TENANG, itu yang dirasai. Damainya sebuah pantai memberi ketenangan walaupun diri dalam keresahan. Angin bayu meniup lembut, menenangkan sang hati yang diulit resah.
"Angah..." Tegur Ayda tatkala melihat adiknya yang masih lengkap dengan baju sekolah, duduk termenung di pondok usang yang ada di tepi pantai itu.
"Ehh along... Awal kau balik?" Soal Anis bila menyedari kemunculan si kakak sulung a.k.a along.
"Along pegi beli ubat ayah di farmasi tadi tulah balik awal." Anis sekadar mengangguk tatkala mendengar penjelasan Ayda.
"Angah ok jua kah ni?" Anis sekali lagi mengangguk, buatkan Ayda pelik dengan kelakuan si adik yang hanya mengangguk sejak dari tadi. Dah macam burung belatuk pula. Gadis yang biasanya kecoh tiba-tiba hari ini jadi pendiam, sangat musykil buatnya dah macam masalah negera je yang si adik pikirkan.
"Aku rasa mau berhenti sekolah." Setelah beberapa minit berdiam diri, akhirnya dia menyuarakan hasrat yang dipendam selama berhari-hari. Walaupun mungkin kehendaknya itu sulit untuk Ayda terima.
"Alaaa along... Bolehlah bah..." Anis sebenarnya kesian melihat Ayda yang menyara keluarga kecil mereka. Walaupun Ayda seorang yang lemah lembut tapi jiwanya begitu kental, bahkan dia sanggup melupakan hasratnya menyambung pelajaran ke Oversea sedangkan pengajian itu bakal ditanggung sepenuhnya oleh syarikat ternama yang ada di Kuala Lumpur. Mengenangkan keadaan keluarga, Ayda lebih rela bekerja di kedai baju yang ada di pekan dengan gaji yang hanya cukup-cukup makan saja buat mereka sekeluarga.
"Angah... Janganlah pikir semua tu. Along masi mampu tanggung keluarga kita. Lagipun ibu kan ada, rasanya gaji along sama upah ibu menjahit tu cukup sudah untuk makan pakai kita sekeluarga." Ayda memang dikenali sebagai gadis yang sopan santun, bila berbicara mesti lemah lembut, penyabar lagi. Sifatnya itu sama persis dengan ibu tak seperti Anis yang sedikit kasar dan suka ikut kepala dia je!
"Aku tau semua tu tapi sampai bila kau mau tengok ibu menjahit? Kau sendiri tau kan, ibu tu sudah tua. Sepatutnya umur-umur gini ibu ndak payah lagi bekerja. Kau ndak kesiankah tengok ibu..." Kata Anis sedikit menyentak hati Ayda. Ayda juga tidak mahu menyusahkan ibu tapi pembelanjaan mereka tidak mampu ditampung hanya dengan pendapatannya yang diperolehi dari pekerjaan di kedai baju itu. Lagipun anak mana yang suka melihat kesusahan si ibu? Kalau ada, rasanya orang tu tak layak digelar anak!
"Along, aku minta maaf kalau apa yang aku cakap tadi bikin kau sakit hati. Aku buat ni bukan suka-suka, kalau boleh aku mau jua berbakti sama orang tua." Menyedari Ayda hanya berdiam diri, tahu bahawa Ayda terasa hati dengan kata-katanya.
"Ndak apa, angah ndak salah pun. Apa yang angah cakap tu betul cuma angah pun tau kan ayah mau betul tengok anak-anak dia berjaya, masuk U. Angah ndak kesiankah tengok ayah?" Ayda berharap dengan kejayaan adik-adiknya nanti akan jadi kebanggaan buat keluarga kecil mereka suatu hari kelak.
"Iyaa... Aku ndak pernah lupa apa yang ayah selalu cakap tapi keadaan ndak mengizinkan semua tu, lagipun aku ndak ada sudah minat bab belajar ni. Sambung belajar tu pun mau pakai duit banyak jua kan, lepastu bukan sebulan dua, makan tahun juga." Anis memang dikenali sebagai gadis keras kepala, apa yang dia inginkan mesti dia akan berusaha untuk capai. Selagi tak dapat dia takkan menyerah kalah. Tu yang banyak sangat alasannya. Ayda yang mendengar hanya mampu mengeluh kecil sambil membuang pandang ke dasar laut. Buntu memikirkan keinginan Anis.
