Pejam celik pejam celik, saat yang dinanti sudah tiba. Esok pagi Syafiq dan Irah akan diijab kabul di rumah banglo itu. Atas permintaan Irah dia tak nak buat apa-apa majlis cukup sah sudahlah. Tapi bila dah dapat sahabat yang degil nak mampus alamatnya memang tak terpenuhilah permintaannya. Dia dah tak mampu nak kata apa lagi bila pelamin sudah terpacak kat ruang tamu. Nak dimarah, Anis boleh tayang muka seposen. Katanya untuk bergambar, boleh jadi kenangan hari tua dan macam-macam lagi alasannya. Membazir je!
Ketiga sahabat itu jadi manusia yang paling sibuk minggu ini. Dari segi urusan baju nikah, baju masa sanding bahkan katering untuk makanan yang akan disumbangkan pada beberapa pusat jagaan orang tua dan pusat kebajikan mereka yang diuruskan. Semua ni sebab Anis buat plan last minit! Bakal pengantin pula cuma perlu santai menanti hari esok. Ohh ya, bab duit tu memang Syafiq yang keluarkan semua. Hehehe!
Jam sudah pun menunjukkan 12 malam, Anis masih lagi tercongok kat ruang tamu itu. Entah apa yang dibuatnya, Syafiq yang turun dari atas menghampiri isterinya dan dipeluknya dari belakang.
"Syafiq? Bikin terkejut ja la kau ni." Bebel Anis seraya meleraikan pelukan itu.
"Buat apa malam-malam ni? Dengan lampu tak buka?" Kata Syafiq menggamit jemari si isteri untuk duduk.
"Kemas apa yang patut. Besok ndaklah kelam kabut. Kenapa ndak tidur lagi ni, besok mau bangun awal kan." Tegur Anis seraya bangun.
"Kau nak kemana?" Soal Syafiq bila si isteri meninggalkannya di situ.
"Tidurlah. Besok mau bangun awal." Kata Anis dengan suara yang sengaja diperlahankan. Syafiq membontoti si isteri. Sesampai di depan bilik, Anis ditarik masuk ke dalam biliknya.
"Kenapa ni? Kalau dorang nampak macam mana?" Kata Anis sedikit tak puas hati dengan kelakuan si suami.
"Teman aku malam ni." Pinta Syafiq yang mengunci pergerakan si isteri di balik pintu.
"Gila ka? Nanti dorang nampak macam mana?" Anis menolak tubuh suami yang memerangkapnya tapi sia-sia.
"Kalau kau nak esok aku tak muncul, keluarlah." Ugut Syafiq. Anis memandang tajam tepat pada anak mata si suami. Geram bila diugut-ugut macam ni. Melihat si isteri yang hanya diam dan menatapnya tajam, tahu si isteri geram tapi dia tak kesah.
Dia melangkah ke katil dan merebahkan tubuhnya manakala Anis pula memilih untuk duduk sambil bersilang dada di sofa. Nak tunjuk protes la tu!
"Sini la...." Panggil Syafiq seraya menepuk lembut sampingnya yang kosong.
"Cepatlah... Ke nak kena dukung baru datang sini." Ugut Syafiq lagi. Anis yang geram menghentak kaki lalu melangkah ke katil dengan perasaan geram.
"Kan bagus dengar kata... Ni tak, nak kena ugut dulu baru nak dengar." Perli Syafiq. Anis yang sudahpun duduk bersandar di sampingnya masih dengan raut wajah masamnya.
"Kan best kalau esok majlis kita." Kata Syafiq tiba-tiba. Anis yang ada di samping menoleh memandangnya.
"Masa nikah haritu pun kita takde naik pelamin." Sambung Syafiq lagi. Anis yang tak lepas memandang ke arah suaminya. Timbul rasa bersalah bila raut wajah si suami yang jelas terpaksa dengan semua ni.
"Ndak pentinglah semua tu, yang penting kan kita memang sudah sah suami isteri." Pujuk Anis.
"Sah sebagai suami isteri? Kalau betul dah sah tak perlu nak sembunyikan semua tu?" Perli Syafiq.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...