BAB 34

2.7K 199 42
                                    

Sebulan berlalu, namun hubungan Ita dan Airis masih keruh. Sedikit pun Airis tidak mahu mendengar penjelasan Ita. Bukan setakat penjelasan, jika boleh muka Ita pun dia tidak mahu tengok. Sejak kejadian sebulan lepas, Airis hanya menganggap Ita seperti tidak wujud. Bukan apa, sebenarnya dia sedikit sebanyak sudah termakan dengan kata- kata Nina.

Permandangan daripada atas bangunan lima tingkap itu dipandang lama. Ini adalah masa yang dia tunggu- tunggukan selama ini. Hasil daripada usaha keras dia dan pasukannya, akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan berjaya.

Tapi entah kenapa di hari yang sepatutnya dia bahagia ini, dia merasakan seperti ada kekurangan. Mungkin kerana dihari istimewa ini dia sepatutnya berkongsi rasa dengan orang tersayang namun tiada sesiapa pun yang datang meraikan bersamanya.

Keluarganya jauh beribu batu. Ada kawan pula sudah lama renggang.

Haih! Sejak- dua menjak ni, hanya keluhan yang menjadi sahabat rapatnya.

"Ha! dekat sini rupanya kau. Puas tau aku cari. Buat apa dekat rooftop ni?" Tegur Aiman yang muncul tiba- tiba dari belakang.

"Tak ada apa! Saja nak tenangkan diri."

"Dah tenang?"

"Entahlah" Jawab Airis sepatah.

"Aikk? By the way, kau nampak cantik harini. Dress pink ni sesuai dengan kau". Puji Aiman ikhlas.

Airis hanya tersenyum tawar mendengar pujian Aiman.

"Kenapa?" Tanya Aiman lagi kerana dia melihat Airis sedikit sedih hari ini.

"Entah lah. Rasa macam ada something yang kurang." Ujar Airis dengan wajah yang sugul.

"Aku tahu apa yang kurang. Pusing belakang." Arah Aiman sambil menarik Airis untuk berpusing.

Airis terkejut. Dia melihat Ita berada tepat dibelakangnya.

"Apa ni?" Tanya Airis tidak faham.

"Awak tahu kan apa yang dia buat! Kenapa bawak dia datang sini? Korang sepakat ke kenakan aku?" Marah Airis sebelum melarikan diri daripada mereka.

"Kejap la! Dengar penjelasan kita orang dulu boleh tak!" Aiman menarik tangan Airis untuk menghalang Airis melarikan diri daripada mereka. Kemas dia menggenggam tangan Airis.

"Penjelasan apa lagi? Dah lah! Saya tak faham lah dengan awak ni Aiman!"

"Kau akan faham bila kau tengok ni" Ita menyerahkan sebuah fail kepada Airis.

Perlahan Aiman melepaskan genggamannya.

Airis membuka fail dan menyelak satu persatu. Mulutnya terlopong. Fail terlepas daripada tangan Airis.

Terdiam Airis.

Di dalam fail itu, dia melihat segala bukti yang menunjukkan Ita tidak bersalah.

Tiba- tiba rasa bersalah mula terbit di didadanya.

"Aku mintak maaf sebab tak percayakan kau" Pinta Airis menyusun sepuluh jarinya di depan Ita.

Airis sebak mengenangkan segala perbuatannya kepada Ita selama ini.

"Tak apa, kau tak salah. Aku faham kau pun keliru dengan apa yang jadi." Balas Ita sambil menggosok belakang Airis untuk menenangkannya.

"Macam- mana Aiman tahu?" Tanya Airis lagi.

"Aku mintak dia untuk protect kau incase kalau ada apa- apa. Dia kan selalu ada dengan kau" Terang Ita panjang sambil tersenyum lebar.

Aku Bukan Sandaran [C]Where stories live. Discover now