28

40 4 0
                                    

Seawal 3 pagi Zia dan Isya sampai di Kuala Lumpur. Anis meminta bantuan Pak Tam untuk menjemput kedua sahabatnya dan meminta untuk mereka terus ke hospital. Keduanya bingung bila mana Pak Tam membawa mereka ke hospital tapi mereka memilih untuk menunggu jawapan dari Anis. Setelah sampai Anis mengajak sahabatnya bersarapan di cafe yang ada di situ dan dia hanya memesan milo panas itu pun hanya dua teguk saja dihirupnya.

"Kau ndak ada tidur semalam?"

"Ndak dapat tidur." Senyumannya yang dibuat-buat membuatkan Zia dan Isya turut sedih. Mungkin Anis seperti ini kerna risaukan keadaan ayahnya.

"Kenapa kau suruh kami pigi sini?" Soal Isya.

"Irah... Irah masuk icu semalam."

"Allahu akbar." Keduanya jelas terkejut dan Isya sudahpun banjir air mata.

"Alhamdulillah stabil sudah dia sekarang cuma memang perlukan pantauan doktor seminggu dua ni." Terang Anis sebelum keduanya risau berlebihan nanti.

"Aku mau jumpa Irah." Kata Isya diselangi dengan tangisan.

"Jangan ja bagitau dia apa-apa pasal ayah. Sekarang ni doktor ndak mau dia Banyak pikiran." Pesan Anis. Zia mengangguk faham, matanya merah menahan air mata yang ingin keluar.

"Sudahlah... kalau kau ndak kuat macam ni, macam mana Irah sama anak-anak kuat." Anis memberi cuba menguatkan sahabatnya walaupun hakikat yang sebenar dia juga melemah saat ini.

Setelah sedikit tenang barulah mereka bertiga menemui Irah. Irah jelas terkejut dan gembira bila melihat kemunculan sahabatnya.

"Kenapa korang datang tak bagitau." Kata Irah yang sudah lebih ceria berbanding semalam.

"Mau surprisekan kau lah." Kata Zia dengan senyuman. Isya yang hanya diam mula menghampiri sahabatnya.

"Kau janganlah sakit macam ni. Kau tau kan aku ni hati tisu." Katanya yang sehabis baik menahan airmata dari gugur.

"Aku okayla..." Sengih Irah seraya membalas rangkulan si hati tisu.

"Irah... Untuk beberapa harini aku ada urusan di kampung jadi aku mau kau kuat, cepat sembuh jadi bila aku balik sini kau mesti sudah sihat, aktif macam biasa. Kalau ndak aku ndak mau balik sini lagi." Ugut Anis diselangi tawa kecil. Isya dan Zia hanya tersenyum tipis.

"Alaa... yeke? Kalau aku tak masuk hospital mesti aku ikut kan?"

"Janganlah risau kami dua kan ada lagipun kalau kau sudah sihat, kita sama-sama balik kampung okay?" Pujuk Zia cuba menceriakan suasana. Anis mengangguk dan mulai pamit pada Irah kerna penerbangannya tengah hari ini.

"Kau taknak tunggu Syafiq balik ke?" Ujar Irah.

"Nanti dalam perjalanan aku telefon dia, kau janganlah risau." Ujar Anis lalu pamit. Zia menghantar Anis sampai ke kereta. Sebelum Anis masuk ke dalam kereta, keduanya saling berpelukan untuk memberi sedikit kekuatan.

"Allah ndak akan pernah uji hambaNya lebih dari kemampuan kita." Kata semangat dari Zia dan Anis hanya mengangguk.

"Kau tengok-tengokkan Irah. Pastikan Isya ndak bagitau siapa-siapa tentang masalah di kampung terutamanya Irah." Pesan Anis sebelum pamit. Dia sempat singgah ke rumah sebelum meminta dihantar ke airport. Penerbangan yang hanya memakan masa hampir 2 jam akhirnya mendarat dengan selamat di Kota Kinabalu. Tanpa menunggu lama, dia terus menunggu ke Hospital Queen Elizabeth. Tempat dimana ayahnya dirawat.

Ayda yang melihat kelibat adiknya laju saja dihampiri dan memeluknya. Tangisannya pecah lagi dan lagi. Anis sudah pun memerah matanya menahan air mata.

"Ayah macam mana?" Soal Anis. Gelengan dari Ayda menyatakan ayah masih tak sedarkan diri.

My First Love✅Where stories live. Discover now