50

21 1 0
                                    

2 tahun Kemudian...

Terlalu cepat masa berlalu. Tak sangka dia masih mampu berdiri teguh sampai ke hari ini sedangkan tiga tahun yang lalu dia diuji sebegitu berat.

Kehilangan berturut-turut buatkannya hampir gila. Iya, benda yang tak semudah itu orang lain pikirkan. Kehilangan sahabat dan juga kehilangan kedua orang tua buatkan Anis hampir gila, nasib baik adik beradik, sahabat, si anak kembar dan juga Syafiq tak pernah jemu menunggu dia kembali sihat seperti sediakala.

Setelah kehilangan ibunya, berbulan-bulan dia menghidap kemurungan sampaikan mereka terpaksa membawanya berjumpa pakar psikologi.

Nasib baiklah Zia dan Isya ada selalu untuk menolong Ayda dalam menguruskan si kembar dan HR Fashion. Kalau tak, tak tahulah macam mana jadinya. Syafiq pula adalah manusia paling sibuk sekali masa tu, berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, dah macam pekan ke bandar saja gayanya. Mana taknya bisnesnya kat sana nak kena pantau juga, dahtu HR Fashion lagi yang ada kat Kuala Lumpur pun terpaksa dia uruskan. Nasib baik Alvin selalu backup dia. Dia tak mampu nak tinggalkan Anis lama-lama walaupun keluarga dan sahabatnya selalu ada dengannya.

Pernah sekali, pagi tu dia berangkat ke Kuala Lumpur untuk mengurus beberapa hal penting tup-tup malamnya dia dah terpacak depan rumah di Kota Kinabalu. Mahu tak terkejutnya Ayda dengan Akif. Habis dia kena bahan oleh Akif dan Zia, kata mereka dia takut hilang Anis. Tak dinafikan memang itu kenyataannya.

Ada satu lagi momen paling mencemaskan mereka semua masa tu mereka tengah minum petang di laman rumah. Tiba-tiba mereka dengar suara Anis menangis mahu tak gugur jantung mereka, berlarian semua ke bilik untuk melihat keadaan Anis. Dan paling mengejutkan si kembar sudah ada di pangkuannya, menggelabah habis mereka. Takut nanti diapa-apakan si kembar tu. Iyalah, masa tu kan Anis ada masalah kemurungan so takutlah tiba-tiba dia mengamuk ke apa ke! Lagipun selama beberapa bulan tu tak pernah dihiraukannya si kembar kerna dia dengan dunianya sendiri!

"Angahh... Kenapa ni?" Pujuk Ayda menghampiri Anis. Tiada sahutan darinya, hanya saja tangisan yang tak berhenti sambil mengucup kedua ubun-ubun si kembar. Ayda turut menangis, tak tahan melihat keadaan adiknya seperti itu.

"Aniss..." Panggil Zia pula turut menghampiri. Dia ikut merangkul bahu si sahabat. Sedih yang menimpa si sahabat.

"Aku.... berdosaa long..." Tangisnya lagi seraya memandang Ayda yang ada di sampingnya. Ayda hanya sekadar menggeleng, walaupun tak memahami keadaan itu. Manakala Syafiq, Akif dan Isya masih berdiri di birai katil memerhati mereka. Isya takyah tanya sebab dialah yang mula-mula dah berjuraian air mata.

"Aku terlampau ikutkan kata hati sampai lupa sama amanah yang aku perlu jaga, aku berdosa ndak mampu terima ketentuan Allah." Ungkapnya lagi setelah sedikit tenang. Kesemua yang mendengar menarik nafas lega siap dengan tangis haru lagi. Hampir setahun lamanya, mereka menanti. 9 bulan bukan waktu yang kejap untuk Anis pulih dari traumanya. Iya, doktor ada mengesankan kemurungannya berpunca dari trauma akibat kehilangan orang yang dia sayang secara berturut-turut. Sampai sekarang mereka semua tak tahu apa yang membuatkan Anis tersedar dan kembali pulih.

"Mamaa...." Jerit si anak kecil yang berlari menuju ke arahnya. Anis menoleh, memandang ke belakang dan ternyata si kembar berlari menghampirinya.

