"Angah,Irah... Jaga diri ya di tempat orang. Kalau ada cuti balik ya nak."
"Janganlah risau, pandailah dorang jaga diri. Lagipun anak-anak ayah ni kan superwomen."
"Betul cakap ayah tu. Yang penting sekarang ibu jangan pernah lepas dari terus doakan kami sebab doa orang tua yang kami perlukan." Kata Anis seraya merangkul bahu ibu.
"Ibu don't worry. InsyaAllah kami balik juga kalau ada cuti." Sampuk Irah.
"Along, Acik... Jaga ibu sama ayah. Apa-apa bagitau aku." Pesannya dan merangkul kedua saudaranya itu.
"Angah janganlah risau. Kami di sini baik-baik sak, angah pun jaga diri." Kata Ayda membalas rangkulan si adik.
"I will miss you ngah. Take care there and also remember us." Kata Akif pula.
"Ehhh... Kau tu bukan anak mat saleh mau cakap macamtu. Bikin muntah sak." Bebel Anis geram.
"Aikk ndak berubah juga." Kata Akif tertawa lepas. Ingatkan si kakak dah tinggal kat bandar dah suka dengan bahasa tu rupanya still same! Syafiq yang ada di situ turut tertawa, memang betul kata Irah. Sia-sia je orang cakap dengan Anis memang akan kena sindir.
"Sudahlah... Nanti lambat pula kamu sampai airport." Sampuk ibu, mereka berpamitan dan berpelukan sekali lagi.
"Zia, Isya korang balik nanti naik apa?" Tanya Irah pada sahabatnya yang ikut menghantar sampai ke airport.
"Pakcik Anis." Kata kedua mereka.
"Huh? Siapa pakcik Anis?" Tanya Syafiq ingin tahu.
"Grab." Kata mereka serentak. Syafiq hanya mampu mengeleng kepalanya melihat telatah sahabat Anis. Ingatkan betul pakcik Anis tadi!
"Syafiq... Kau jangan mainkan perasaan Anis tau." Kata Zia tiba-tiba.
"Don't worry. I takkan pernah nak mainkan perasaan orang yang dah masuk dalam hati i." Kata Syafiq yakin lalu memandang ke sampingnya yang dari tadi lebih memilih memandang ke luar tingkap.
"Kau jangan putus asa sebab dia ni memang degil pastu keras kepala." Kata Zia lagi dan dibalas dengan anggukan.
Sesampai di KKIA, keempat-empat gadis itu sibuk berpelukan tanpa menghiraukan sekeliling mereka. Waktu terlalu mencemburui mereka sehingga seminggu bersama berlalu begitu cepat.
"Kau janganlah jual mahal. Walaupun aku baru kenal dia tapi aku tahu dia betul-betul sayangkan kau." Pesan Zia.
"Sudahlah ndak payah bincang benda ni lagi. Aku mahu kamu dua jaga diri, tolong tengokkan ibu sama ayah. Nanti tolong sampaikan salam sayang aku dengan semua di kampung sama kalau Irah beranak kamu dua datang arh." Pesan Anis panjang lebar.
"Iyalah... Kau pun sama. Janganlah risau pasal ibu, ayah. Pandailah kami datang rumah tengok-tengokkan dorang."
"Bila due kau rah?" Tanya Isya.
"Kalau tak salah dalam bulan march next year."
"Ohh... Rasanya bulan march tu kami ada cuti sem so bolehlah kami pi sana seminggu dua." Kata Isya riang.
"Girls... I think we need to go now." Sampuk Syafiq. Mereka sekali lagi berpelukan sebelum melangkah masuk ke kawasan berlepas.
Di dalam kapal terbang, Anis lebih memilih untuk memandang ke luar tingkap. Syafiq yang meyedari hal itu segera mendekatkan dirinya manakala Irah sejak dari awal lagi dah berlayar dalam mimpi.
"Kau okay?" Tanya Syafiq berbisik. Anis menoleh tatkala merasai jemarinya sudah pun kemas dalam genggaman lelaki itu.
"Aku okay. Janganlah dekat betul." Tegur Anis seraya menolak Syafiq menjauh darinya. Kalau dekat kang tak pasal-pasal jantungnya terkeluar.

YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...