Sudah setahun berlalu, Syafiq masih lagi tak mampu mengembalikan ingatannya sepenuhnya malahan dia mencipta kenangan baru bersama Anis dan si kembar. Ingatannya beberapa tahun kebelakangan itu masih terlalu samar-samar untuknya.
Anis yang selalu jual mahal dengannya, Anis yang tak pernah nak berlembut dengannya dan sikap Anis yang menjaga dan merawat si kembar dengan penuh kasih sayang buatkannya makin hari makin jatuh cinta dengan Anis.
Sudah seminggu mereka tak bersua muka kerna Anis pulang ke kampung, katanya ayahnya sakit. Ikutkan hati dia memang nak ikut tapi Anis berdegil tak benarkan bahkan nama kampung Anis pun dia tak tahu kat mana, yang dia tahu Anis balik Sabah. Sabah tu bukannya kecil oii!
Tentang si kembar sudah diketahui olehnya, itu pun dia terpaksa menggunakkan 'paksaan' agar Anis untuk menceritakan segalanya. Dan kenyataan itu sungguh mengejutkannya, ternyata si kembar itu anak luar nikah hasilnya bersama Irah. Patutlah bila melihat nama si anak berbin dan berbintikan abdullah. Anis juga menceritakan beberapa kisah yang diketahuinya tentang dia dan Irah, dari dorang berkenal berkawan sampailah kisah mereka diperangkap oleh Linda, kenalan Irah! Dan akhirnya berkahwin. Kisah yang ada kaitan dengan Anis memang dia skip!
Anis juga sudah menjelaskan tentang status si kembar yang merupakan anak angkatnya, dan pernah dia cuba bertanya alasan kenapa Anis sanggup menjaga si kembar.
"Sebab dorang anak aku." Hanya itu alasan yang selalu dia dapat!
Hubungan mereka kini semakin membaik tak seperti awal pertemuan (pertemuan masa hilang ingatan ya). Tapi Anis memang jelas-jelas sudah sedia memasang tembok buatnya, hinggakan Syafiq merasa susah untuk menggapai gadis itu. Pernah sekali dia mengajak Anis menikah dengan alasan demi kebaikan si kembar. Dan dia hilang macamtu je tanpa khabar berita, dua minggu dia cari rupanya balik ke kampung. Bila dia balik pun, Anis selalu menghindarinya dan dia dah umpama hilang anak bini. Tiap hari dia bertandang ke rumah Anis untuk memujuk dan meminta maaf. Haampir sebulan juga mereka seperti itu barulah mereka kembali seperti biasa. Sejak dari tu dia tak lagi mempersoalkan apa-apa!
Syafiq mengambil telefonnya yang ada di meja, dicarinya nombor seseorang dan segera dihubungi. Dengan senyuman dia menanti suara dari seberang talian. Rindu nak dengar suara itu, suara insan yang selalu berdebat dengannya, insan yang selalu membebel kat dia bahkan kadang seperti sahabat baiknya, ambil berat dan menjaganya ketika sakit.
"Assalamualaikum..." Salam diucap bila talian disambungkan. Tatkala mendengar suara yang menyambut salamnya itu lelaki buatkan amarahnya berkemuncak. Cemburu!
"Siapa ni?" Soal Syafiq yang sudah hilang senyumannya.
"Akif. Ni siapa?" Soal Akif.
"Anis mana?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Angah keluar, telefonnya tinggal. Ni siapa ya?" Akif geram juga dengan si pemanggil dari tadi dia menyoal tapi soalannya tak diendahkan.
"Angah?"
"Iyalah, Anis tu angahlah. Kakak aku. Ni siapa?" Soal Akif yang sudah hilang sabar dengan si pemanggil.
"Ohh adik..." Senyumannya kembali mekar, api cemburu terpadam secara automatik.
"Kalau ndak ada mau cakap apa-apa aku kasi mati." Kata Akif yang sudah geram.
"Wait... wait.." Syafiq menahan dari si adik mematikan talian. Inilah masanya nak tahu kampung Anis.
"Ha, apa? Cepatlah." Datar suara Akif. Hilang mood nak bercakap.
"Aku Syafiq...."
"Abang Syafiq?" Akif memotong percakapannya.
"Kenal ke?" Soal Syafiq Lee sedikit kebingungan.
"Mestilah kenal. Abang kan ada ikut balik kampung masa kak Irah masih ada." Syafiq mengangguk, Irah kan sekampung dengan Anis so tak heranlah kalau adik Anis mengenalinya.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...