tu isteri aku yang sah dan kau isteri pertama aku!!! Kalau betul kau lupa biar aku ingatkan 6 bulan lepas kita nikah atas restu ibu ayah dan ayah sendiri yang nikahkan....."
"Semua tu tetap salah! salah! Aku yang salah sebab ndak berkeras untuk menolak." Kata Anis seakan hilang kewarasan akal.
"What wrong with you!" Amarah Syafiq tak mampu dibendung lagi-lagi bab pernikahan mereka dipersoalkan bahkan disalahkan. Dia menghela nafas panjang, cuba meredakan emosinya.
"Boleh tak kita stop cakap pasal ni semua?" Pinta Syafiq cuba untuk meredakan suasana.
"Ndak... kau mesti selalu ada untuk Irah. Kau kena sayang dia..."
"Dia tak cintakan aku." Syafiq memotong perbicaraannya.
"Sebab dia bodoh!" Jawapan Anis buatkannya tergamam seketika. Dah kenapa dia nak mengutuk sahabat sendiri.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...