44

23 2 0
                                    

Anis berpamitan dengan Mak Mah dan Pak Tam. Harini dia dan si kembar akan pulang ke negeri di bawah bayu. Pada mulanya Pak Tam menawarkan untuk menghantar mereka ke lapangan terbang tapi Anis tidak mahu menyusahkan.

Sesampai di airport, Anis mendorong troli si kembar. Hanya satu beg digalas yang penuh dengan pakaian si kembar dan beg tangan yang berisi dokumen penting saja yang dibawa olehnya. Baju-bajunya langsung tak dibawa kerna di kampung masih banyak.

Anis menuju ke balai berlepas, terhenti seketika langkahnya bila melihat kelibat insan yang selama ini menghilang entah ke mana. Paling mengejutkan bila mana di sampingnya ada perempuan seksi, cantik sedang memeluk lengan lelaki itu. Kedua tertawa bahagia, bahkan saat melintasinya lelaki itu sempat memandangnya sekilas. Seakan mereka tak mengenali antara satu sama lain.

Anis tersentak bila mendengar tangisan baby girl. Anis segera duduk menongkat lutut seraya memberikan susu botol pada si anak.

"Jangan nangis sayang, nanti abang terbangun." Pujuk Anis seraya melihat baby boy masih pulas tidur. Baby girl seakan mengenali insan yang baru saja mereka temui. Setelah lena semula, Anis meneruskan langkah tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. Dia pasti itu Muhammad Syafiq Lee!

Anis lega kerna semua barangnya di rumah agam itu sudahpun dipindahkan ke apartmentnya. Rumah yang dihadiahkan oleh si suami pada dia. Entah mengapa dia terpikir untuk melakukan semua itu dan ternyata hari ini dia sudah mendapat jawapan. Hanya saja barang-barang Irah dan beberapa barang si kembar yang masih lagi ada di rumah agam itu.

"Semoga kau bahagia." Kata Anis dalam hati seraya melangkah masuk ke dalam pesawat. Sudah tiba masanya dia lupakan Syafiq buat selama-lamanya. Kini dia hanya perlu fokus dengan si bayi kembar, itulah kebahagiannya sekarang. Kecewa? Terluka? Dia memang sudah patah hati bila Syafiq tak munculkan diri hari dimana kononnya dia nak datang!

************************************

Isya dan Zia menjemput mereka di lapangan terbang, ohh iya sekarang dorang dah tak perlu khidmat 'pakcik Anis (grab)' lagi sebab mereka bertiga dah ada lesen memandu dan Zia sudahpun memiliki kereta perodua Axia.

"Rindunya ibu sama si tembam ni." Kata Isya yang sedang mengendong baby boy.

"Baru dua minggu ndak jumpa kot." Sampuk Anis yang duduk di belakang bersama baby girl.

"Sehari ndak jumpa pun boleh rindu tau." Sampuk Zia yang fokus dengan pemanduannya.

"Nis, berapa lama kau di sini?" Soal Isya tiba-tiba. Anis tak mampu menjawab, dia hanya memandang baby girl yang lena dipangkuannya. Melihat reaksi sahabatnya seperti itu buatkannya tak lagi mengulangi soalan itu lagi.

"Kamu dua ndak ada bagitahu dorang apa-apa lagi kan tentang si kembar?" Tanya Anis setelah berdiam diri sejak tadi.

"Belum lagi. Kan kau yang ndak mau dorang tahu lagi." Jawab Zia. Lega Anis dibuatnya, walaupun hakikatnya kejap lagi dia akan dihunus dengan beribu soalan tentang wujudnya si kembar.

"Kau janganlah risau, kami dua ada." Kata Zia lagi bila melihat dari cermin sisi wajah si sahabat yang duduk di belakang terlihat gusar. Perlahan wajah gusar itu mengukir senyuman.

************************************

"Assalamualaikum..." Salam diberi bila sampai di rumah kayu itu. Rumah yang sudah tidak usang lagi dan sudah mulai cantik walaupun tak mewah.

"Waalaikumussalam..." Ibu yang sedang menjemur kain di samping rumah menjawab salam seraya menuju ke depan. Tatkala melihat figura anaknya yang merantau di negeri orang pulang ke sini, hati tuanya gembira. Laju saja dirangkul Anis siap dikucup lagi pipi kanan dan kiri si anak. Setiap kali balik, seperti itulah kejadiannya.

My First Love✅Where stories live. Discover now