32

39 3 0
                                    

"Kenapa datang sini?" Marah Syafiq manakala Anis hanya diam dan memandang ke luar tingkap.

"Kenapa diam, dah jadi bisu pula?" Sindirnya lagi. Pelik dia bila Alvin bagitahu ada perempuan yang cari  lagi buat dia nak gugur jantung bila dia tengok gadis itu siap bertengkar dengan Linda dan pakwenya!

Kebisuan Anis buatkannya tercabar tapi tak pernah pun sekali dia memarahi gadis itu lebih-lebih sebab hatinya yang akan sakit sendiri lepas memarahi atau bergaduh dengan gadis itu. Sudahlah tadi mereka bergaduh kat rumah, belum selesai lagi dah tambah pergaduhan lain!

Melihat Alvin yang berdiri di luar, Anis terus keluar dan menemuinya tanpa sempat dihalang oleh Syafiq.

"Aku boleh minta tolong kan?" Tanya Anis pada Alvin yang sibuk dengan smartphonenya siap bersandar lagi di depan kereta Syafiq. Lelaki itu mendongak dan memandangnya.

"Sure. What that?" Soal Alvin.

"Jangan kau cakap english sama aku, ndak aku pandai!" Rungut Anis. Alvin terkesima seketika. Entah dia nak gelak ke ataupun serious.

"Ohh okok... Nak minta tolong apa?" Ulangnya semula dalam bahasa melayu.

"Hantar aku balik." Pinta Anis. Syafiq yang sedari dari tadi memerhati di situ laju saja menghalang.

"Kenapa tak ikut Syafiq?" Soal Alvin.

"Ndak payah suruh dia balik, suruh dia tinggal ja terus di sini." Sindir Anis.

"Apani?" Tak puas hati Syafiq dibuatnya. Tapi bila difikir semula ternyata ada salah besar yang dah dia buat malam ni dan mungkin sebab itulah Anis terpacak di sini sedangkan sekarang dah lewat malam.

"Dah jom balik." Sambungnya lagi yang mula sedar akan salahnya. Diam Anis benar-benar buatnya tak tenang.

"You in big trouble now bro." Usik Alvin dengan sengihannya.

"Kaulah ni paksa-paksa aku datang sini!" Bebel Syafiq pada sepupunya sebelum dia menghampiri Anis.

"Sorry okay. Aku lupa janji aku kat kau. Lepasni aku tak buat lagi." Pujuknya seraya meraih tangan Anis tapi laju saja gadis itu menepis. Syafiq menoleh ke belakang memandang Alvin dengan wajah tak puas hati manakala sepupunya hanya tersengih sambil menjongketkan kening.

"Kita balik okay?"

"Kau pergilah masuk balik jumpa perempuan-perempuan mu di dalam." Bebel Anis.

"Takk... Aku tak nak dorang semua. Aku datang sini jumpa Alvin." Terang Syafiq lagi.

"Kau janji, kau ndak sudah pernah jejak kaki pigi sini. Mau berubah, jadi sekarang ni apa?!" Anis sudah mula mengeluarkan jurus bebelannya.

"Aku jumpa Alvin." Mulanya dia nak marah tapi bila isu ini dikaitkan dia jadi serba salah sebab dia sudah pernah janji takkan ulang lagi apa yang selalu dia buat dulu.

"Ndak ada tempat lain sudah?" Bebel Anis tak puas hati.

"Okay fine... Sorry..."

"Sorry-sorry nanti buat lagi!" Sindir Anis yang masih tak berpuas hati. Sudahlah dia bersusah payah nak cari lelaki tu pastu kena marah lagi. Paling dia sakit hati bila Syafiq lupa janjinya.

"Takk... Aku tak buat lagi lepasni." Pujuk Syafiq untuk yang kesekian kalinya.

"Kita balik okay?" Ajaknya lagi bila Anis berdiam diri. Entah apa yang dipikirkan, Anis akhirnya setuju dan masuk semula ke dalam kereta.

"You need explain to me bro." Kata Alvin yang dari tadi asyik jadi CCTV mereka berdua.

"Not this time bro."

"Jumpa lagi Anis." Kata Alvin. Anis membalas senyuman itu dan turut melambai. Walaupun baru jumpa tapi mereka dah boleh jadi best friend agaknya.

Sesampai saja di rumah jam sudah menunjukkan 4 pagi, hanya tinggal beberapa jam saja lagi azan subuh nak berkumandang. Syafiq sejak dari kereta lagi tak melepaskan genggamannya.

"Lepaslah... Aku mau masuk." Kata Anis yang cuba untuk meleraikan genggaman itu. Dia yang sudah bersedia masuk ke dalam biliknya terus ditarik masuk ke bilik Syafiq.

"Apani? Nanti dorang nampak." Anis yang masih lagi geram dengan Syafiq bertambah geram bila ditarik masuk ke biliknya!

"Kita subuh berjemaah." Syafiq menariknya dan duduk di sofa yang ada di bilik itu. Duduk bersebelahan dan dia menyilangkan sebelah kakinya menghadap Anis.

Anis kaku di tempat duduk dengan muka tak puas hatinya.

"Kenapa datang sana? Bahaya kan." Kata Syafiq dengan suara yang lembut selembut mungkin.

"Dia yang janji sama ndak pi sana lagi masih lagi mungkir janji." Bebel Anis.

"I'm really sorry... Aku sumpah lepas ni aku tak pergi lagi. Tadi tu sebab Alvin yang suruh. Aku takde pun datang sana nak mabuk-mabuk." Terang Syafiq tapi Anis masih lagi buat muka tak puas hati.

"Ndak payah mau guna alasan si Alvin, cakap ja la yang kau tu mau jumpa perempuan di sana." Bebel Anis. Sumpah dia geram bercampur aduk sekarang.

"Mana ada... Daripada Aku tengok dorang baik aku tengok kau." Sengih Syafiq penuh makna. Anis menjeling geram, mulalah tu nak mengatal!

"Eleh... Mustahillah ndak mau tengok bila perempuan cantik pakai seksi lagi!" Syafiq merapatkan jarak antara mereka hingga Anis mampu menghidu haruman yang ada pada tubuh lelaki itu.

"Dorang tu kurang kain macam mana sekalipun tetap tak mampu nak goda aku tapi kau yang berbungkus macam ni pun dah boleh buat aku rasa nak ngap sekarang juga." Kata Syafiq siap dengan muka gatalnya.

Anis menahan tubuh itu dari terus menghampiri atau lebih tepat kedua tangan Anis ada didada Syafiq saat ini.

"Kau jangan merepek sana! Kau pergilah mandi, kejap lagi azan sudah."

"Mandikan aku..." Usik Syafiq. Anis terus bangun, dia pun nak bersihkan diri sebelum solat subuh.

"Nak ke mana pula ni?" Soal Syafiq bila Anis ingin keluar dari bilik itu.

"Mandi la, lepastu ambil telekung." Jeling Anis.

"Seusai mandi dan bersiap, Anis kembali ke bilik suaminya. Dilihat si suami sudah pun membentangkan sejadah. Sudah menjadi kebiasaan mereka untuk solat berjemaah sekiranya ada kesempatan. Habis solat Syafiq menghulurkan tangan tapi disambut acuh tak acuh oleh Anis. Belum sempat Syafiq mengucup dahi si isteri, laju saja Anis mengelak dan bangun meninggalkan Syafiq sendirian di situ.

"Laa... Masih marah lagi ke?" Soal Syafiq yang tak sempat menghalang Anis.

My First Love✅Where stories live. Discover now