BAB 42

2.7K 206 18
                                    

Entah kenapa perjalanan dari rumah ke hospital hari ini terasa jauh sekali. Masing- masing dalam kereta hanya membisukan diri. Masing- masing bimbang dengan keadaan Arissa. Lebih- lebih lagi apabila Maksu menelepon ke rumah dan beritahu Puan Annie bahawa Arissa sudah tenat. Masing- masing sudah tidak dapat berfikir dengan waras lagi.

Ting! Lif terbuka.

Airis berjalan laju menyusuli langkah Puan Annie dan Ita. Dari jauh dia sudah  mendengar suara esakan Aqhif dan Maksu. Semakin dekat dia dengan bilik Arissa, makin kuat bunyi esakan itu. Jantungnya berdegup kencang khuatir sekiranya ada perkara buruk berlaku.

Kreeek! Pintu bilik dikuak oleh Puan Annie.

Mereka bertiga masuk untuk melihat keadaan Arissa. Berlinang airmata mereka melihat keadaan Arissa sekarang. Dia sudah tersangat tenat. Nafasnya sudah tersekat- sekat, badannya sudah terlalu lemah sehingga sukar untuk bergerak bahkan membuka mata pun dia tidak berdaya.

Airis melangkah perlahan kearah Arissa. Tangan Arissa dia genggam kemas.

"Arissa." Panggil Airis sayu.

Arissa cuba membuka mata perlahan- lahan. Menitik airmatanya melihat Airis. Seolah- olah ada banyak perkara yang dia ingin katakan namun mulutnya seakan berkunci.

"Jangan nangis. Kau kena kuatkan semangat." Ujar Airis lagi sambil menahan sebak didada.

"A-aku dah t-tak ada m-ma..."

"Shhhh! Jangan lah cakap macam tu". Pintas Airis sayu.

"T-tolong j-jagakan A-qhif dengan R-rafiq". Pinta Arissa dengan suara yang tersekat- sekat.

"Kau cakap apa ni. Kau boleh jaga dia orang. Kau kena kuat." Matanya sudah mula kabur dengan airmata.

Esakan orang lain juga sudah mula kedengaran kuat. Maksu datang menghampiri lalu menggosok lembut ubun- ubun Arissa.

"J-janji d- dulu dengan a-aku. K-kalau tak a-aku tak t-tenang!"

"Janji." Jawab Airis sambil menahan airmata.

"T-thank you." Mutiara jernih mula melimpah keluar dari tubir mata Arissa.

Arissa tersenyum tawar. Dia melihat semua orang disekelilingnya. Dia memberi isyarat memanggil Aqhif untuk lebih dekat dengannya. Buat kali terakhir dia menggenggam tangan Aqhif dan Aqhif mencium dahinya. Masing- masing basah dalam deraian airmata.

Perlahan- lahan genggaman tangannya mula longgar, matanya mula tertutup rapat dan nafasnya tersekat- sekat. Dan akhirnya tiada lagi hembusan nafas olehnya.

Paksu berlari memeluk Arissa begitu juga dengan Puan Annie dan Ita.

Aqhif jatuh terduduk. Dia meraung- raung memukul lantai kerana masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Arissa sudah tiada.

Arghhh! Dia menjerit sekuat hati.

...............

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang tetapi Aqhif masih tidak berganjak daripada kubur Arissa. Sudah 2 jam berlalu tetapi dia masih disitu meratapi kepemergian Arissa. Airis memerhati dari jauh. Dia masih disitu menanti Aqhif kerana maksu menyuruhnya menemani Aqhif. Maksu bimbang Aqhif tidak dapat mengawal diri dan melakukan perkara bodoh.

Amanah! Ya! kerana amanah dia masih berada disitu memerhati Aqhif dari jauh. Amanah dari Maksu dan juga arwah.

Dengan berhati- hati dia mengatur langkah pergi bertemu Aqhif. Dia duduk bersila di tepi Aqhif.

"Aqhif, jom balik?"

"Taknak!"

"Kau tak kesian kan Rafiq ke? Mesti dia tengah tunggu kau sekarang!" Pujuk Airis lembut.

"Aku tak nak tinggalkan Arissa sorang- sorang dekat sini." Serak suara Aqhif menuturkan kata- kata. Mungkin kerana terlalu lama menangis.

