"Selesanya tidur sini. Macam ndak mau bangun sak." Anis terbangun mengeliat malas sambil tersenyum bahagia. Tatkala memandang ke arah jam yang dihias di dinding, Anis bingkas melompat bangun dari katil empuk itu.
"Ya Allah... Astagfirullah al azim... Magrib sudah pula! Bertuah betullah jadi perempuan bangun lambat." Bebel Anis pada dirinya sendiri lalu masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Nasib baiklah dia 'cuti' sekarang so kalau terbabas asar pun takpe. Perempuan kan ada cuti!
"Aikk... Lena betul kau tidur sampai magrib." Tegur Irah tatkala melihat Anis masuk ke dalam bilik yang hanya bersebelahan dengannya.
"Terbabas boss..." Sengih Anis. Lepas je makan tengah hari tadi, dia mengantuk. Niatnya yang hanya ingin tidur sekejap ehh sampai ke magrib pulak! Irah yang santai duduk di atas katil sekadar menggeleng kepala sambil mulut lincah mengunyah snek.
"Oii sudah-sudahlah makan keropok. Nanti ndak pasal-pasal anak jadi macam keropok." Bebel Anis dan merampas snek tu.
"Ehh... Mintalah. Bukan aku yang nak sangat."
"Banyaklah kau... Makan keropok kena ada batas. Lagipun kau kejap - kejap muntah, sakit pingganglah so kena banyak makan makanan berkhasiat. Ada faham?" Irah hanya mampu menyerah kalah kerna dia takkan menang melawan gadis debat!
Seusai membebel barulah dia melangkah turun ke bawah. Anis melangkah masuk ke ruangan dapur dan terlihat suami isteri itu sibuk bersembang.
"Amboii... Sweetnya dating magrib-magrib ni." Mak Mah yang sibuk memotong sayur sambil bercerita menoleh ke belakang.
"Biasalah tua-tua pun nak sweet juga." Kata Mak Mah membalas usikan gadis itu.
"Ohh jadi nilah yang kamu cerita tu?" Tanya Encik Tamizi a.k.a Pak Tam meminta kepastian.
"A'ah bang..."
"Siapa nama tu? A... Anis kan?" Tanya Pak Tam.
"Ya pakcik." Sengih Anis yang berkenalan dengan suami Mak Mah.
"Ehh panggil Pak Tam je." Kata Pak Tam lagi. Anis mengangguk setuju, lagi selesa la kalau panggil macam tu.
"Mak Mah mau masak apa ni?" Tanya Anis.
"Masak makanan kampung je."
"Aikk... Syafiq pun suka makanan kampung?" Pelik Anis dibuatnya. Gaya macam selera western tapi ternyata kampung juga patutlah kat kampung haritu dia tak kesah makan makanan yqang ibu hidang. Siap puji sedap lagi. Ingatkan dia sengaja nak mengampu rupanya memang dah selera kampung.
"Tak pasti pula Mak Mah tapi tiap kali Mak Mah hidang, habis je dia makan siap bertambah lagi." Jawab Mak Mah.
"Biasalah tu selera orang ni berbeza-beza." Kata Pak Tam yang menghirup kopi panas. Oh iya, Pak Tam dan Mak Mah sudah lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka tapi mereka tiada memiliki seorang pun zuriat. Tiada rezeki tapi mereka tetap terlihat seperti pasangan yang baru berkahwin, Nur Anis yang melihat tersenyum melihat kemesraan mereka berdua.
Seusai mereka berempat makan malam bersama, masing-masing berehat di bilik masing-masing. Nur Anis yang kebosanan mundar mandir di dalam bilik itu melangkah turun ke dapur, Zahirah awal-awal lagi dah masuk tidur. Dia pula yang tak dapat tidur mungkin kerna petang tadi dia dah tidur. Setelah membancuh nescafe panas, dia melangkah ke taman kecil yang ada di belakang rumah itu. Berbaring sambil memandang langit yang terhias dengan bintang-bintang buatkannya tenang. Angin malam yang menyelimutinya saat itu sungguh mendamaikan.
Hampir sejam juga dia di situ sebelum masuk ke dalam semula. Jam sudah pun menunjukkan 12.30 am jadi ada baiknya dia tidur. Sebelum naik tidur, dia mencuci cawan yang digunakannya tadi.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...