"Irahh... Kau suda siap kah?" Jerit Anis dari bilik sebelah.
"Dah... Khai dah sampai ke?" Sahut Irah dengan suaranya yang sedikit lemah.
"Yaa... Abang Khai sudah tunggu di luar." Kata Anis menuju ke arah sahabatnya. Irah yang pada mulanya memang berkeras tidak mahu ke klinik tapi paksaan dan ugutan dari Anis membuatkan dia terpaksa menurut.
"Haii Irah... Asal pucat habis muka kau ni." Tegur Khai lalu membantu membukakan pintu untuk Zahirah.
"Hai Khai... Aku tak pakai makeup memanglah macam ni." Sengih Irah yang jelas-jelas terlihat sugul wajahnya.
"Yalah tu padahal memang sakit sudah tapi masi degil ndak mau pi klinik." Bebel Anis lalu duduk di bahagian sebelah pemandu.
"Kau ni pun satu Irah. Dah tahu sakit tu kenapa degil sangat tak pegi klinik." Tegur Khai.
"Ala Khai. Aku ni demam biasa je. Nanti sihat lah lepas minum ubat. Sebelah kau tu ah yang over sangat. Kalau kau nak tahu dia tu lagilah teruk kalau sakit, sanggup berlakon sihat janji tak kena bawa ke klinik." Kata Irah yang membocorkan rahsia terbesarnya.
"Ehh... Aku pula yang kena. Kau yang sakit memang kau lah yang kena pigi klinik." Nafi Anis.
"Yeke ni... Kalau Anis yang sakit tau lah abang nak heret Anis. Takpun abang dukung je terus, barulah sweet macam pengantin baru." Usik Khai.
"Ehhh." Anis buat muka jijik lalu memandang ke luar tingkap. Khai dan Irah hanya tertawa melihat Anis yang kononnya merajuk padahal nanti lepas 5 minit mesti dah ajak orang sembang balik.
Sesampai di klinik, Anis mendaftarkan nama Irah dan bila namanya dipanggil oleh nurse, Anis berdegil nak ikut masuk sekali walaupun Irah sebenarnya tidak mahu Anis tahu keputusan kesihatannya nanti.
"Abang tunggu sini erk." Kata Khai lalu duduk di ruang menunggu.
Setelah ditanya beberapa soalan, Doktor muda itu menyerahkan sesuatu dan menyuruh Irah buat ujian air kencing. Anis bingung bila mana doktor bertanya sama ada Irah sudah berkahwin, sikit lagi dia tolong jawabkan. Tapi anggukan Irah buatkannya bingung, rasanya dia tak salah nampak kan tadi?
Setelah menunggu beberapa minit hasil keputusan doktor muda itu tersenyum dan memandang Zahirah.
"Taniah puan. Usia kandungan puan sekarang dah 7 minggu cuma puan kena banyakkan berehat dan jangan angkat berat-berat sangat." Terang doktor muda yang bertudung litup tampak ayu dan cantik.
Irah yang mendengar keputusan itu hanya mampu tersenyum kelat memandang ke arah doktor muda itu. Tekaannya sudah menjadi nyata.
"Mengandung?" Soal Nur Anis pada dirinya sendiri. Soalan itu hanya dalam hati, dia terpaksa menahan diri dari bertanya. Setelah keluar dari bilik doktor itu, dia terus saja mengajak Irah ke tandas terlebih dahulu untuk mengelakkan Khai mengesyaki sesuatu.
"Siapa laki yang sudah buat kau macam ni?" Tanya Anis serious bila melihat tandas itu tiada orang, dia cuba untuk bertenang. Irah yang sejak dari tadi hanya berdiam diri akhirnya tak mampu mengawal air mata.
"Janganlah nangis... Cuba kau bagitau aku... Siapa laki tu, dia mesti bertanggungjawab apa yang dia suda buat sama kau." Pujuk Anis lalu merangkul sahabatnya. Dia tahu untuk masa ini, Irah perlukan sokongan darinya. Patutlah selama sebulan itu dia melihat perubahan besar dari Irah. Walaupun pada mulanya dia taknak percaya dengan mulut-mulut jiran yang selalu mengata tak baik tentang sahabatnya tapi harini sedikit sebanyak membuktikan semua kata-kata jiran mereka.