"Yang dah pergi biarkan. Kita yang masih hidup, kena teruskan hidup." Pujuk Airis lagi sambil menepuk bahu Aqhif memberikan semangat.

Hisk! Hisk! Hisk! Aqhif menangis lagi.

Laju airmata menitik dipipinya. Tidak sanggup dia berpisah dengan Arissa lagi. Batu nisan Arissa dicium lama seakan- akan dia sedang mencium Arissa.

Aqhif berusaha untuk bangun namun langkahnya terasa sangat berat. Sungguh berat untuk dia pergi meninggalkan Arissa.
Beberapa langkah berjalan, dia berpaling memandang kubur Arissa yang masih merah. Sekali lagi dia berpatah balik dan menangis memeluk kubur Arissa. Dia meraung- raung tidak mahu melepas Arissa.

Airis yang melihatnya turut merasakan sebak. Dia menepuk belakang badan Aqgif untuk memberinya semangat.

15 minit berlalu. Keadaan masih sama. aqhif masih tidak mahu pulang kerana ingin menemani Arissa.

"Kau sayang Arissa?" Soal Airis tiba- tiba.

Aqhif mengangguk laju sambil menangis tersedu- sedan.

"Kalau kau sayang dia, lepaskan dia pergi. Kalau kau macam ni, kesian dia. Roh dia tak tenang." Pujuk Airis lagi sambil menggosok belakang badan Aqhif untuk menenangkannya.

"T-tapi aku t-tak m-mampu." Balas Aqhif tersedu- sedan.

"Simpan dia dalam kenangan kau. Reda dengan pemergian dia." Airis menggosok belakang badan Aqhif untuk menenangkannya.

Aqhif memandang Airis dengan mata yang bengkak. Dia mengangguk lemah.

............

Majlis tahlil berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir untuk memberikan semangat kepada Maksu sekeluarga. Keluarga Aqhif juga datang jauh dari London.

Dari tadi Airis melihat Aqhif langsung tidak bercakap. Dia hanya mendiamkan diri bahkan dengan Rafiq pun dia tidak mengendahkannya. Dia kasihan melihat Rafiq yang tidak tahu apa- apa. Dari tadi dia menangis mencari Arissa. Semua orang tidak mempedulikan Rafiq kerana masing- masing masih bersedih.

Melihat keadaan itu, Airis mengambil Rafiq yang menangis lalu mendukungnya. Dia sayu melihat Rafiq. Di usia yang muda dia harus kehilangan seorang bidadari hidupnya. Pasti sulit untuk dia membesar tanpa bidadari kesayangan.

Dia mengusap lembut ubun- ubun Rafiq lalu mengucupnya. Seraya itu, Rafiq terus berhenti menangis dan tertidur dalam pelukan Airis.

"Arissa, kau jangan risau. Aku akan tengok- tengokkan Rafiq" Desis hatinya sambil menepuk- nepuk bahu Rafiq yang terlena dalam pangkuannya.

Airis mengalihkan pandangannya kepada Aqhif. Aqhif masih duduk bersedih disudut dinding. Dia pun mengatur langkah kearah Aqhif.

"Aqhif, Jangan lah lemah macam ni! Rafiq perlukan kau." Rayu Airis sambil menggoncang lengan sasa Aqhif.

"Aku tak boleh! Aku terlalu sayangkan dia. Dia dunia aku."

Aqhif menangis lagi habis lencun baju melayunya.

"Rafiq macam- mana? Dia pun perlukan kau. Dia dah tak ada sesiapa selain kau." Pujuk Airis lagi sambil menunjukkan wajah polos Rafiq kepada Aqhif.

Aqhif meraup wajahnya. Rambutnya sengaja dikusutkan.

"Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku kusut."

Aqhif menyembunyikan tangisannya disebalik dua tapak tangan yang menutupi mukanya.

Airis mengalihkan tangan Aqhif. Dia mengambil tisu lalu menyeka airmata Aqhif.

"Janji dengan aku. Harini last kau nangis. Esok kau kena bangkit untuk Rafiq."

Airis menjongketkan keningnya kepada Aqhif.

"Aku try. Thanks". Balas Aqhif sambil mengukirkan senyuman hambar.

..........

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now