BAB 2

3.7K 228 5
                                    

~ sometimes its hard to keep believing what we see, because eyes always lie and heart doesn't

"Tadaaaa! Cantik tak baju ni? Awak suka tak Aqhif?" Tanya Airis meminta pendapat.

Huh! Airis mengeluh.

Kesal dia melihat perangai Aqhif yabg langsung tidak memberi tumpuan kepada soalannya itu. Dari tadi dia hanya sibuk menatap skrin teleponnya sahaja. Aqhif kelihatan seperti langsung tidak berminat untuk mencuba baju pengantin mereka. Entah mengapa, hatinya dijentik rasa was-was.

"Apalah kau ni Airis, kenapa kau fikir bukan-bukan? Cubalah husnuzon sikit dengan bakal suami kau tu!" Monolog Airis sendirian di dalam hati.

Haih!

Sekali kali dia mengeluh. Malas menunggu lama, terus dia berpusing kembali untuk ke bilik persalinan semula untuk menukar kembali baju yang dia cuba itu.

Belum sempat melangkah, tangannya ditarik dari belakang. Senyumannya terukir apabila melihat gerangan yang menarik tangannya.

"You look so stunning, my babygirl." Bisik Aqhif perlahan ditelingannya. Aqhif menghadiahi Airis dengan kenyitan mata dan senyuman yang manis.

Bukan dia tidak dengar apabila Airis memanggilnya, dia cuma berpura- pura menghadap telefon untuk melihat reaksi Airis.

Airis ketawa kecil lalu beredar.

Dia memandang dengan ekor matanya Airis berlalu untuk menukar pakaian.

Airis merupakan perempuan yang paling cantik dia pernah suka. Suka? Entah dia sendiri pun tiada jawapan untuk soalan itu. Kenapa selama ini dia hanya dapat menyukai Airis dan belum benar- benar pasti sama ada dia sudah mencintai gadis itu. Tiba- tiba gambaran seorang gadis mula muncul di gawang mindanya.

"Arissa." Lancar mulut itu menyebutnya.

"Arissa? Who is Arissa, is she your secret partner?" Tanya Airis sambil mengecilkan mata memandang Aqhif.

"Did I say Arissa? Sayang, I say Airis not Arissa" Aqhif cuba berbasa -basi. Dia harap Airis akan mempercayakannya. Macam mana dia boleh tersebut nama Arissa di depan Airis sedangkan sudah lama dia melupakan Arissa.

Airis memandang Aqhif dengan pandangan yang sukar ditafsir. Aqhif mula tidak keruan, dia bimbang Airis akan salah faham dan merajuk dengannya. Memang benar salah dia menyebut nama Arissa, namun entah mengapa, mulutnya tetiba mengeluarkan perkataan itu.

Perlahan- lahan Airis tersenyum. Lega Aqhif memandang tunangnya tersenyum.

"Bertenang babe, saya tahu awak takkan curang dengan saya." Balas Airis sambil membelai rambut Aqhif.

Aqhif tersenyum tawar.

Jauh dalam sudut hati Aqhif dia sebenarnya masih keliru dengan perasaannya sekarang. Sama ada sudah benar- benar melupakan ataupun dia cuma mengharapkan Airis sebagai tempat untuk dia melupakan Arissa. Dulu dia bagaikan hilang arah apabila Arissa meninggalkannya tiba- tiba tanpa sebab.

"Maafkan saya Airis, saya tak berniat untuk menipu awak, saya sendiri tak dapat tafsirkan apa sebenarnya yang hati saya ingnkan." Luah Aqhif di dalam hati.

Sebenarnya dia sudah berniat untuk memberitahu cerita sebenar kepada Airis, tetapi dia tidak sanggup melukai hatinya kerana mereka sudah bercinta lama sebelum dia mula jatuh hati pada Arrissa.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now