Anis menghempas tubuhnya ke katil dan melelapkan mata seketika. Kala ditimpa masalah sebegitu, dia mulai rindukan keluarga dan sahabat di kampung. Seakan ingin menangis tapi dia cuba untuk bertahan, tiada gunanya sebuah tangisan yang ada malah melemahkannya lagi. Anis bangun untuk membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menjenguk keadaan Irah.
"Irah... Irah... " Anis mengetuk perlahan pintu bilik. Mungkin sahabatnya sudah lena.
"Hmm... masuklah nis." Suara serak basah Irah menyahut. Anis membuka dengan perlahan pintu bilik itu.
"Sorry kacau kau tidur. Okay jua kau? Sudah makan kah?" Tanya Anis. Sekarang Irah umpama bayi yang perlukan perhatian.
"Dah. Kau baru balik?" Soal Irah dengan senyuman sambil menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.
"Tadi lagi." Anis sedih mengenangkan kehidupan Irah yang bakal datang. Sahabatnya itu menunduk dan mengenggam jemarinya sendiri. Setitis demi setitis air mata mulai mengalir.
"Hey... kau kuat ba. Lagipun kau ada aku, ada baby." Pujuk Anis lalu mendakap sahabatnya erat. Di bahunya, Irah menghambur semua tangisannya. Lama berkeadaan begitu sehingga dia sedikit tenang.
"Aku malu dengan kau..." Sayu suara Irah sambil tangannya yang tak henti-henti menyeka air mata yang jatuh berkali-kali.
"Ndak payah malu dengan aku. Tiap manusia pendosa sama macam aku. Sekarang kau sudah sedar kesalahanmu jadi mintalah ampun dengan Allah, Allah tu sentiasa memaafkan hamba-hambanya yang mahu bertaubat. Aku harap kesilapan kau sekarang jadi pengajaran dan jangan buat lagi." Panjang lebar dia mengeluarkan kata-kata azimat.
"Aku menyesal nis... Aku tahu aku salah, aku banyak dosa." Tangis Irah lagi. Anis mengusap lembut bahunya, memberi semangat.
"Allah maha pengampun. Kalau betul kita ikhlas bertaubat insyaAllah, DIA sentiasa memaafkan hambaNya." Anis hanya mampu memberikan kata semangat kerna dia tahu tidak mudah untuk melalui dugaan yang Irah tentang hadapi.
"Kau janganlah sedih. Aku janji aku akan tolong kau jaga baby ni, lagipun ni kan baby aku juga." Anis mengusap perutnya yang masih tak terbentuk lagi.
"Betul baby ni baby kau juga? Kau janji akan jaga baby ni macam anak kau sendiri?" Tanya Irah mencari kepastian. Anis mengangguk dengan yakin.
"Irahh... Kau ndak mau bagitau aku siapa bapa baby ni?" Dia takut Zahirah akan kecil hati tapi dia tetap inginkan kebenaran.
"Bapa baby ni tak salah." Irah cuba menyakinkan Anis. Tenang saja dia menjawab soalan Anis.
"Maaf kalau apa yang aku tanya ni bikin kau kecil hati." Melihat anggukan Irah barulah dia berani menyambung semula ayatnya.
"Kau ndak kena rogol kan malam tu?" Soal Anis sehabis baik cuba untuk mengorek rahsia sahabatnya tanpa menyinggung perasaan. Kalau betul sahabatnya dirogol pastinya orang itu akan dapat balasan yang setimpal. Itu janjinya!
Laju saja Irah menggeleng menidakkan. Anis mengerutkan dahi tanda tak faham.
"Belum masanya untuk aku ceritakan tapi satu hal je yang aku boleh cakap. Semua ni terjadi angkara hasad dengki orang lain." Irah cuba untuk kuat demi baby dalam kandungannya. Walaupun sukar untuk dia menerima kehadiran bayi dalam kandungannya itu tapi dia tak akan sanggup untuk mengugurkannya.
"Hasad dengki? Maksud kau?" Jelas terpancar kerutan di dahi Anis.
"Aku mengantuk, lain kali aku cerita ya." Pinta Irah meminta untuk Anis bersabar kerana dia belum sedia untuk menceritakannya.
"Yala, kita tutup cerita ni. Sekarang kita tidur, besok aku mau kerja. Kau pula duduk rumah dulu. Nanti aku bagitau Kak Zah kau sambung cuti. Malam ni aku teman kau dan baby tidur." Kata Anis lalu menyelimuti sahabatnya.
"Tapi... Aku kan dah seminggu cuti takkan tambah lagi." Irah cuba untuk membantah.
"Ishh... Janganlah pikir semua tu. Kau rehat, semua tu nanti aku uruskan. Lagipun simpanan aku masih ada boleh tampung kita dua. Janganlah kau risau." Pujuk Anis. Irah perlukan rehat secukupnya kerana kondisi kandungannya yang masih baru dan alahannya yang teruk.