"Along setuju tapi dengan syarat angah kasi habis dulu sekolah tahun ni." Kata putus Ayda setelah berpikir panjang lagipun dia sudah penat untuk berdebat dengan adiknya sebab dia takkan menang punya. Budak kaki debat kot!
"Alaaa... Lama lagi tu, kan sama jak kalau aku berhenti sekarang." Kecil besar kecil besar je Ayda pandang Anis yang ada di sampingnya. Nak sangat kot dia mengamuk. Bikin panas!!!
"Spm mu tinggal tiga bulan ja, ndak kan kau mau kasi sia-sia macam tu ja. Walaupun kau ndak mau sambung belajar setidaknya kau ada spm." Geram Ayda dibuatnya. Anis tersengih kerna tahu kakaknya sedang geram dengan sikap dia yang tak reti sabar dan terlebih excited untuk bekerja.
"Okay... okay tapi along kena janji sebab aku mahu kerja sama Irah nanti." Anis menunjukkan jari kelingkingnya untuk membuat pinky promise, dah macam budak-budak.
"Aikk... Bukan Irah kerja di KL kah?" Ayda mulai merasa tidak sedap hati dengan rencana si adik. Dah rasa menyesal pula bersetuju tadi.
"Yala, along jangan macam- macam ahh... Kau sudah janji kan tadi. " Provok Anis, Ayda pula pelik bila masa dia berjanji bagi Anis kerja di Kuala Lumpur. Budak ni memang suka memandai tapi disebabkan malas berdebat dia hanya mampu menurut kehendak Anis. Selagi Anis boleh menjaga diri, menjaga nama baik keluarga maka dia izinkan. Tiada gunanya berdebat dengan gadis raja debat yang takkan pernah kenal penat untuk mencapai keinginannya.
Anis kembali ceria seperti kebiasaannya lalu memeluk Ayda. "Terima kasih long, aku janji kerja bagus-bagus di tempat orang. Aku janji ndak buat apa yang kau sama orang tua kita larang." Gadis yang tadinya hanya diam dan termenung jauh akhirnya mengukir senyum lebar sehingga lesung pipi mulai terlihat. Nampak comel je.
"Yelah... Along pegang janji-janjimu ni." Ayda yang hanya mampu mendoakan keselamatan si adik.
"Jangan risau lah... Along sendiri tahu kan adik mu ni seorang yang..." Belum sempat Anis melanjutkan ucapannya, Ayda sudah memotong terlebih dahulu.
"A'ah... Along tahu adik along ni memang pegang pada janji tapi keras kepalanya pun bikin mampus. Ohh... satu lagi kasar kalah orang laki kan? Kaki berdebat lagi." Usik Ayda.
"Beginilah kan kalau orang cemburu, semua keburukan kita dibongkar." Cemburut mulut Anis dah kalah itik.
"Merajukkah ni?" Tanya Ayda.
"Ndak la... Sukaa betul aku." Jelingan Anis buatkan Ayda tertawa melihat reaksi Anis, dia tahu si adik takkan nak sentap dengan ayatnya.
"Sebelum along lupa... Jangan lupa minta izin sama ayah ibu dulu pasal kerja di tempat si Irah. Kalau dorang ndak setuju, angah ndak boleh lawan ya." Pesan Ayda mengingatkan si adik tapi dia bersyukur kerana selama ini tak pernah Anis melawan kata mereka cuma dia akan guna pelbagai cara supaya mereka setuju dengan kemahuannnya.
"Iya along... Ndak jua aku melawan." Sengihan itu buatkan Ayda menggeleng pasrah. Tahu dengan reaksi seperti itu.
"Sudahlah... Jom masuk rumah mau dekat asar sudah ni." Ajak Ayda seraya kedua adik beradik itu melangkah menuju ke rumah mereka yang jauhnya hanya beberapa langkah saja, tak sampai 20 meter pun dari pantai itu. Rumah mereka sedikit jauh dari orang kampung kerna kawasan perumahan di sana memang berjarak-jarak.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasiaKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...