"Ya Allah... Kenapa berlari ni. Jatuh nanti." Kata Anis risau lalu berdiri siap bercekak pinggang lagi. Secara automatik kedua kembar itu berhenti berlari, mereka kembali mengatur langkah berjalan menuju ke arah pondok yang ada di pantai itu, di mana Anis berada.

Setelah keduanya menghampirinya, dikucup lembut pipi keduanya. Iya, itulah semangat hidupnya. Salah satu penyebab dia bangkit dari kemurungan. Hanya kerna panggilan 'mama' dari si kembar yang saat itu baru berusia dua tahun, memanggilnya mama walaupun masih tak lancar sebutannya. Hal itu menyedarkannya dan buatnya menangis sampaikan mereka semua naik risau!

"Berapa kali mama pesan jangan berlari." Bebel Anis.

"Sorry mamaa..." Kata keduanya serentak sambil buat muka seposen. Keduanya masih lengkap dengan baju seragam pra sekolah, pastinya mereka baru balik kerna sekarang jam sudah menunjukkan 12.30 tengah hari.

"Papa mana?" Soal Anis pada anak kembarnya itu.

"Papa lari gi tandas. Katanya saki peyut." Jawab Jannah dengan pelatnya yang tak sudah-sudah. Tu bukan pelat betul-betul ye, tu sebab dia suka cakap dengan gaya mengada-gada, kononnya manja!

"Ya Allah. Jadi tadi papa bawa lajulah tu motor?" Soal Anis risau. Kedua-duanya menggeleng menandakan tidak.

"Betul ni? Ndak tipu?" Soal Anis lagi. Mana taknya dua-dua budak ni selalu sangat bersekongkol dengan papa dorang, iaitu Akif.

"Tak mama. Mama kan selalu cakap tak boleh tipu-tipu." Jawab Firdaus. Hanya mampu tersenyum dia dengan kerenah kedua anaknya yang terlalu petah bercakap. Kadang tu Anis sampai mati kutu dengan soalan-soalan yang keluar dari mulut celetoh itu.

"Ma... Kakak lapar..." Rengek Jannah sambil mengelus perutnya siap dengan muncungnya lagi.

"Kalau lapar, jom masuk. Mama sudah siap masak tadi." Anis menggamit tangan Jannah.

"Abang pun lapar..." Sampuk Firdaus yang turut menggamit tangan si mama.

"Yaa mama tahu sebab tu mama masak makanan kesukaan kamu." Kedua kembar itu menjerit suka.

Sedar tak sedar, kedua anak kembar yang dia jaga sejak lahir itu sudah berusia empat tahun sekarang. Muhammad Firdaus dan Nur Jannah, walaupun hakikatnya bukan anak kandungnya ataupun anak yang lahir dari rahimnya tapi kasihnya pada kedua itu lebih dari nyawanya sendiri.

Muhammad Firdaus ataupun lebih sering dipanggil abang, seorang kanak-kanak yang cukup matang untuk usia sekecil dia. Ringan tulang dan paling tak boleh tengok Anis sedih ataupun sakit. Dia ni nakal juga lagi-lagi bab menyakat si adik kembarnya sampai menangis dibuatnya. Tapi bila ada budak lain yang buat adik kembarnya menangis, tanpa rasa takut dia lawan balik. Entahlah perangai siapa yang dia ikut ni, tapi benda tu bagus jugalah at least dari kecil dia dah tahu nak lindungi orang-orang yang dia sayang. Cuma kadang Anis geram dengan sikap anaknya yang tak padan budak kecil tapi perangai macam orang tua tau. Posesif sangat, tak boleh nak tengok mama dia bercakap dengan orang laki mesti dia marah. Ini pastinya ketularan sikap daddynya.

Nur Jannah a.k.a kakak pula budak manja, tak boleh kena usik sikit mulalah nak menangis, merengek.  Ini pula mungkin terjangkit dengan umi Isya. Hahaha! Tapi yang bagusnya sekepala dengan Anis. Dia sentiasa je sokong apa Anis nak buat. Lepastu paling kuat bercerita, ndak taulah mungkin besar nanti mau jadi wartawan kali. Setiap malam mesti dia kongsi semua benda yang dia buat satu hari tu sebelum tidur. Kalau tak mulalah kecoh tak dapat tidur!

Setelah sembuh dari kemurungan, Anis memilih untuk tinggal di kampung dan tidak lagi menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

My First Love✅Where stories live. Discover now