"Macam mana selesai juga semua?" Soal Ridhuan. Anis yang menghidangkan Nescafé terkejut seketika. Dia mencuri pandang Syafiq tapi lelaki itu masih lagi santai.
"Alhamdulillah semuanya lancar." Ucap Syafiq siap tersenyum. Anis pula yang tak tenang nak duduk. Takkan orang rumah dah tahu!
"Kesian bah pula kawan abang tu." Sampuk Akif. Anis mulai kebingungan tak faham apa yang dimaksudkan oleh ketiga lelaki itu lalu masuk biliknya.
"Daddy... Daddy stay berapa lama kalini?" Tanya Firdaus dah macam orang dewasa saja gayanya bercerita.
"I'm not sure, why young man?"
"I have a secret to tell you." Bisik Firdaus. Syafiq berkerut dahi, entah apa yang ingin si anak kongsikan.
"Kenapa dua beranak ni berbisik, abang ndak mau share sama papa?" Soal Akif.
"Itulah, ayah pun mau tahu jua." Sampuk Ridhuan.
"Ni tentang mama la." Kata Firdaus kembali duduk. Ketiga lelaki dewasa itu berkerut dahi sambil memandang ke arahnya.
"You know what, mama sekarang rapat dengan uncle sebelah kedai tu." Cemberut wajah itu setelah mengungkapkan rahsianya.
"Really?" Soal Syafiq yang turut kepo. Akif dan Ridhuan hanya tertawa melihat keduanya.
"Jealous lah tu..." Ucap Ridhuan seusai menyudahkan tawanya.
"Ngam lah perangainya sama betul sama daddynya.." Kata Akif.
"Abang tak sukalah mama rapat dengan uncle tu." Rungut si budak kecil itu.
"Apa pula tak suka, uncle tu baik sangat." Sampuk Jannah yang entah muncul dari mana.
"Ni kakak punya pasallah, suka sangat pergi kedai tu ." Marah si abang kembar.
"Ehhh tak baik tau... Kan mama kan?" Balasnya sambil memandang Anis yang melintasi mereka.
"Kenapa bising betul si kembar ni?" Usik Ayda yang duduk di samping suaminya.
"Apalagi kes cemburulah." Ucap Akif.
"Cemburu apa?" Soal Ayda ingin tahu. Manakala Anis hanya mendengar tanpa mencela. Niatnya yang nak masuk balik ke bilik tak jadi bila Ayda mengajaknya minum sekali. Nak menolak, Ayda dah tahan dia awal-awal.
"Abang tuduh kakak, dia kata sebab kakak mama sama uncle jadi rapat. Sedangkan kata mama, uncle tu sama sekolah mama dulu. Kan mama kan?" Becok mulut Jannah menceritakan lalu menghampiri Anis meminta sokongan.
"Uncle mana ni?" Soal Ayda yang sukar menangkap tajuk perbualan mereka.
"Alaa... uncle coklat tu yang kat sebelah butik tu bu." Jawabnya lagi. Firdaus hanya diam dan sempat menjeling melihat si adik kembarnya.
"Sudah... Jangan mau gaduh-gaduh, mama ndak suka." Tegur Anis bila melihat si kembar bermasam muka. Keduanya hanya mampu diam manakala yang dewasa tersenyum.
"Abang ada projek di sini meh?" Soal Akif tiba-tiba.
"Ya... A big projek." Senyum Syafiq.
"Wow... Projek apa fiq?" Soal Ridhuan yang mula tertarik. Hanya senyuman yang dia berikan buatkan seisi rumah itu memandangnya semacam.
"Soon aku cerita." Kata Syafiq seusai menyudahkan tawanya. Lucu sangat reaksi mereka!
Tiga lelaki dewasa itu bila dah bergabung memang panjang cerita mereka. Anis mula meminta diri masuk ke bilik, dari dia dok diam macam patung kat ruang tamu tu baik dia settlekan akaun-akaun HR Fashion yang tergendala pagi tadi.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...