Sudah dua bulan Anis dan Irah tinggal di rumah mewah itu dan selama itu jugalah Anis dan Syafiq melayani kehendak si ibu mengandung. Tengah malam tiba-tiba nak makan burgerla, nak makan mee goreng mamak, nak chocolate, nak aiskrim. Kalau tak dituruti pasti dia akan sendu tiba-tiba. Nak hentikan dia menangis memang payahlah jawabnya, penyakit hati tisu Isya dah menular ke Irah. Disebabkan itu jugalah hubungan Anis dan Syafiq mulai membaik.
Anis yang baru balik dari tempat kerja terus naik ke atas membersihkan diri. Seusai sudah, barulah dia menemui sahabatnya.
"Assalamualaikum rah." Panggil Anis setelah menguak pintu bilik itu. Tiada sahutan seperti biasa. Bila masuk dilihat Irah masih berbaring di katil.
"Makcik ni, mau magrib sudah." Bebel Anis seraya mengejutkannya tapi tiada respon. Wajah pucat Irah menakutkannya.
"Rahh... Irahhh... Bangunlah... Jangan buat aku takut...." Kata Anis yang saat ini sudah tak mampu tenang. Syafiq yang kebetulan baru balik dari tempat kerja tersentak mendengar suara Anis. Laju saja dia melangkah menuju ke bilik Irah.
"What wrong?" Soalnya.
"Irahh ndak mau bangun..." Kata Anis seakan mau menangis. Syafiq terus mengangkat Irah yang masih tak sedarkan diri saat itu. Anis pula membontoti mereka. Mak Mah dan Pak Tam yang baru balik dari pasar terkejut tapi Syafiq meminta pasangan suami isteri itu hanya tunggu di rumah saja.
Tak perlu memakan waktu yang lama untuk sampai ke Hospital Kuala Lumpur. Irah segara dibawa ke Unit Kecemasan. Anis duduk dengan pikiran kacau dan gelisah dengan situasi itu.
"Dah... jangan nak pikir banyak sangat. She will be fine." Pujuk Syafiq seraya mengenggam jemari yang sejak dari tadi mengigil ketakutan. Jemari Anis yang sejuk mulai menghangat dengan genggaman dari lelaki itu tapi hal itu masih tak mampu buatkannya tenang.
"Aku pergi solat magrib kejap." Pamit Anis. Mungkin di sana dia dapat ketenangan sedikit. Setelah setengah jam barulah dia memunculkan diri tapi wajahnya jelas sembam seakan baru habis menangis. Bila dia ditenung oleh Syafiq, dia melarikan pandangan.
"Kau pergilah magrib. Mau habis waktu sudah ni." Tegur Anis. Lelaki itu mengangguk dan melangkah pergi. Melihat doctor yang merawat Irah sebentar tadi muncul dan menghampiri, Anis terus bangun.
"Doktor macam mana keadaan Irah?"
"Alhamdulillah sekarang dah stabil cuma macam yang pernah saya cakap sebelum ni, kandungan Puan Zahirah memang bermasalah. Sekarang ni dia pengsan sebab tekanan darah rendah. So saya minta awak tolonglah pantau sahabat awak tu, jangan bagi banyak sangat gerak dan jangan biarkan dia banyak berpikir demi keselamatan dia dan anak kembarnya." Pesan Doktor Laila yang memang sudah mengenali mereka berdua bahkan dia juga mengenali Syafiq kerna tiap kali ada pemeriksaan mereka berdua sentiasa menemani Irah.
Setelah usai perbincangan doktor muda itu meminta diri, Anis sekali lagi terduduk di kerusi menunggu itu. Sungguh dia tak tahu lagi harus seperti apa, kandungan Irah yang bermasalah memang diketahui oleh mereka bertiga dan doktor itu juga pernah menasihati Irah agar mengugurkan kandungan itu tapi sahabatnya yang berdegil.
Setelah tenang, barulah dia masuk ke dalam. Irah yang baru tersedar memandangnya dengan senyuman yang jelas terlihat lemah. Anis yang melihat seakan ditusuk-tusuk hatinya, pedih dan ingin saja dia menangis di situ tapi demi sahabatnya, dia kena kuat.

YOU ARE READING
My First Love✅
FantasiKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...