"Apa sebenarnya yang kau mau ni?" Hilang sabar Anis dibuatnya. Mana tak dah setengah jam mereka di situ dan Syafiq masih lagi nak membisu.
"Sampai bila you nak simpan semua ni?" Soal Syafiq sinis. Anis mengerutkan dahi, tanda tak faham.
"You rasa puas ke dah buat I macam orang gila?" Sambungnya lagi.
"Memang kau yang gila." Kutuk Anis dalam hati. Dia masih tak faham sebenarnya.
"Pandai kan you. Simpan semua ni tanpa seorang pun tahu." Senyum sinis Syafiq sungguh buat Anis jengkel.
"Simpan apa lagi. Kau ni bercakap terus ja ba... Ndak payah mau belok-belok." Syafiq mengeluarkan sampul A4 berwarna coklat dan diserahakan pada Anis. Dia menyandarkan belakang tubuhnya ke sofa yang bertentangan dengan Anis. Anis memandangnya pelik, dan dia mengisyratkan Anis untuk membuka sampul itu sendiri.
Shock! Itulah reaksi Anis saat melihat namanya yang terpampang di sijil nikah milik dia dan Syafiq. Anis tak mampu berkata apa lagi. Rahsianya sudah terbongkar. Nak pandang Syafiq pun dia dah tak berani saat ni.
"Sampai bila nak simpan? Nak tunggu I mati dulu ke?" Kata Syafiq sakit hati dengan kelakuan Anis yang selama ni menutupi semuanya.
"Bukan sebulan tau you sembunyikan benda ni. Dah empat tahun! I tak tahu apa motif you sebenarnya." Rengus Syafiq.
"Kalau kau sudah tau baguslah jadi senanglah kita berpisah." Kata Anis masih dengan egonya.
"WHAT?! ARE YOU OUT OF YOUR MIND!" Melenting Syafiq dibuatnya.
"No! Benda tu takkan pernah jadi. Kalau you nak sangat berpisah tunggu I mati!" Tegas suara itu menyuarakan. Anis mendongak membalas pandangan tatapan penuh amarah bahkan kecewa itu.
"Jadi kau mau apa? Tiada guna juga kita teruskan hubungan ni." Senyuman sinis Syafiq buatkannya mati kata.
"Susah sangat ke you nak jelaskan? Kenapa perlu sembunyi status kita selama ini?!" Kalau saja dia tak jumpa gugusan kunci apartment dalam simpanannya memang sampai ke sudah dia tak tahu. Nasib baik di gugusan kunci itu tertera alamat. Disebabkan ingin tahu, dia pergi ke alamat itu. Tanpa kebenaran si pemilik rumah, dia membuka. Rumah yang sudah tidak asing baginya. Tapi entah apa alasannya kunci itu ada dalam simpanannya.
Lagi mengejutkan bila dia jumpa gambar pernikahan dan beberapa lagi benda yang mengaitkannya dengan Anis. Sampai dia pergi ke pejabat agama untuk mengesahkan hubungan mereka dan ternyata benar, Nur Anis adalah isterinya yang sah.
Dia cuba menyiasat dan mengorek maklumat dari adik beradik dan sahabat-sahabat Anis tapi hampa. Jawapan yang dicarinya tiada pada mereka. Kedua orang tua Anis saja yang ada pada gambar nikah itu tapi sayang keduanya sudah lama meninggal dunia.
Tiga bulan tak ditemuinya Anis dan anak-anak hanya kerna kecewa dengan pembohongan Anis selama ini. Tapi rindunya yang buatkannya akhirnya mengalah dan datang ke sini. Ikutkan amarah dan sakit hati memang tak nak dia balik ke Sabah lagi tapi disebabkan hati yang degil nakkan Anis terpaksalah dia buang ego. Tiga bulan menahan hati dan penghujungnya dia sendiri tewas dengan rasa rindu. Dia kembali ke Sabah untuk mencari tahu alasan kenapa Anis sanggup buat dia macam ni. Geram juga dia dibuatnya berapa bulan dia tak datang, Anis boleh tayang muka tak kesah. Siap buat muka terpaksa lagi bila disuruh ambil kat airport.
"Dah kena gam ke mulut tu?" Perli Syafiq mematikan lamunannya.
"Apa?" Jeling Anis tak puas hati.
"Apa alasan you sembunyikan status kita?" Soal Syafiq tidak lagi emosi parah macam tadi.
Anis hanya mampu menunduk, air matanya tiba-tiba bergenang. Dia yang tadinya kesal dan geram tiba-tiba saja jadi sedih.
Syafiq yang perasan menghela nafas sebelum menariknya ke dalam pelukan. Nak marah pun dah tak jadi bila Anis pula yang tunjuk muka sedih macam tu.
YOU ARE READING
My First Love✅
FantasyKehidupan setiap insan tak semuanya berawal dengan indah begitu juga sebaliknya. Tiap manusia pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian sama ada kau menyerah sebelum berjuang atau kau berjuang dan menang. Gadis Sabah, seorang gadis sederhana yang deg...