"Angahh.... Ya Allah.." Panggil Akif. Entah apa yang difikirkan oleh kakaknya tu sampai kesudah tak dengar dia panggil.
"Mama... Mama okay tak?" Soal Firdaus. Anis tersentak dari lamunan panjangnya.
"Huh? Kenapa... Kenapa?" Soalnya sedikit bingung melihat anak lelakinya.
"Mama okay tak? Mama sakit?" Soalnya lagi.
"Mama okay. Mama ndak sakit, kenapa?" Soal Anis seraya duduk di samping anak terunanya.
"Papa panggil mama banyak kali tadi. Mama tak dengar." Sampuk Jannah yang khusyuk menghabiskan puding karamel kesukaannya.
"Ha? acik panggil? kenapa cik?" Soalnya lagi seraya memandang ke wajah adik lelakinya itu.
"Mau habis sudah air liurku ngah memanggil kau. Ndak jua kau dengar-dengar." Bebel Akif.
"Hahaha... Sorrylah, ndak sengaja." Tawa Anis sedar akan kesalahannya.
"Kenapa? Masi sakit perut mu?" Setelah puas tertawa dan melihat muncung si adik barulah dia berhenti tertawa.
"Ndak sudah. Aku cuma mau bilang abang mau datang besok." Kata Akif duduk di hadapan kakaknya.
"Jadi?" Soalan cepumas diberikan olehnya.
"Aku ndak dapat ambil, ada exam besok. Jadi tolong aku besok ambil di airport" Pinta Akif.
"Daddy datang?" Soal Jannah teruja. Melihat anggukan dari papa buatkannya melompat-lompat di kerusi kayu itu. Dah tiga bulan si daddy tak ditemui.
"Kakak... Nanti jatuh, duduk bagus-bagus." Tegur Anis risau.
"Sorry mama." Katanya lalu kembali duduk.
"Abang long mana?" Tanya Anis pada Akif.
"Abang long besok busy. Ada meeting tergempak bilangnya." Ayda dan suaminya yang kebetulan baru balik dari buat checkup di hospital terus dipujuk oleh Anis untuk membantunya menjemput Syafiq.
Ayda sudahpun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, iaitu Ridhaun yang merupakan seniornya masa sekolah menengah. Mereka berkenalan kerna tempat kerja Ridhaun dekat dengan butik HR Fashion. Dari pertemuan pertama yang akhirnya membuahkan rasa cinta antara keduanya. Usia perkahwinan mereka yang baru mencecah setahun dan kini Ayda disahkan hamil 6 bulan.
"So besok macam mana?" Soal Ayda. Anis sekadar mengungkit bahu, tak nak ambil peduli.
"Alaa ngah, tolonglah bah. Baru sekali ni jak pun kau pi ambil dia. Nanti kalau aku ndak ambil exam kau jua yang bising." Rayu Akif.
"Along kan ada, suru along ja yang pegi ambil." Jawab Anis.
"Iya ngah. Kau mau along drive ndak pandai balik-balik? Kau macam ndak tau yang si along ni buta jalan. Yang dia tau jalan pigi pekan, jalan kampung sama jalan balik rumah jak." Bebel Akif. Ayda hanya tersenyum, tak kecil hati kerna itulah kenyataannya.
"Ndak payahlah kau suru along, ngah. Ndak pasal-pasal nanti bini abang hilang." Sampuk Ridhuan, dia tahu Anis sekadar cakap saja. Dia takkan nak bagi kakak sulungnya yang tengah mengandung drive jauh-jauh, ke pekan pun dia boleh membebel panjang risaukan keadaannya.
"Abang long lah yang pigi." Sengih Anis.
"Ehh... Sorry adik ipar tersayang, besok pagi-pagi lagi abang ada meeting paling gempak kat office." Jawab Ridhuan siap dengan gayanya sekali buatkan Anis mencebik.
"Ndakkan manager ndak dapat keluar kejap." Jawab Anis yang masih mencoba nasib.
"Oii ngah. Abang long ni manager office bukan owner office." Sampuk Akif yang geram dengan kakaknya itu. Entah apa yang ditakutkan sangat sampai tak nak jemput Syafiq.
"Betul... Betul... Betul..." Sahut Ridhuan.
"Ayah macam ipin, cuma tak botak." Sampuk Jannah buatkan seisi rumah tertawa termasuklah Anis yang tengah geram boleh tergelak dengan lawak si anak.
So alamatnya nak tak nak terpaksa juga dia menjemput anak raja esok. Kalau ikutkan hati dia suruh je lelaki tu naik grab ke, maxim ke, teksi ke tapi masalahnya seisi rumah menentang. Kononnya kesian sebab tiap dua minggu sekali Syafiq datang sini jenguk dia dan anak-anak walaupun sibuk dengan urusan bisnesnya. So kiranya dalam sebulan, dua kali lah dia datang tapi Anis tak pernah ambil peduli. 'Ada aku suru dia datang?' Dialog Anis tiap kali isu sikap dinginnya terhadap Syafiq yang sering diungkit oleh sahabat dan adik beradiknya.
Pelik juga Anis dengan si Syafiq ni sebab tak pernah nak penat walaupun layanannya terhadap lelaki itu selalu dingin. Entah berapa banyak dah duit dia habiskan untuk kos pulang balik, Kuala Lumpur ke Sabah dahtu setiap bulan dia memang masukkan ke dalam akaun Anis duit belanja dia dan anak-anak. Gaya dah macam suami mithali kan? Tapi tulah masih tak dihargai olehnya.
Syafiq ni memang baguslah sebab tak pernah berkira dengan keluarganya walaupun sudah acap kali dia menolak tapi maaf sikap degil dan keras kepala Syafiq masih sama seperti dulu cuma bezanya sekarang dia tak kuat mengugut je, dia terpaksa berlembut bila Anis melayannya dingin! Ehh jap lembut bukan bermaksud pondan erk! Dia masih sado and idaman ramai tau.
"Anis... Besok anggap jak kita ambil jenazah erk." Pesan Anis pada dirinya sendiri.
Tak, dia tak bencikan lelaki itu. Sumpah tak benci! Cuma dia takut, takut untuk kehilangan. Takut hatinya bakal terluka lagi. Dia takut sekiranya dia terima Syafiq semula dan pada akhirnya lelaki itu meninggalkannya. Itulah ketakutan yang buatkannya mengubur dalam-dalam status dan perasaaannya.
Iya, Syafiq masih tak mengingati ingatannya yang hilang itu so bererti dia masih tak ingat apa-apa tentang Anis. Mungkin sebab kesibukannya yang terlampau padat sangat kot!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...