"Kalau kau ndak mau bagitau sekarang, ndak apa. Jom kita keluar, lama suda Abang Khai tunggu kita. Kau jangan risau aku ndak akan bagitau siapa-siapa pun. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni, kau kena kuat. Kau ada aku." Pujuk Anis lagi lalu mengesat airmata di pipi sahabatnya. Anis mengambil lip balm di beg lalu dioleskan di bibir Irah yang jelas pucat.
"Ha baru cantik. Jom keluar." Pujuk Anis lagi. Irah hanya tersenyum kecil dan mengangguk.
"Lama abang tunggu. Korang pergi mana?" Tanya Khai.
"Lepas jumpa doktor tadi, kami pigi tandas kejap. Alaa mana ada lambat pun." Sengih Anis cuba menyembunyikan riak wajahnya yang jelas sukar untuk dia terima dengan berita tadi.
"Dah jom... Ingat erk janji Anis kat abang petang tadi." Ungkit Khai.
"Iyaa... Jom." Katanya lalu mendorong Khai. Ikutkan hati dia nak je minta hantar balik terus ke rumah tapi janjinya sudah diukir pada Khai tak boleh dimungkiri macam tu je!
"Nak ke mana?" Tanya Irah yang sedari tadi hanya berdiam diri.
"Lepak mamak kejap layan bola. Kau okay tak?" Tanya Khai pula.
"Boleh tak kalau hantar aku balik dulu. Rasa tak sedap badan, aku nak rehat." Pinta Irah.
"Ala mana ada yang jaga kau di rumah nanti." Anis pula serba salah.
"Nanti aku call lah kalau ada pape." Kata Irah.
"Takpe lah kalau Anis nak temankan Irah, lain kali je lah kita lepak." Khai faham keadaan Irah agak membimbangkan Anis.
"Weii jangan lah. Kesian Khai, dah lah dia tolong hantar. Kau temanlah dia, janji kau kena pulang sebelum jam 12." Irah tahu Anis akan selamat di samping Khai. Dia percaya jejaka itu tidak akan mengambil kesempatan pada sahabatnya.
"Yalah yalah." Kata Anis mengalah.
"Good girl..." Kata Irah.
"Khai... Ingat erk sebelum jam 12 pastikan dah ada kat rumah and pastikan dia selamat. Aku percaya kan kau tau." Pesan Irah bila sampai di hadapan rumah.
"Iyaa jangan risau lagipun aku bawa kat tempat yang kita selalu lepak tu. Dekat je dari sini kan." Kata Khai.
"Iyalah hati-hati." Pesannya lagi.
"Anis macam Cinderella erk." Kata Khai setelah sampai ke tempat yang dituju.
"Kenapa?" Tanya Anis pelik setelah habis memesan makanannya.
"Iyalah tadi Irah suruh abang hantar Anis sebelum jam 12. Ni nasib baik tak pakai kasut tumit tinggi, kalau tak mesti cun kita lakonkan semula. Tapi kita ubah sikit lah tajuk dan jalan cerita dia." Kata Khai yang dah start nak merapu.
"Ya Allah. Ingatkan apa lah tadi. Abang ni kuat betul berangan." Tawa Anis.
"Betullah apa abang cakap." Sengih Khai.
"Jadi kita mau tukar tajuk drama sama apa?" Usik Anis.
"Hmmm.. apa kata kita letak Cinderella Kedai Mamak." Kata Khai selamba sehinggakan terburai tawa Anis.
"Dah lah takyah nak gelak sangat. Orang pandang tu." Tegur Khai. Anis melihat sekeliling yang rata-rata memandang ke arahnya, dia hanya mampu tersengih menahan malu. Bukan main lagi dengan baju kurung tapi gelak kalah pontianak.
Hanya dua tiga orang saja wanita yang ikut menonton bola sepak kala itu kerna semuanya lelaki. Mereka bagaikan mengenali antara satu sama yang lain. Saling bertegur dan saling menyokong pasukan yang diminati.
"Bang, aku pigi tandas jap ah... Jangan kasi tinggal aku pula. " Pesan Anis.
"Nak abang temankan." Usik Khai. Anis hanya menayangkan buku lima yang dikepalnya, tak habis- habis dengan usikan.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...