"Tapi..."
"Irahh... Tidurr..." Irah hanya mampu mendiamkan diri, dia tahu Anis pasti penat sebab bekerja dalam masa yang sama menjaga dia yang sakit.
"Kalau kau nak apa-apa kau kejutkan aku." Pesan Anis lalu melelapkan mata yang sudah mengantuk dari tadi. Irah juga turut melelapkan matanya. Ada baiknya dia lena agar mampu lupakan seketika masalah.
Keesokan paginya, seperti biasa Anis yang tak reti drive hanya mampu menumpang dengan rakan sekerjanya. Nabis baik rakan sekerjanya semua baik-baik.
"Assalamualaikum Kak Zah." Sapa Anis setelah sampai di tempat kerjanya.
"Waalaikumussalam Anis... Aik, Irah tak kerja lagi ke?" Tanya Kak Zah bila melihat Anis datang dengan Bilqis tadi.
"Doktor ada bagi cuti 3 hari lagi. Dia suruh Irah rehat secukupnya." Surat MC bertukar tangan.
"Alahai kesiannya budak tu. Takpelah nanti akak free akak datang jenguk erk." Kata Kak Zah.
"Kak Zah jadi kan cuti aku minggu depan?" Sengih Anis. Tak sabar rasanya dia pulang ke kampung halaman.
"Ye... Akak tahu lah. Seminggu kan?" Anis hanya mengangguk mengiakan.
"Untunglah dapat balik kampung. Nanti balik sini lagi tau, jangan bila sampai kampung lupa Kak Zah terus." Usik Kak Zah.
"Ehhh orang cuma balik seminggu kak, belum sempat mau lupa ehh jumpa balik." Balas Anis buat Kak Zah tertawa lucu.
"Amboi happy nau dua orang ni." Sapa Azura yang baru sampai. Keduanya hanya tersengih bila ditegur sebegitu.
"Morning..." Sapa Khai.
"Selamat pagi bang..." Sapa Anis mesra.
"Amboi kau dengan abang kau ni kau sapa siap senyum manis erk. Dengan aku tak pernah pun yang ada kau just sengih kerang busuk je?!" Sampuk Bilqis yang muncul dari belakang.
"Alolo merajuk pula cinta hati beta.. Intan payung, anak emas ibu. Selamat pagi." Jerit Anis betul-betul tepat di telinga Bilqis.
"Oii sakit telinga aku gila." Bilqis segera mengusap telinganya yang berdesing mendengar jeritan Anis.
"Tulah kau mengada sangat." Bebel Khai.
"Kau diam!" Marah Bilqis.
"Opsss suami istri harap bersabaq." Sampuk Azura.
"AZURA!!!" Jeritan Khai dan Bilqis serentak. Mereka dua paling anti bila digelar suami istri. Yang lain sibuk jadi penonton setia dengan drama sebabak anjing tikus vs manusia. Setiap hari pasti ada saja yang dipergaduhkan.
"Bang, semalam abang sampai rumah dengan selamat jua kah?" Soal Anis memutuskan babak pergaduhan sehinggakan semua mata memandang ke arahnya.
"Anis ada affair dengan Khai?" Tanya Bilqis terkejut.
"Apa kau mengarut ni. Abang Khai kan kasi kawan aku sama Irah pigi klinik semalam tu. Salah meh?" Dengan muka slamber Anis berkata.
"OHHHH..." Kata mereka serentak.
"Abang okay je cuma abang ada perasan satu motorbike follow kita sampai rumah sewa Anis. Abang tak cerita sebab risau Anis takut nanti." Terang Khai mengingatkan kejadian semalam.
"Yeke Khai. So kau okay tak?" Tanya Kak Zah prihatin.
"Alhamdulillah kak, orang masih lagi sihat dan boleh berdiri tegak depan akak sekarang ni." Usik Khai.
"Ishh budak ni akak serious sempat jugak dia melawak tapi syukur alhamdulillah selamat juga kau kan." Kata Kak Zah.
"Ehh jap kenapa Anis tiba-tiba tanya?" Tanya Bilqis sedikit pelik.
"Ndak payahlah mau jealous. Sebenarnya aku pun perasan tu motor, itu yang aku tanya." Tipu Anis.
"Ehh kau ni aku pula yang kena. Tak hingin aku nak jealous untuk ikan masin ni." Kutuk Bilqis.
"Ehh ehh kalau nak gaduh sambung masa rehat tak pun balik nanti. Sekarang pi keja. " Halau Kak Zah. Pagi-pagi dah nak kecoh. Kang takut customer nak masuk pun tak jadi sebab Tom and Jerry tengah perang!
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...